Monday 17 March 2014

Beg baju dalam kereta. PENTING!

Mostly ada perkara remeh yang kita kadang-kadang lupa sebenarnya ia sangat penting.
Rien dari dulu praktikkan benda ni. Walaupun jarang guna tapi bila saat-saat genting tu datang, memang sangat-sangat membantu ok.

Apa yang ada dalam beg baju ni. Meh tengok. Rien takdelah letak banyak. Apa yang Rien rasa perlu.





1 & 5 - Telekung dan kain pelekat. Kalau yang pompuan tu mesti rajin nak bawak kehulu - kehilir kan telekung. Bawak yang kecik cukup. Untuk travel punya. Ada setangah orang malas bawak handbag or tak suka bawak handbag besar-besar.
Rien suka bawak beg besar. Semua boleh letak. Tapi bila pakai stroller ni bolehlah kecikkan sikit handbag tu kan heheee..
Kain pelekat untuk cik abang kita tu. Ingat dorang rajin ke nak usung kesana kemari? yang pakai seluar panjang tu selamatlah kan.
Kalau jenis macam laki I ni yang suka pakai seluar pendek? Kena lah bawakkan.
Tak semua surau sediakan kain pelekat. Nak selamat kena bawak. 
lagi-lagi kalau cik suami out station or travel sorang-sorang , bila nak berhenti solat kat RnR tu tak ada masalah kan. kain dah tersedia dalam kereta :)

2 & 4 - baju anak-anak dan mak bapak. Letak sepasang sorang cukup. Tak yah banyak
mana tau kot-kot dlam kereta tiba-tiba tertumpah air ke anak muntah kat baju kita ke kan. dah ada spare kat kereta. amik baju yang jarang kita guna tapi masih elok. 


3 - pampers anak dan mak. hahahaaa.....ni amat amat penting k. kalau hari tu kita keluar lupa nak bawak pampers anak camne? takkan nak beli kan? ada cara menjimatkan iaitu letak dalam kereta. mak punya pun sama. kadang-kadang kita tak tau pun hari tu nak kena datang bulan. atau pun terbocor ke kan. dalam handbag dah guna hari tu. so pad dalam beg baju sebagai penyelamat. 

Berguna kan letak beg baju dalam kereta?
macam telekung dan kain pelekat tu, bila nak kaluar kereta capai terus masuk dalam handbag isteri or masuk dalam stroller. 
dah tak ada excuse lagi kata tak bawak kainlah, telekung kotorlah apalah. 
itu semua alasan.