Monday 24 February 2014

Gold Coast Morib - Will Come Back Again!

Nak buat review sikit pasal holiday ke Gold Coast, Morib. Sebab ada yg tak tahu/pergi lagi. 
Masa kat sana, rien dpt byk PM. Memang sangat-sangat-sangat murah dan berbaloi!

Rien beli pakej kat Groupon. RM198 ( bilik+ dinner n bfast + theme park for 2)

Bilik 

( room suite : katil king, jacuzzi, bilik besar, boleh muat tidur 6 org kot, bilik standard hotel, ngadap theme park, bersih)

Food

(Dinner: banyak n sedap....nasi putih / nasi goreng, rendang daging, sambal sotong petai, ayam goreng mamak, kebab, desert, fruit, yong tau fu, tom yam, dll...)


(Breakfast : banyak n sedap...bubur nasi, yong tau fu, pau, mee goreng, nasi lemak, salad, cereal, muffin, danish, dim sum, dll...)

Theme Park

(bersih, tak besar tak kecik just nice, tak strict pasal baju nak mandi, bnyk kerusi nak lepak)

Staff baik, sometime bole kowtim jer hehhe, tak ada pun bau busuk macam ramai yg kata tu.....

Tips:

-nombor genap ialah bilik yg mngadap theme park
-kalau x ada groupon, boleh call GC tanya hrg promo. Pakej n harga sama jugak.
-bawak float anak masing2 dr rumah. Ada jual tp mahal sikit jer. Standard la tu kan.

Overall Rien puas hati. Tak ada yg nak komplen. Compare to other similar place like TBR, Gold Coast is super better.

Will come back again!




                                 


                               

                                   

                                          














Monday 17 February 2014

You are 5 years old my princess...


Assalamualaikum.

Ya Allah Syukur Alhamdulillah Aisymiera Qasryna dah 5 Tahun .
Sekejap je rasa dah besar. Nanti sekolah pulak. Semakin besar semakin tualah Rien. 
Umur meningkat tapi jiwa muda...Stay young okey everybody..:)

17 feb juga sebenarnya ulangtahun perkenalan ke 12 tahun Rien dan hubby.. Senang nak ingat. Memang sengaja pilih date tu lahirkan Aisy 5 tahun lepas. Sebab kena czer kan so, adalah chance pilih date. 

Rien nak cerita sikit pasal Aisy ni. So nanti bila dah besar Aisy bolehla baca tulisan-tulisan mak dia ni kan. 

She's adorable. 
Sejak lahir lagi dia dah buat orang suka dgn dia. Girl pulak tu kan. Kulit putih. Tak macam maknya. hehehee.

Anak sulung
Anak sulung Rien. Cucu sulung sebelah husband. Lagi lah ditatang sampai melimpah-limpah bak emas.. 
Bila anak sulung ni macam-macam diberikan. Semua nak bagi yg the best. A-Z nak yang bagus-bagus je. Yo lah anak sorang baru. Mampulah lagi kan. As you wish. Pasti ditunaikan. 

Cantik
Kulit dah tentu out dengan Rien. Ikut papa dia. Kulit putih. Memang Rien doa pun satiap hari yang Aisy ni putih. heheh...Kalau tan tan macam Rien ni nanti masa sekolah mesti dia gelap. Asyik kena matahari je, bersukan je. Alah semua orang pernah alami kan. Kulit masing-masing masa sekolah, Ya Allah berlikat, kusam...dengan tudung yang senget-senget tu. Haisssshhh. 
Tapi mostly, bentuk muka Aisy macam Rien. Tapi kalau nak ikutkan muka Rien ngan hubby pun lebih kurang jer kalau tengok dekat-dekat. She's slim like her mom. heheeee..and tall.  


Perangai.
Sometime nak ikut kepala dia je. ni memang hari-hari. biasalah budak-budak kan. kadang-kadang dorang tak paham kenapa kita kata NO. selagi dia tak dapat benda yang dia nak tu, selagi tulah dia akan bebel dan ungkit setiap masa. Penat nak jawab. tunaikan jugaklah tapi tak delah dandan tu jugak. 
Kalu nak ikut kan memang selalu gaduh dengan Aisy ni. Bab makan dan mandi. hohhhh...memang menguji betul. kadang-kadang dia angin nak mandi sendiri. Kadang-kadang nak mommy lah nak papa lah. Kadang tu bagi macam-macam alasan. Bila mommy dah jerit macam petir baru kelam kabut masuk toilet. 
Sambil mandi tu sambil bebel kat dia. Selalu ok. Tapi tulah....Hari ni basuh dia, esok belum tentu Aisy ingat. Tapi Mommy tetap sayang Aisy. Kalau Rien marah dia hari Ahad, Isnin nanti kat ofis memang Rien takleh buat kerja. Asyik ingat dia. Macam menyesal marah-marah dia. Kesian bila ingat balik muka dia bila kena marah dengan Rien. Now dah kurang sikit dah nak marah dia kalau Aisy ada buat salah. Lebih kepada slow talk dan duduk berbincang dengan Aisy. Yelah Aisy kan dah besar... Dia kena faham kenapa Mommy  bebel, kenapa Mommy marah. Then dia faham.

Manja
Manja sangat. Dengan semua orang. Maksu, uncle-uncle, nenek, atuk-atuk, uwan. dari kecik sampai sekarang. Berdukung sampai sekarang. Suka ngendeng-ngendeng. 

Pemalu
Walaupun tengok kat FB or Insta Rien, Aisy ni suka bergambar dan berposing, tapi dia ni sangat pemalu dengan orang. Ada baik dan buruknya kan pemalu ni. Tapi as parent, Rien and hubby dah masak dah perangai dia. Macam mana nak control keadaan dia. Macam mana nak buat dia jangan pemalu dengan orang. 
We know how to handle.


Banyak lagi citer Aisy ni. 5 tahun kan. Later-later mommy sambung k sayang..


Aisymiera Qasryna.

Happy Birthday to you my princess.

5 tahun sudah Mommy membesarkan Aisy
Mommy doakan Aisy jadi anak yang baik, solehah, bijak, pandai, sihat dan kuat. 
Selalu dengar cakap Mommy dan Papa. 
Mommy sayang Aisy sampai hujung nyawa Mommy. Sampai ke Syurga. 
Kenapa Mommy berhenti kerja ialah sebab anak-anak Mommy.
Mommy nak jaga Aisy dan Kyle dengan tangan Mommy sendiri.
Duit boleh dicari. 
Mommy mahu menjaga dan beri seluruh Cinta,Kasih dan Sayang kepada anak-anak Mommy selamanya.

Mommy sayang Aisy. 




Friday 14 February 2014

Rien'z Studyo

Hi u olllssssssss..

Follow my online business IG 

RIEN'Z STUDYO

Baru nak menapak....

Lepas ni nak setup FB pulak sebab ada yang tak ada dan lebih suka tengok kat FB.


Follow eh...

Thank You Very Much