Sunday 7 September 2014

Open Wardrobe - Bajet tak sampai RM200 !

Niat di hati nak buat built-in wardrobe. Konon jer. Tanya punya tanya, ribu-ribu jugaklah. Ribu yang rasa baik aku completekan dulu ape yang tak cukup. 
Tunggulah rezeki terlebih nanti kita buat built-in wardrobe full glasses *tepuktepukdahilakiakunanti*. 

Penat fikir macam mana nak buat. Mana nak letak baju Rien n hubby yg berlambak tu. Nak beli almari yang swing door tu macam kecik jer. Harga 200 lebih jugak. Kalau nak yg comey sikit lah. Tak muat kot. Tiba-tiba dapat idea why not kita guna ni why not wat gini why not wat macam ni...haaa banyak sangat why not nye kan. 

Memang bajet rm200 je. Husband kata tak boleh lebih. So kita pandai-pandailah pikiaq macam mana taknak over the budget kan.   

Belek-belek katalog ikea, cari yg murah-murah je.... tunjuk kat hubby, dia kata ok gak. *memanglahoksebabbajetciput*. 

Bila dah beli barang, still under bajet...hehee suka laki aku. 

Wallpaper beli kat Kaison. Masa beli tu tak banyak choice. Tapi yg kelakarnya punya lah excited sangat sangat nak pasang wallpaper tu, langsung tak fikir nak adjust pattern bunga tu biar sama je. Selari jer. last-last bila amik pict, tgk pelik je. takpe lah..dah pasang dah pun. nanti bila free kita repair balik. first trial kan...moral of the story, bila first time buat amik lah corak yang kecik-kecik je. *perasanterergitula'. 

Mungkin ada yang tak suka style open wardrobe ni. Tapi Rien rasa ok jer. Ala-ala kat butik gitteewww...

Tengoklah gambor..jangan kutuk ye... 
Cuba tengok sape yang gila kuasa? Hehee..Redha je laki aku tengok baju bini masuk kawasan dia. 


Monday 1 September 2014

3 barang RM150 jer. Jimat kan?

Memang trend Rien bila habis raya jer Rien dan Awie akan bawak anak-anak gi shopping. Shopping guna duit raya diorang. Bukan lah habiskan. Rien akan asingkan, mana yang nak shopping, mana yang nak simpan dalam bank. Setahun sekali je buat macam ni. Yelah diorangkan dah penat ikut mak apak diorang ni gi beraya sampai tak reti-reti nak balik kan. Why not as a reward bagi kebebasan kat diorang untuk belanja apa yang diorang nak. Tapi bersyarat. Syarat tetap ada ye kalau tak tah hape hape tah dorang amik. 
Before this Rien ajak Aisy gi Toys'R'Us. Tapi bila dah anak dua ni Rien rasa better pergi tempat yang cheap sikit tapi berbaloi, jimat dan bijak belanja. hahaaaa... 

GM. Ada lagi ke orang yang taktau kewujudan GM? Sekarang ni dah ramai yang boleh niaga dah since GM dah jadi macam Mid Valley bila je hujung minggu. Dah macam POI (place of interest )kat Selangor ni. Boleh siap gi rombongan naik bas. 

Dekat situ banyak toys dan banyak pilihan. Harga pun masih lagi mampu lah. Kena pandai survey. Masuk semua kedai yang jual tu dan tanya harga. Then kita beli dekat kedai yang bagi harga paling logic dan murah. Kita customer kan. Boleh  buat pilihan. 

Aisy dia kata nak Playdoh. Mikail pulak dia nak semua benda yang ada gambar Mickey Mouse dan lori. Mikail dah macam orang kena rasuk bila kat level toys tu. Tapi Rien dan Awie pilih beli benda yang dorang boleh share main. So Rien pilih Jr. Drum dan Jazz Drum. Nanti sorang boleh melalak, sorang boleh hentam-hentam. Tak berebut , tak gaduh .(tapi gaduh jugak ).  

3 barang tu sahaja total RM150. Rien rasa dah kira sangat murah tu. Cuba korang belanja RM150 tu dekat Toysrus tu. confirm 1 barang je kan? Kita taulah kan macam mana budak-budak main. Dorang mana kesah pun brand ape. Bagi benda yang sama, tapi jenama yang berlainan dan harga yang berlainan. Cara dorang main tetap sama. Sepah, tak kemas, campak sana sini. sebulan lepas tu ada je benda yang hilang (anak-anak Rien la tu. Anak orang lain tak tau). 

