Wednesday 19 March 2014

Kenapa pilih berhenti kerja?

Keputusan untuk resign bukan fikir seminggu dua. Sejak habis pantang Mikail dah nekad nak resign. Tapi husband tak kasi lagi. So hold dulu. Tahan dulu. Tabah dan kuatkan semangat lagi kerja jauh-jauh. Banyak sebab kenapa Rien resign. Bukan sebab nak lari dari beban kerja kat ofis je tapi banyak kepada personal dan family.

1- Location
Ramai orang tahu dan ramai jugak yang tak tahu Rien ulang alik dari meru-wangsa maju hari-hari sampai rasa dah lali. Tau-tau je dah sampai ofis. Tau-tau je dah sampai rumah. Diri sendiri je tahu perasaan kat dalam ni bila kena travel sejauh tu dan orang yang senasib dengan Rien.  Perjalanan dari meru-wangsa maju lebih kurang 50km sehala. Rien keluar rumah pukul 7. Sampai ofis 8.30 - 9.00 pagi. Depends on traffic. Tidur hari-hari pukul 1 pagi. Mesti ada orang kata , alaaa aku pun sama. Tidur lambat bangun awal, nak masak, hantar anak gi rumah baby sitter.boleh je datang awal. Tak kecoh pun macam ko. 
Itu orang lain. Bukan Rien. 
Balik pulak Rien kena ikut jauh sikit nak elak jamm. Siapa yang lalu NKVE mesti tau jamm dia macam mana. So nak elak dari maki orang , terlelap masa drive, baiklah Rien ikut LATAR. Jauh sikit, mahal sikit tapi jalan smooth. Tak jamm langsung!. 
Kalau keluar ofis pukul 5.30 ptg, sampai umah hampir pukul 7.
kadang-kadang Rien rasa macam kejam pulak bila tak dapat nak buat kerja-kerja rumah lepas balik kerja. macam masak untuk dinner, kemas rumah, prepare breakfast or lunch esok untuk anak-anak. tapi memang tak larat. tak larat sebab penat drive. 
Toll dan petrol. korang agak-agak berapa sebulan?
Sehari toll RM14 hengget. Petrol sebulan RM400. campur sabtu ahad? 
kalau di darabkan dengan 5 tahun tu...berapa banyak eh? Bukit lanjan tu dah makin tinggi . Hiway tu dah penuh dah aku tabur duit. 
So u oll rasa shud i stay or shud i not kerja jauh?


2- Anak-anak / family  / baby sitter / nursery
My weakness. Penakut. Tak confident. Tak percaya. Itulah Rien. Kelemahan Rien. Tak sampai hati nak hantar anak kat orang kecuali mak bapak sendiri dan mertua. Rien respect dengan orang yang hantar anak u olls kat pengasuh. Ingat masa Mikail nak hantar kat baby sitter. Dah nak hantar dah tapi tiba-tiba pulak kes maid yang lambung-lambung baby tu. Langsung Rien tak nak hantar sampai bila-bila. 
Parents Rien dah tua. bila fikir-fikir balik tak patut kasi diorang yang jaga. Sampai bila kan. If anything happend takkan tiba-tiba masa tu nak buat keputusan kan.?
Dalam kes ni Rien nampak Rien sorang je patut sacrifice. takkanlah nak suruh husband resign pulakkan? husband kerja tempat tak tetap. Banyak kedai dia nak kena jaga. jauh-jauh pulak tu. Rien pun kerja jauh. So takkan la dua-dua nak kerja jauhkan? 
salah sorang mesti kerja dekat. nanti sape nak hantar anak gi sekolah? kalau hantar ke baby sitter takkan nak ambik kul 8 malam? 
amik maid? ermmm tak de tempat kot dia nak tido kat rumah mak Rien ni. 

