Wednesday 31 October 2012

Masa Dah Tiba

Entry ni Rien draft dah lama. Buat sikit-sikit bila mood datang. Just nak share hari-hari sebelum bersalin. Still lagi 50 - 50 samada bersalin normal atau czer. Kalau normal, Insyallah next baby nanti boleh bersalin  normal jugak. Tapi if this second time czer jugak , maknanya Rien tak dapat merasa macam mana sakitnya bersalin normal bila third baby.

Tapi Rien fikir positif. Mungkin ini jalan yang telah Allah tentukan bagaimana Rien bersalin. Mungkin ada sebab kenapa anak-anak Rien tak berada dalam kedudukan seperti baby lain. Asalkan Rien dan baby sihat Rien syukur.

Rien bukan tak nak cuba berubat cara kampung dengan bidan yang mahir betulkan posisi baby ke tempat sepatutnya. Sebelum doktor bagi nasihat jangan pandai-pandai pusingkan baby ni, Rien pun memang tak nak sebenarnya. Takut, tak confident & macam -macam lagi lah. Sebab Rien tak nampak apa yang jadi kat dalam tu bila baby kita dipusingkan secara paksa untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. mesti sakit kan? Kepada yang pernah berubat secara kampung atau ada juga secara moden bila baby dalam keadaan songsang tu, tahniah...sebab anda ibu yang kuat dan berani.

Rien ni memang penakut sikit or maybe banyak bila bab-bab macam ni. 
Rien terima seadanya ketentuan Tuhan. Cuma kena siap sedia dengan jumlah wang yang banyak untuk bersalin secara czer di hospital swasta.

Memang Rien dan husband struggle mencari duit extra untuk bersalin ni. Tak pernah terfikir untuk bersalin czer lagi tapi just buat persiapan extra supaya kita ada backup pada hari tu. Tak perlu nak menyusahkan orang. Company husband dan company Rien memang tak cover bab-bab mengandung dan bersalin ni. Walaupun kami ni bekerja dengan company yang sangat International.

Alhamdulillah masa bulan July, kandungan masa tu 6-7 bulan rasanya  Rien jadi sebahagian dalam family Premium Beautiful. Dengan bisnes ni Rien dapat kumpul duit sikit-sikit untuk persiapan bersalin. Masa ni memang baby dah start breech. Duit simpanan memang ada tapi kurang cukup dan duit tu sebenarnya nak guna masa pindah rumah tahun depan. Tapi dalam keadaan macam ni, Rien dan husband kena bagi keutamaan pada yang bernyawa dulu lah kan.

First bonus RM4500 yang Rien dapat, Rien guna sebaik-baiknya. Sebab Rien banyak komitmen. Masa tu pulak memang nak raya. Syukur, dengan duit bonus Rien dapat sediakan untuk family dan terutamanya Aisy. Rien dan husband just ala kadar sahaja. Jangan sebab kita, anak-anak tak ada baju raya. 
Separuh duit tu Rien simpan untuk bersalin nanti. Company memang tak bagi bonus masa raya dan raya masa tu jatuh pada pertengahan bulan. memang sengkek lah kan. bila raya ni orang akan belanja double dan triple.

Ada setengah orang sanggup buat loan nak raya sebab mereka memang tak ada saving, gaji pulak cukup-cukup bayar hutang. Time nak raya ni terpaksalah kan. Kalau tak anak-nak tak ada baju raya, duit raya untuk ibu bapa kena bagi kalau tak malu dengan adik-beradik yang lain. Memang bersyukur sangat dengan bisnes Premium Beautiful ni. Duit extra tu sentiasa ada. Tambah pulak bila ada cash buyer, Rien  simpan setiap 1k daripada jumlah tu untuk bersalin. Alhamdulillah duit kami lama-lama cukup.

kenapa Rien simpan 1k jer kan? sebab selebihnya Rien share rezeki tu dengan orang-orang yang Rien sayang. Kan elok kita sama-sama rasa rezeki yang kita dapat tu kan?. Jiwa Rien pun tenang. pada masa yang sama juga kita belajar untuk beringat semasa kita senang.