Budak-budak dia tau 1 tempat tu  je yang jual banyak toys. Tapi banyak-banyak pun susah nak pilih kan. Rien tak manjakan sangat anak-anak Rien kat tempat tu . Rien fikir dulu Aisy sorang boleh lah tapi ni dah dua. Nanti nak tambah lagi. Takkan nak gi beli toys kat toysrus jugakkan. dah tentu sorang satu kena beli kan? habis-habis kalau ada 4 orang anak? mau tak 4-5 ratus habis. tu yang biasa-biasa je  tu. 

mampu tu memang mampu. tapi kalau boleh berjimat dan kreatif sikit cara belanja tu lagi bagus kan?. walaupun beli kat GM tapi Rien still lagi tengok jugak toys tu. bukannya hentam keromo main beli jer. 
actually sama jer cuma nya kat GM korang boleh beli banyak dengan bajet korang tu. 

Then rien belanja lagi extra RM50 untuk dorang beli apa-apa jer. macam coloring book, beg, towel, stationery set and other things lah yang diorang gilakan tu Mickey Mouse n Frozen. 

Rien bajet sorang RM200, tapi bila dah belanja baru perasan ada balance lagi RM200 ! .









Saturday 23 August 2014

Raya 2014!

Raya tahun ni kami balik rumah belah husband dulu. Ikut turn lah kannnn. 

This year sangat sangat lah sederhana. Lebihkan anak-anak jer. Dah lah baju boria Rien ngan Aisy tak siap. Makcik indon tu suka tabur janji manis. Sampai dah setengah bulan raya pun dia tak siapkan lagi. Nak gi imigresen lah apelah. Ni lom check lagi ni. Ntah-ntah dia dah balik indon. 

Sib baik baju pagi raya dia siapkan. Baju melayu awie dan kyle beli siap jer. Murah je. Cantik jugak. Tak malu Rien nak cakap yang baju melayu color purple tu beli kat Pasaraya Kawanmu jer. Pakai setahun sekali. Buang duit je beli or tempah mahal-mahal tapi tak pakai. 

Kalau ada baju kurung yang cantik dan fit dengan badan Rien yang kerempeng ni, Rien beli jer. Tak kisahlah kat mana kan. Tapi disebabkan Rien ni special kes, susah nak beli yg ready made. Terpaksalah tempah kan. 

Citer kuih raya plak, satu jenis je yang Rien buat. Popiah nestum lah kan . Tu je yang Rien jual! Hehee.. Yang lain semua mak n mak mertua bagi. Satu je lah beli. Tu pun sebab nampak macam comel. 

Ok jom layan gambar. 


















Wednesday 2 July 2014

Ramadhan-Day 2 & 3.

Ramadhan day 2&3 ? heheee..1 nye mana? entry ni nak citer pasal juadah iftar sebenarnya. tahun 2014 ni Rien berpuasa di rumah sendiri. Alhamdulillah. so far rien masak semuanya. bukan banyak pun. masak untuk dua orang je pun. simple-simple jer. 
kalau nak ikutkan memang rien tak pandai masak. memang jarang tolong mak masak kat dapur. heheee..teruk kan. tapi bila dah hidup sendiri ni kenalah berdikari. dari tak pandai masak, terus terror. hahaaa..tak lah sangat. 
tak pernah masak kari, first trial buat 'perfect'. sebenarnya masak ni senang je. ikut rasa. kalau tak sedap tu adalah yang kurang tu kan. 

day 1 terlupa nak amik picture. wat nasi ayam jer.

day 2 wat kari daging + sayur campur + telur dadar jer.



day 3 wat ayam masak kicap + ikan bilis goreng petai. 




berselera laki i makan! hahaaaa....

Saturday 28 June 2014

Ujian untuk Kami Sekeluarga.

Since Rien kahwin sampai lah hari bermulanya dugaan yang datang pada kami. inilah first time kami sekeluarga sakit berpanjangan selama sebulan.

Start dari Mikail muntah tengah malam. Tengah tidur. Lepastu berjangkit pulak dengan Aisy. 

Pendekkan cerita, start dari muntah sampailah ke diarrhea. Semua orang kena. Takde sorang pun yg terlepas. Mula-mula anak-anak kena then husband lepastu Rien. 

