Wednesday 5 December 2012

Day 3 &4 - Cesarean

DAY 3

Macam biasa pagi-pagi nurse akan masuk bilik untuk kemas katil dan kemas Rien sekali. Diorang akan suruh baring dan letak kaki dalam selimut. Kadang-kadang rasa kelakar jugak sebab lepas diorang kemas Rien , Rien akan bangun balik. Katil jadi comot balik heheh... Nurse-nurse tu just jalankan tanggungjawab diorang sebab waktu tu doktor akan masuk dan check pesakit. Naklah nampak kemas sikit kan? . Hari ketiga still tak makan dan minum lagi. Bergantung pada drip lagi. Lepas doctor check baru tahu boleh buka atau tidak drip tu. Then boleh minum. Makan belum lagi. Luckily, doctor kata dah boleh buka all the drips. Dah boleh bangun, or duduk.

Pukul 12 baru tengahari baru dapat minum milo. Memang lapar sangat lepastu. Tapi nak buat macam mana, kena tahan jerla kan. Lepas lebih dari 24 jam terbaring jer, bila nak duduk tu aduhhhhh sakitnya. Serius Rien kata, memang kali ni Rien rasa double sakit dia. Tapi nak tak nak kena jugak bangun dan cuba berjalan. Cuba bangun dengan bantuan suami. Macam-macam gaya untuk cuba cara bangun yang tak sakit. Tapi fail. Rasanya too early nak berjalan kot. Masa cuba nak bangun tu, terasa sampai sesak nafas dan tak boleh nak bercakap. Suara tak keluar. Terus give up dan baring balik.

After a few hours, try to strecthing sikit-sikit atas katil dan cuba untuk bangun, duduk, berdiri dan berjalan. Finally berjaya jugak without pain (.............tp pain lah sikit . nipu lah tak rasa-rasa sakit kan). Jalan pun macam nenek si bongkok tiga sambil pegang perut. Actually doctor suruh jalan tegak. Tapi Rien ni kan penakut sikit. Takut sakit...so jalan bongkok jerlah.

Try to pee pee . Yang ni pun mencabar jugak, Sikit jerlah... lebih 24 hours pakai drip, nak kencing pun rasa takut. Terasa sakit sikitlah mula-mula tu kan.

Memang tak makan seharian. Just minum milo sahaja. Masa tu memang sedap sangat lah milo panas yang diorang buat tu kan. Sampai sekarang ketagih nak minum milo panas. Sehari dua kali minum.

Ada satu benda lagi yang buat Rien rasa tak nak beranak lagi dah... Batuk datang tiba-tiba..sebenarnya bukan batuk biasa. Dia macam ada sumthing macam habuk kat tekak kita dan tiba-tiba kita kena batuk untuk keluarkan benda tu. Batuk tu datang sukahati dia. Bila-bila dia boleh datang...Once dia serang, memang takut lah. Takut sebab luka perut yang kena gam tu terbukak! hahaha..... boleh tak Rien bayangkan macam tu sekali? Bukan ape, masa tu kita tengah sakit, semua benda buat kena control. Tiap kali batuk mesti nangis, husband tolong tepuk-tepuk belakang, pegang perut, kena bongkok dan bukannya sekali batuk jer. Lepas berkali-kali batuk baru lah lega.

DAY 4

Hari ke empat semakin baik dan semakin kuat dari hari kedua. Alhamdulillah dah boleh breastfeed baby, jalan sendiri ke toilet dan paling best dah boleh makan! hahah...tu part yang paling Rien tunggulah sebab memang kebulur sebab dah beberapa hari tak makan. Walaupun dia bagi roti untuk breakfast, bubur untuk lunch & dinner dan biskut untuk minum petang tapi rasanya dah cukup lah untuk Rien yang tengah sakit ni kan. Tapi disebabkan kuantiti yang di bagi tu sikit sangat , husband pergi kedai belikan biskut, roti dan jem untuk Rien makan sendiri. Barulah kenyang. Rasanya banyak jugak perabih duit husband sebab asyik beli makanan jer.Turun pergi kedai jer mesti bawak balik jajan. Pagi-pagi husband breakfast kat mamak sebelah. Makan roti canai terbang. Rien telan air liuq jerlah..

Malam dah tak sakit sangat dah kat bahagian perut tu tapi batuk tu selalu jugak lah menyerang Rien tengah-tengah malam. Tu yang suffer sikitlah sebab tak ada orang nak tolong tepuk belakang. Husband dah selamat belayar. Susah nak kejut dia bangun. Tahan lah sendiri. Even dah hari ke empat, Rien still lagi perlukan bantuan orang untuk bangun dari katil. Nasib baik tidur kat nursery.Tak tidur dengan Rien. Kalau tak memang sakitlah nak bangun baring bangun baring...

Day 5 to be continued.......