Monday 20 April 2015

Selangor Sampai Mati 4-0





Selepas 7 tahun, baru nak jejak balik stadium. Dulu alasan macam-macam. pregnent lah, ada baby lah. Bukan bawak anak tu menyusahkan tapi takut dia tak selesa dengan keadaan kat stadium tu. ada yang merokok lah, pastu suasanany bising lah. Kang terkejut-terkejut dia terbawak sampai ke rumah pulak.

Nak bawak sangat anak-anak gi stadium tengok bola ni sebab si Mikail ni dia obses dengan bola dan football. nak tanamkan minat dia dan bagi support dari dia kecik lagi. sebab dah tau apa yang dia minat. so as parents kita tolong dia. nak bagi dia kenal realiti sebenar bola sepak tu macam mana. nak bagi dia biasakan diri dengan stadium yang sebesar alam tu.

Masa sampai, bola dah start. baru nak duduk je semua dah bersorak GOL..tanjat si mikail tu kena lambung. tak senyum langsung. nampak sangat dia takut. diam je dia. lepas second half baru dia ok. 
memang nasib kitorang lucky malam tu. selangor menang 4-0. 4 kali mikail kena lambung jugak. 

dah nak balik baru dia ok. nak ambik gambar, senyum, tanya tu tanya ni. tunjuk tu tunjuk ni. 
nampak dia dah ok n happy je. boleh lah next game datang lagi.