Sunday 7 September 2014

Open Wardrobe - Bajet tak sampai RM200 !

Niat di hati nak buat built-in wardrobe. Konon jer. Tanya punya tanya, ribu-ribu jugaklah. Ribu yang rasa baik aku completekan dulu ape yang tak cukup. 
Tunggulah rezeki terlebih nanti kita buat built-in wardrobe full glasses *tepuktepukdahilakiakunanti*. 

Penat fikir macam mana nak buat. Mana nak letak baju Rien n hubby yg berlambak tu. Nak beli almari yang swing door tu macam kecik jer. Harga 200 lebih jugak. Kalau nak yg comey sikit lah. Tak muat kot. Tiba-tiba dapat idea why not kita guna ni why not wat gini why not wat macam ni...haaa banyak sangat why not nye kan. 

Memang bajet rm200 je. Husband kata tak boleh lebih. So kita pandai-pandailah pikiaq macam mana taknak over the budget kan.   

Belek-belek katalog ikea, cari yg murah-murah je.... tunjuk kat hubby, dia kata ok gak. *memanglahoksebabbajetciput*. 

Bila dah beli barang, still under bajet...hehee suka laki aku. 

Wallpaper beli kat Kaison. Masa beli tu tak banyak choice. Tapi yg kelakarnya punya lah excited sangat sangat nak pasang wallpaper tu, langsung tak fikir nak adjust pattern bunga tu biar sama je. Selari jer. last-last bila amik pict, tgk pelik je. takpe lah..dah pasang dah pun. nanti bila free kita repair balik. first trial kan...moral of the story, bila first time buat amik lah corak yang kecik-kecik je. *perasanterergitula'. 

Mungkin ada yang tak suka style open wardrobe ni. Tapi Rien rasa ok jer. Ala-ala kat butik gitteewww...

Tengoklah gambor..jangan kutuk ye... 
Cuba tengok sape yang gila kuasa? Hehee..Redha je laki aku tengok baju bini masuk kawasan dia. 


Monday 1 September 2014

3 barang RM150 jer. Jimat kan?

Memang trend Rien bila habis raya jer Rien dan Awie akan bawak anak-anak gi shopping. Shopping guna duit raya diorang. Bukan lah habiskan. Rien akan asingkan, mana yang nak shopping, mana yang nak simpan dalam bank. Setahun sekali je buat macam ni. Yelah diorangkan dah penat ikut mak apak diorang ni gi beraya sampai tak reti-reti nak balik kan. Why not as a reward bagi kebebasan kat diorang untuk belanja apa yang diorang nak. Tapi bersyarat. Syarat tetap ada ye kalau tak tah hape hape tah dorang amik. 
Before this Rien ajak Aisy gi Toys'R'Us. Tapi bila dah anak dua ni Rien rasa better pergi tempat yang cheap sikit tapi berbaloi, jimat dan bijak belanja. hahaaaa... 

GM. Ada lagi ke orang yang taktau kewujudan GM? Sekarang ni dah ramai yang boleh niaga dah since GM dah jadi macam Mid Valley bila je hujung minggu. Dah macam POI (place of interest )kat Selangor ni. Boleh siap gi rombongan naik bas. 

Dekat situ banyak toys dan banyak pilihan. Harga pun masih lagi mampu lah. Kena pandai survey. Masuk semua kedai yang jual tu dan tanya harga. Then kita beli dekat kedai yang bagi harga paling logic dan murah. Kita customer kan. Boleh  buat pilihan. 

Aisy dia kata nak Playdoh. Mikail pulak dia nak semua benda yang ada gambar Mickey Mouse dan lori. Mikail dah macam orang kena rasuk bila kat level toys tu. Tapi Rien dan Awie pilih beli benda yang dorang boleh share main. So Rien pilih Jr. Drum dan Jazz Drum. Nanti sorang boleh melalak, sorang boleh hentam-hentam. Tak berebut , tak gaduh .(tapi gaduh jugak ).  

3 barang tu sahaja total RM150. Rien rasa dah kira sangat murah tu. Cuba korang belanja RM150 tu dekat Toysrus tu. confirm 1 barang je kan? Kita taulah kan macam mana budak-budak main. Dorang mana kesah pun brand ape. Bagi benda yang sama, tapi jenama yang berlainan dan harga yang berlainan. Cara dorang main tetap sama. Sepah, tak kemas, campak sana sini. sebulan lepas tu ada je benda yang hilang (anak-anak Rien la tu. Anak orang lain tak tau). 

Budak-budak dia tau 1 tempat tu  je yang jual banyak toys. Tapi banyak-banyak pun susah nak pilih kan. Rien tak manjakan sangat anak-anak Rien kat tempat tu . Rien fikir dulu Aisy sorang boleh lah tapi ni dah dua. Nanti nak tambah lagi. Takkan nak gi beli toys kat toysrus jugakkan. dah tentu sorang satu kena beli kan? habis-habis kalau ada 4 orang anak? mau tak 4-5 ratus habis. tu yang biasa-biasa je  tu. 

mampu tu memang mampu. tapi kalau boleh berjimat dan kreatif sikit cara belanja tu lagi bagus kan?. walaupun beli kat GM tapi Rien still lagi tengok jugak toys tu. bukannya hentam keromo main beli jer. 
actually sama jer cuma nya kat GM korang boleh beli banyak dengan bajet korang tu. 

Then rien belanja lagi extra RM50 untuk dorang beli apa-apa jer. macam coloring book, beg, towel, stationery set and other things lah yang diorang gilakan tu Mickey Mouse n Frozen. 

Rien bajet sorang RM200, tapi bila dah belanja baru perasan ada balance lagi RM200 ! .