Monday 26 May 2014

Deco by Rien - Bidai Jimat

PSegalanya jimat dan murah kan kalau yang Rien suggest. Hahaaa.... 
Wet kitchen Rien hanya berpagar je kat tepi rumah. Bawah bertutup tak nak bagi kucing masuk katanya...tapi masuk jugak kucing-kucing tu kat dapur Rien. 

Konon nak cari bidai yang buluh / kayu tu kan. Tapi rasa alaa puluh-puluh sangat. Pastu nak kena drill bagai. Nak cari yang simple je sebab bukan nak buat ape pun. Just nak jaga aurat masa tengah masak. Taknak jiran-jiran sebelah nampak kita kat dapur. Segan lah kan kalau kita kat dapur pakai baju tak cukup kain ke, tak pakai tudung ke...lagi satu tak nak tempias hujan masuk dapur. 

Jalan-jalan kat Daiso ternampak shower curtain. Masa tu idea Rien dah bercabang-cabang. Hahaaa...why not beli je 1 pastu try gantung. 5 ringgit je pun...

Balik rumah try, hahaaaa memang bijaklah. Ngam-ngam je dengan grill wet kitchen tu. Just nice. Walaupun plastic tapi tak jarang. Jiran sebelah tak nampak pun. 

RM5 je modal pun. Jimat duit I ! 
Dari wet kitchen Rien. Haa.. Senang kan orang nampak kita. That's why la...







Sunday 18 May 2014

PapaMami Kitchen - Asam Pedas

Nak citer main masak-masak lah entry kali ni. poyos giler kan. Macam pandai sangat masak nak bagi resepi kat orang. Rien pun copy orang punya then adjust sikit-sikit ikut rasa tekak. 

Rien kalau nak masak mesti nak semua ada. Kalau salah satu barang tak ada terus tukar menu. 
Selalu kalau masak asam pedas Rien suka guna ikan kembung. Tak gemar sangat guna ikan lain. 
Kalau sebelah mertua, ada ayam masak asam pedas. Kat kedai makan lain pun ada. Tapi kalau asam pedas Rien suka ikan jer. Haiwan lain tak leh masuk. Tak tau nape. 

Asam pedas pun ada macam-macam. Ikut negeri lah ikut kawasan lah ikut turun temurun punya resepilah.
Rien suka asam pedas melaka. Kalau masak memang ikut style tu. 



Bahan-bahan:

Bawang putih 
Bawang merah
Cili padi 
Cili giling (blend sendiri)
kunyit
halia
(blend semua)

Bendi
serai 
daun kesum
tomato
asam jawa
ikan

Cara-cara : 

Tumis semua bahan dan serai.
masukkan ikan dan letak garam secukup rasa. cewahhh...
gaul sikit-sikit biar nampak sebati dan serasi.
masukkan air asam jawa.
last sekali masuk tomato dan daun kesum.
siap!

selamat memasak.
masak dengan kasih sayang tau. sure sedap!




Monday 5 May 2014

Deco by Rien - Dry Kitchen EXPEDIT

Actually takdelah dry kitchen sangat pun hehe.. 
Just nak share dengan u ollss yang hias rumah konsep bajet tapi menarik.
 For now Rien memang tak buat Kitchen Cabinet. Rien just tambah luar belakang je buat wet kitchen. Buat wet kitchen RM2500 , dry n wet kitchen kat dalam rumah RM5000 and above. So which one u pilih. Rien pilih wet kitchen. Lagi pun rumah Rien jenis see tru hehe.. Tak ada pembahagi dapur.
 Strettt je sampai ke belakang.

Awal-awal masuk rumah baru, banyak pakai duit kan. So pilih secara bijak. 
Tapi kalau yang memang mampu, just go for it. Buat KC terus. Rien punya konsep bajet ye.
 Sebab bajet kami limited. 
Kitorang memang takde buat loan or mark up loan untuk develop rumah ni. Banyak konsep DIY. 
Husband dari tak tau nak drill-drill ni now dah pakar dah. Dah ada gadjet dia dah. 
senang tak payah nak upah-upah orang kan. 

Lagi satu, kita ni orang melayu. Masak masakan melayu ni renyah. Berminyak sana sini. 
Kitorang survey sana sini. Finally macam biasalah. Ikea jugek. Beli EXPEDIT. 
Mula- mula beli yang hitam (4) tu. 
Pastu nak cari kabinet yang boleh simpan banyak barang tapi nak bertutup.
 Ukur punya ukur memang ngam.

 Beli EXPEDIT putih (8). Just beli 4 box color terquois letak kat bawah. 4 lagi biar open. 
Dalam box tu Rien letak mug dan plate.
 Yang open space tu, letak jar-jar, caraft, jug, coffee, tea, gula...........
 Kat bahagia atas tu kita buat as ruang kerja. 

EXPEDIT 4  - RM149 
EXPEDIT 8 - RM199 
BOX black & terquois - RM15 kot. 
BOX red - RM39.90 kot. 

Korang don't worry. If one day ada rezeki buat kitchen cabinet, EXPEDIT ni boleh letak benda lain as book rack ke or storage. Letak dalam bilik, library or boleh jugak letak kat ruang tamu as part of decoration. 

Kat tempat lain ada jugak jual macam EXPEDIT ni tapi kayu dia nipis. Yang ni nampak kukuh sebab frame dia tebal. 

Yang tak bestnya, sejak EXPEDIT turun harga, asyik takde stok je kat Ikea. Ni pun nasib ada color putih. Sapu jelah.... Walaupun lari konsep sikit.


gula, coffee, tea, kordial, biskut, makanan kering semua kat open rack tu. tapi kena simpan elok-elok dalam bekas. so far anak-anak Rien tak kacau barang - barang kat dapur. 


corong paip tu abaikan ye. kat situ nak pasang sinki. tapi tak buat-buat lagi. buat basuh-basuh tangan. 
Water dispenser, kettle, rice cooker, toaster , susu anak semua lengkap. microwave je belum amik lagi kat umah mak.


ni lah wet kitchen Rien. memang sempoi giler. sorrylah comot sikit. tak besar sangat pun ruang belakang. setakat nak masuk 2 orang bolehlah. laga-laga bontot. 

memang simple giler kan dapur Rien. awal-awal ni tak banyak barang lagi, kitorang 4 beranak je buat masa sekarang. duit yang lain tu kita guna untuk benda lain yang lebih berguna kan. nanti dah tua sikit baru buat KC ke extend tepi ke buat dapur luas sikit. In Sha Allah. 

Next time kita citer pasal part lain ye....

daaaa.............................