Then semua orang silih ganti demam. Macam pass baton. Kecuali Rien. 

Mungkin Allah nak uji Rien. Tahap kesabaran menjaga semua orang. genab sebulan 26hb June, semua orang sihat. Alhamdulillah Allah makbulkan doa Rien. Rien sampai satu tahap dah tak larat nak pikul tanggungjawab jaga semua orang. Badan ni macam tak rest. Tapi kena buat jugak. Sapa lagi nak jaga diorangkan. memang tepat masanya Allah uji kami sebab Rien dah full time housewife. dah tak kerja..
Kalaulah still kerja ni, maunya Rien cuti sebulan. mesti kena perli punya lah... memang kalau kerja pun hati tak tenang. kepala otak fikir kat rumah jer. Memang orang tengok demam dan muntah tu nampak macam penyakit biasa. Tapi hakikatnya, sangat berat ok nak menanggungnya. lagi-lagi bila anak kecil yang kena. salah jaga atau leka macam-macam boleh jadi. demam tak boleh anggap remeh ye. 

Lepas discharge Mikail, Aisy pulak demam + muntah. Dua hari lepas tu Mikail berjangkit pulak. Sampai kurus keringlah diorang ni. Aisy dah macam aneroxia dah. serius! Rien selalu bagi support suruh dia makan. sebab badan dia dah lemah sangat. lagi satu, Aisy ni payah sikit kalau kita citer pasal hospital ke doktor ke. nanti dia sentap. nangis!. senang citer dia takut sebenarnya. 

Mikail pun sama. muka dia cengkung, pasif, taknak makan. Rien jadi risau. sampai tak tau nak citer dengan sape, Rien citer je dengan Mikail walaupun dia tak paham. sambil mandikan dia sambil tu jugak rien nangis. sebab masa mandikan tu kita pegang badan dia rasa tulang jer. murung jer. then decide gi klinik Ajwa section 7 shah alam. doctor dpt detect tonsil dia bengkak. mungkin tu salah satu sebab kenapa dia demam dan taknak makan. doktor kata kita try dulu makan antibiotik. after 2-3 days mikail dah ada selera nak makan. demam dia pun dah kebah. then dah banyak cakap. Ya Allah happy sangat Rien masa tu. 

Tak habis dugaan lagi, husband kena admitted. Demam + semput. malam tu dia dah sesak-sesak nafas. terus gi klinik ajwa, ambik darah. doct kata kena refer hospital sebab darah pekat. tapi no denggi. syukur..
sampai KPJ, ambik darah lagi, check jantung, pakai gas, masuk air lagi...macam-macam buat kat Emergency room tu. Last-last kena admit jugak. Tido lagi Rien kat hospital. lama jugak lah husband kena tahan wad. 5 hari kot. dalam masa 5 hari tu jugaklah Aisy demam panas balik. makan ubat demam tak baik-baik. satu malam tu Aisy tengah tido, tiba-tiba dia terjaga & Rien tengok hidung dia bleeding. cepat-cepat kaut handbag nak gi klinik. masa tu panik jugaklah nampak darah keluar kan. jangan ada benda yg serius sudah. bila doctor check, ada darah beku dalam hidung dia. tak serius. lega!
lepas 2 hari makan antibiotik, demam Aisy dah kebah. dah sihat. syukur sangat. 

3-4 hari sebelum puasa semua dah sihat. semua dah boleh senyum, main-main, aktif, banyak makan...
happy sangat. bila tengok anak-anak dah kembali aktif macam dulu rasa macam sebak pulak. puas tengok diorang sihat balik. 

walaupun ada jugak Rien merungut dan mengeluh penat dengan apa yang jadi tapi Rien tetap kuatkan jugak semangat ni. Nasib baik mak abah, mak baba, adik beradik bagi support dan bantu kami. rasa takdelah sorang-sorangkan tanggung ujian ni. rumah kami kena tinggal nak dekat sebulan sebab sepanjang kami sakit, kami stay dengan parent Rien. pokok-pokok bunga semua kering. kesian tak cukp air. tak pelah..nak buat macam mana kan. now tengah dalam proses memujuk. nak suh kembang balik. tak tau lah nak ke tak pokok-pokok tu heheee...

lastly thank you pada yang bertanya khabar kami sekeluarga semasa kami sakit. hargai sangat. ;*

Monday 26 May 2014

Deco by Rien - Bidai Jimat

PSegalanya jimat dan murah kan kalau yang Rien suggest. Hahaaa.... 
Wet kitchen Rien hanya berpagar je kat tepi rumah. Bawah bertutup tak nak bagi kucing masuk katanya...tapi masuk jugak kucing-kucing tu kat dapur Rien. 