3- Jemu
Kerja di syarikat international ni boleh dikira first job lah. sebab lepas grad Rien kerja kat My Kitchen Classic selama 2 bulan. Lepastu dapat offer kerja kat company yang Rien resign ni. 
orang lain kerja 2-3 tahun blah. Rien macam setia sehidup semati kat company tu. Tapi lama-lama macam cannot tahanlah. Buat benda yang sama jer. Muak dan jemu. If naik pangkat pun kerja tetap sama. Tapi yang seronoknya Rien kerja in team. sepanjang 7 tahun kerja team Rien sentiasa bertukar-tukar. adalah 20 orang kot. minimum 4 orang. maximum 8 orang team Rien. Lately ni team Rien semua lelaki dan bujang. Rien sorang je dah kawen dan ada anak. 
u oll imagine ek umur sampai 40 nak buat kerja design2 tu lagi. Rien dah tak boleh dah. masa tu tangan dah gigil otak dah tepu. mungkin minat tu dah semakin pudar disebabkan beberapa sebab lah. ada orang boleh buat design sampai dia tua. Salut sangat. Rien still lagi buat design. tapi benda-benda yang Rien suka nak buat. In sha Allah satu hari nak buat jugak. Tapi kerja Rien tu memang best. Sebab kitorang buat banyak item untuk macam-macam company contoh F1, Moto GP, universiti2, sime darby, petronas, bank2, bumi armada.......banyaklah . tak terkira. banyak big company dan jugak untuk oversee. 
harga setiap item dari rm50 ringgit sampailah ke rm200,000.

Rasanya banyak lagi kot sebab. ni dah malam ni lupa pulak apa nak type. 
Rien harap, jalan yang Rien pilih untuk kesenangan orang lain ini dipermudahkan. cari duit mesti cari duit. tak boleh jadi housewife semata jer. tunggu laki bagi nafkah tiap-tiap bulan. Kalau husband Rien gaji paling cikai 10 ribu oklah jugak. boleh goyang kaki kan. 
Tapi mana boleh. kena tolong husband jugak dan untuk duit poket kita sendiri. Dah biasa kerja kan. bila tengok dalam purse tak ada duit mulah lah nak sadis. Hopefully bisnes yang Rien buat ni akan sukses. Kena disiplin dan kental untuk jadi WAHM.

u olllsss...LIKE LIKE lah Insta Shop Rien / FB page 
@rienzstudyo 




Monday 17 March 2014

Beg baju dalam kereta. PENTING!

Mostly ada perkara remeh yang kita kadang-kadang lupa sebenarnya ia sangat penting.
Rien dari dulu praktikkan benda ni. Walaupun jarang guna tapi bila saat-saat genting tu datang, memang sangat-sangat membantu ok.

Apa yang ada dalam beg baju ni. Meh tengok. Rien takdelah letak banyak. Apa yang Rien rasa perlu.





1 & 5 - Telekung dan kain pelekat. Kalau yang pompuan tu mesti rajin nak bawak kehulu - kehilir kan telekung. Bawak yang kecik cukup. Untuk travel punya. Ada setangah orang malas bawak handbag or tak suka bawak handbag besar-besar.
Rien suka bawak beg besar. Semua boleh letak. Tapi bila pakai stroller ni bolehlah kecikkan sikit handbag tu kan heheee..
Kain pelekat untuk cik abang kita tu. Ingat dorang rajin ke nak usung kesana kemari? yang pakai seluar panjang tu selamatlah kan.
Kalau jenis macam laki I ni yang suka pakai seluar pendek? Kena lah bawakkan.
Tak semua surau sediakan kain pelekat. Nak selamat kena bawak. 
lagi-lagi kalau cik suami out station or travel sorang-sorang , bila nak berhenti solat kat RnR tu tak ada masalah kan. kain dah tersedia dalam kereta :)

2 & 4 - baju anak-anak dan mak bapak. Letak sepasang sorang cukup. Tak yah banyak
mana tau kot-kot dlam kereta tiba-tiba tertumpah air ke anak muntah kat baju kita ke kan. dah ada spare kat kereta. amik baju yang jarang kita guna tapi masih elok. 


3 - pampers anak dan mak. hahahaaa.....ni amat amat penting k. kalau hari tu kita keluar lupa nak bawak pampers anak camne? takkan nak beli kan? ada cara menjimatkan iaitu letak dalam kereta. mak punya pun sama. kadang-kadang kita tak tau pun hari tu nak kena datang bulan. atau pun terbocor ke kan. dalam handbag dah guna hari tu. so pad dalam beg baju sebagai penyelamat. 

Berguna kan letak beg baju dalam kereta?
macam telekung dan kain pelekat tu, bila nak kaluar kereta capai terus masuk dalam handbag isteri or masuk dalam stroller. 
dah tak ada excuse lagi kata tak bawak kainlah, telekung kotorlah apalah. 
itu semua alasan.  






Sunday 9 March 2014

#prayformh370


Di saat ini 
Di ketika ini
Satu dunia sedang menunggu jawapan kehilangan MH370
Banyak jiwa yang sedang mengharap kepulanganmu
Sebagai umat Islam
Kita panjatkan doa bersama
Apa jua jawapannya, hadapi dengan tabah.