Rien tak sangka hubby pun ada simpanan jugak sebenarnya dalam diam. Dia langsung tak bagi tahu Rien sampailah lepas 10 bulan dia simpan bawah karpet bilik, baru dia keluarkan...Memang pandai kan dia? Selama ni dia selalu komplen bila dah hujung bulan duit tinggal sikit. Tapi dia langsung tak nak guna duit tu sebab duit tu hanya masa emergency sahaja.

1 November 2012 ( 011112) ,masanya dah tiba. Rien admitted kat Hospital Bersalin Razif. Rien sekali czer untuk anak no 2 ni. Baby still lagi breech.. Rien dan husband redha. Kalau tak nak pilih date 101112 tapi that week husband kena gi Singapore. So , we decide czer on 37 week +....iaitu 011112...

Hopefully semua berjalan dengan lancar, dipermudahkan segalanya, Rien dan Baby sihat dan selamat.
Amin

Friday 19 October 2012

Maternity Leave

Start dari 15hb Oktober hari tu , Rien dah cuti. Ambil Maternity Leave awal sebab dah tak larat dah nak pergi balik kerja. Kalau dekat boleh gagah lagi badan ni nak pergi kerja. Tapi nak ulang alik dari Meru ke Setapak tu dah tak mampu. 
Insyallah masuk balik kerja mid December. Tapi bergantung pada condition jugaklah kan. Kalau tak berapa sihat maybe sambung sampai hujung tahun.
2 Januari 2013 , masuk kerja balik with new look, new lifestyle and new status. hahahah....
Walaupun Maternity Leave, tapi kerja office jer cuti. Business tetap jalan 24 hours! 
Sebab business PB ni hanya di hujung jari jer. Ada laptop / Ipad dan internet access, business dah boleh jalan dah. Senangkan? Tak susah pun.
Sambil masak / jaga anak/ kemas rumah, sambil tu boleh berbisnes jugak kan? 

Pada masa yang sama, 2 atau 3 minggu sebelum due ni, dapat spend masa dengan my princess Aisymiera Qasryna. Once dah deliver, automatik Aisy dah jadi kakak. Sudah tentu tak sama kan masa dia sorang dengan masa dia ada adik nanti. 
Rien pun sendiri rasa macam manalah nak manage masa bila ada dua anak ni kan?
Sure kelam kabut punyalah masa awal-awal ni. Dahlah tak ada maid kan. Semua kena buat sendiri dan mak tolong sikit-sikit.

So far barang baby dah hampir complete. Cuma Rien tak beli lagi supplement atau jamu masa berpantang. Dengan condition baby still lagi kat atas, tak berani lagi nak beli. Nanti beli-beli tak dapat nak pakai kan. Dulu masa Aisy pun breech jugak. Memang tak pakai bengkung dan makan jamu pun. urut-urut jer. Tapi sekarang, tak payah risau sebab ada Premium Beautiful. Lepas bersalin dah boleh start pakai dah kan. 
Pakai Long Bra dulu pastu  Long Girdle. Dah rasa jahitan tu baik, boleh pakai Waist Nipper pulak. Kalau makan jamu nanti baby panas kan? Rien dah siap-siap dah dengan Lactolite untuk proses penghadaman. Orang lepas bersalin ni kan
 selalu sembelit.

Pregnant kali ni Rien banyak kali demam. Tak sama masa Aisy, cergas sentiasa. Setiap baby kan lain-lain pembawakan dia kan?Tak larat sebenarnya nak tanggung demam+batuk+selsema masa pregnnat ni kan. Lagilah bila dah hujung-hujung ni, bila dah start baring memang payah nak bangunkan? Since cuti hari tu, tidur memang tak nyenyak..sejam atau dua jam sekali mesti terjaga. rasa sesak nafaslah, babay tengah aktif lah, batuk lah....haiiii macam-macam..
cepatlah bersalin. tak sabar rasanya nak tengok baby boy ni. ikut muka sapa lah kan?

Hopefully badan semakin sihat dan bisnes semakin maju.
Insyallah akan all out for bisnes lepas pantang. 
Tapi siapa-siapa yang nak beli corset, boleh jer beli dengan Rien. 
Husband dan team boleh tolong Rien. 

Rianna Zin 0123811492