Konon nak cari bidai yang buluh / kayu tu kan. Tapi rasa alaa puluh-puluh sangat. Pastu nak kena drill bagai. Nak cari yang simple je sebab bukan nak buat ape pun. Just nak jaga aurat masa tengah masak. Taknak jiran-jiran sebelah nampak kita kat dapur. Segan lah kan kalau kita kat dapur pakai baju tak cukup kain ke, tak pakai tudung ke...lagi satu tak nak tempias hujan masuk dapur. 

Jalan-jalan kat Daiso ternampak shower curtain. Masa tu idea Rien dah bercabang-cabang. Hahaaa...why not beli je 1 pastu try gantung. 5 ringgit je pun...

Balik rumah try, hahaaaa memang bijaklah. Ngam-ngam je dengan grill wet kitchen tu. Just nice. Walaupun plastic tapi tak jarang. Jiran sebelah tak nampak pun. 

RM5 je modal pun. Jimat duit I ! 
Dari wet kitchen Rien. Haa.. Senang kan orang nampak kita. That's why la...







Sunday 18 May 2014

PapaMami Kitchen - Asam Pedas

Nak citer main masak-masak lah entry kali ni. poyos giler kan. Macam pandai sangat masak nak bagi resepi kat orang. Rien pun copy orang punya then adjust sikit-sikit ikut rasa tekak. 

Rien kalau nak masak mesti nak semua ada. Kalau salah satu barang tak ada terus tukar menu. 
Selalu kalau masak asam pedas Rien suka guna ikan kembung. Tak gemar sangat guna ikan lain. 
Kalau sebelah mertua, ada ayam masak asam pedas. Kat kedai makan lain pun ada. Tapi kalau asam pedas Rien suka ikan jer. Haiwan lain tak leh masuk. Tak tau nape. 

Asam pedas pun ada macam-macam. Ikut negeri lah ikut kawasan lah ikut turun temurun punya resepilah.
Rien suka asam pedas melaka. Kalau masak memang ikut style tu. 



Bahan-bahan:

Bawang putih 
Bawang merah
Cili padi 
Cili giling (blend sendiri)
kunyit
halia
(blend semua)

Bendi
serai 
daun kesum
tomato
asam jawa
ikan

Cara-cara : 

Tumis semua bahan dan serai.
masukkan ikan dan letak garam secukup rasa. cewahhh...
gaul sikit-sikit biar nampak sebati dan serasi.
masukkan air asam jawa.
last sekali masuk tomato dan daun kesum.
siap!

selamat memasak.
masak dengan kasih sayang tau. sure sedap!




Monday 5 May 2014

Deco by Rien - Dry Kitchen EXPEDIT

Actually takdelah dry kitchen sangat pun hehe.. 
Just nak share dengan u ollss yang hias rumah konsep bajet tapi menarik.
 For now Rien memang tak buat Kitchen Cabinet. Rien just tambah luar belakang je buat wet kitchen. Buat wet kitchen RM2500 , dry n wet kitchen kat dalam rumah RM5000 and above. So which one u pilih. Rien pilih wet kitchen. Lagi pun rumah Rien jenis see tru hehe.. Tak ada pembahagi dapur.
 Strettt je sampai ke belakang.

Awal-awal masuk rumah baru, banyak pakai duit kan. So pilih secara bijak. 
Tapi kalau yang memang mampu, just go for it. Buat KC terus. Rien punya konsep bajet ye.
 Sebab bajet kami limited. 
Kitorang memang takde buat loan or mark up loan untuk develop rumah ni. Banyak konsep DIY. 
Husband dari tak tau nak drill-drill ni now dah pakar dah. Dah ada gadjet dia dah. 
senang tak payah nak upah-upah orang kan. 

Lagi satu, kita ni orang melayu. Masak masakan melayu ni renyah. Berminyak sana sini. 
Kitorang survey sana sini. Finally macam biasalah. Ikea jugek. Beli EXPEDIT. 
Mula- mula beli yang hitam (4) tu. 
Pastu nak cari kabinet yang boleh simpan banyak barang tapi nak bertutup.
 Ukur punya ukur memang ngam.

