Saturday 19 December 2015

Mikail Turns 3

Sorry baby, mommy baru nak buat entry birthday kyle selepas sebulan. Line tak de kat umah ni. Susah naaa nak surfing.

Happy Birthday Aisy Dhamin Mikail. 3 tahun dah anak bujang mommy ni. Kawan-kawan lain nak masuk 4 tahun dah. Awak baru nak masuk 3. Mommy pulak rasa awak macam 2 tahun lagi.

Birthday kali ni buat simple je. Sebab double celebration masa 1 nov hari tu. Same day dengan graduation Aisy. Just order cake pastu dinner kat nandos je. Ajak bff dia 1 family. Ada cake ultraman tu dia dah cukup happy dah.

Tahun ni kyle dpt byk hadiah besar. Scooter lah ultraman sebesar dia pun dapat. Untung ko nak. Mommy kasi kasih sayang je la ye.

Kyle, mommy doakan kyle jadi anak lelaki yang baik, bijaksana dan mampu jadi pelindung keluarga dan adik beradik awak. Jadilah seorang pemimpin, jadilah anak yang taat pada perintah Allah dan ibu bapa. Moga sentiasa sihat dan jauh dari musibah. Hari-hari mommy doakan yang terbaik untuk kyle. I love you by....😙

Monday 14 December 2015

Short Vacayyy - Swiss Garden Melaka

Tak tau nak pi mana masa cuti sekolah hari tu. So decide pergi yang dekat-dekat je. Melaka lah apa lagi. Tapi this time itinerary memang lain. Takde jalan-jalan kat luar. Kita lepak dalam hotel je. Keluar pun just gi makan je. Hahahaaa... sebelum tu pun dah pi melaka. Dah merayau satu town dah. Takkan nak repeat balik kan. Benda yang sama je. 

Sebab tu pilih Swiss sebab anak-anak boleh main air kat situ. Tu pun dah cukup menggembirakan dorang dah. Tapi bukan untuk mikail. Mamat sorang tu mula-mula excited lah. Dah masuk air terus jerit. Haiisshhhhh...

Malam pulak kami pi dinner kat asam pedas claypot.Pastu balik hotel terus. Tengok tv. 

Rasanya lepas ni kalau gi melaka lagimemang nak stay kat swiss je. Bilik besar. View cantik. Tapi kena booking masa ada promo lah. Mana mampu nak bayar  normal rate kan. 

Ops lupe plak. Bilik kitorang tingkat 32. Gayat wooooo.Kecut-kecut berdiri kat balcony luar tu. Aku siap merangkak lagi masuk bilik.