 Beli EXPEDIT putih (8). Just beli 4 box color terquois letak kat bawah. 4 lagi biar open. 
Dalam box tu Rien letak mug dan plate.
 Yang open space tu, letak jar-jar, caraft, jug, coffee, tea, gula...........
 Kat bahagia atas tu kita buat as ruang kerja. 

EXPEDIT 4  - RM149 
EXPEDIT 8 - RM199 
BOX black & terquois - RM15 kot. 
BOX red - RM39.90 kot. 

Korang don't worry. If one day ada rezeki buat kitchen cabinet, EXPEDIT ni boleh letak benda lain as book rack ke or storage. Letak dalam bilik, library or boleh jugak letak kat ruang tamu as part of decoration. 

Kat tempat lain ada jugak jual macam EXPEDIT ni tapi kayu dia nipis. Yang ni nampak kukuh sebab frame dia tebal. 

Yang tak bestnya, sejak EXPEDIT turun harga, asyik takde stok je kat Ikea. Ni pun nasib ada color putih. Sapu jelah.... Walaupun lari konsep sikit.


gula, coffee, tea, kordial, biskut, makanan kering semua kat open rack tu. tapi kena simpan elok-elok dalam bekas. so far anak-anak Rien tak kacau barang - barang kat dapur. 


corong paip tu abaikan ye. kat situ nak pasang sinki. tapi tak buat-buat lagi. buat basuh-basuh tangan. 
Water dispenser, kettle, rice cooker, toaster , susu anak semua lengkap. microwave je belum amik lagi kat umah mak.


ni lah wet kitchen Rien. memang sempoi giler. sorrylah comot sikit. tak besar sangat pun ruang belakang. setakat nak masuk 2 orang bolehlah. laga-laga bontot. 

memang simple giler kan dapur Rien. awal-awal ni tak banyak barang lagi, kitorang 4 beranak je buat masa sekarang. duit yang lain tu kita guna untuk benda lain yang lebih berguna kan. nanti dah tua sikit baru buat KC ke extend tepi ke buat dapur luas sikit. In Sha Allah. 

Next time kita citer pasal part lain ye....

daaaa.............................

Tuesday 22 April 2014

Kalut lagi jadi housewife!

Bukan mudah untuk jadi surirumah sepenuh masa. Dan bukan mudah juga jadi surirumah separuh masa. Setiap jalan yang dipilih ada cabarannya ada risikonya ada kekurangannya ada kelebihannya. 

Apa pun Rien tetap syukur dengan jalan yang Rien pilih sekarang. Ini juga dipanggil rezeki. Berhenti kerja demi anak-anak dan ibu bapa. Dah lama minta dengan Allah, Alhamdulillah dimakbulkan.  
Pada masa yang sama husband restu. 

Sebenarnya Rien tak pernah fikir pun pasal income bulanan, hutang bulanan yang nak kena langsai. Giler tak main redah je resign. Giler kan. 

Rien pernah terbaca, kalau nak jadi wahm atau berhenti kerja kena ada saving untung 6 bulan akan datang. Maksudnya kalau gaji sebulan rm3 ribu, maknanya kena ada saving rm18 ribu! 
Huh?! Celah mana nak datang saving 18 riban tu? Monthly pun ratus2 je boleh simpan. Nak tunggu banyak tu baru resign, memang tak resign-resign la kan? 

Memanglah untuk emergency if anything kita tak boleh cover hutang-hutang kita dengan income bisnes yang kita buat ni. 

In Sha Allah. 

Bila dah memang kerjanya kat rumah je, masa untuk kita beribadat pun banyak.
Dulu tak pernah solat Dhuha. Sekarang Alhamdulillah dah boleh buat setiap pagi. Aisy pun solat jugak tau! Rien tak suruh. Dia yang nak. 

Memang mula-mula agak kalut. Tak tau mana nak buat dulu. Nak mandi kul berapa nak masak kul berapa nak ajar Aisy buat work kul berapa. Berterabur. 
Sebulan jugaklah nak biasakan diri. 

Almost 10 years kerja. Rutin harian tak sama. Bila cuti memang melantak tidur sampai kul 12. Masa mula-mula tu memang malas giler nak bangun awal sebab macam rasa amik onleave haaha.. Tak sedar diri tu dah naik pangkat dari separuh masa ke sepenuh masa HOUSEWIFE! 

Now bizkaaching still ON, Rien'z Studyo ON. 

Memang agak sukar nak bahagi masa nak duduk buat kerja kita. Baru nak start, anak dah jaga. Anak melasak sana sini. Rien pun mula lah jadi petirrrrr. Masa yang paling afdhal ialah masa tengah malam masa dorang dah tido. Tapi masalahnya Rien pun selalu join sekali. Hehee.. Yelah siang Rien tak tidur tau.
Kalau Aisy n Kyle tidur, Rien join. If Kyle je tido, masa ni lah nak ajar Aisy Iqra', buat work. Kalau buat masa Kyle berjaga, habislah ko. Dia paling sebok sekali nak tolong ngajar akak dia. 

Rutin.

Pagi - buat breakfast / kemas rumah / basuh baju/ mandikan anak-anak/ siap-siap nak masak untuk lunch n dinner. 

Tengahari - lunch dengan anak-anak/ tidokan kyle, solat jemaah dgn Aisy, Ajar Aisy Iqra' dan work. 

Petang - ajak anak-anak riadah kat luar rumah/ mandikan anak-anak/ siap-siap nak solat maghrib

Malam - solat maghrib/ prepare dinner sebab husband dah balik kerja/ kemas sikit-sikit/ lepak / mommy time. 

Bila masa nak manage bisnes ko tu Rien? Ada masa ke? 
kalau pagi dan siang tu Rien curi-curi masa. tengok kat handphone je. tak on lappy. mana yang sempat je Rien layan. Yang  lain tu Rien buat malam. 

Memang rasa macam tak sempat. nak update pasal bisnes pun selalu lupa. 
Teruk betul.
Tapi Rien akan cuba balance kan time bisnes dan uruskan rumahtangga. 
Masih lagi dalam proses belajar.  

Alhamdulillah
Rien ni orang yang paling susah nak masak. Paling tak pandai masak.
Yelah dok dengan mak kan. Semua mak.
Tapi bila dah dok sendiri, takkan nak makan luar je kan? takkan nak biar anak ko kebulur?
Masak jugak lah. Belajar ikut buku. 
Masak ikut syok taste sendiri. hahahaaa...

Air tangan Rien. huhuuu.
Ada hati nak tunjuk konon. Macam sedap sangat kan. 
OKlah.
Tekak laki Rien kata sedap. tu pun dah gembirakan hati I hahaaaa....






K lah. Nak pi amik stok nak pos barang nak survey barang.. Tata.....








Friday 18 April 2014

Rindu Ofis Lama

Boleh lupa pulak kan nak upload gambar farewell kat blog. Tua dah ni ko Rien. Dekat FB dah awal-awal upload dah sebab pakai ipad. Banyak sangat gambar.
Masa buat entry ni dah start rindu balik kat orang-orang RS esp my team. Tapi apakan daya sudah suratan kite dah jadi bekas hehh...

Banyak memori kat RS ni walaupun rutin setiap hari adalah sama.

Teringat makan kat kantin masa lunch. Makan guna tray hokehhh. Amik nasi setengah pun selalu tak habis.
Teringat makan kat work station masa pregnant sebab alah dengan bau dapur kantin. Setahun kot makan kat dalam ofis. kalau tak sempat bawak bekal, mintak tolong kawan-kawan belikan makanan lepastu makan kat surau.
Teringat selalu gaduh dengan orang -orang production / marketing..dah gaduh baik balik. biasalah kan kerja.
Teringat pergi company trip ke Hatyai / Langkawi.
Teringat tidur berjemaah kat surau masa puasa.
Teringat produk-produk yang Rien hasilkan. Macam-macam company Rien buatkan. Ada yang harga RM100K pun ada.

Hoiiii banyak lagi lah kot kalau nak teringat-teringat.

Actually kalau nak cerita rutin setiap hari kat ofis sama jer. datang ofis buat kerja, lunch kat kantin atau jusco, time balik Rien balik. lepas balik kerja takde lepak mana-mana pun.
Sebabnya.......rumah Rien jauh, takde kawan pompuan. mostly yang lepak-lepak ni budak-budak laki bujang. dan......Rien ni kan mak orang bini orang.
Ko ingat cantik sangat ke mak orang bini orang ni nak lepak kat mamak lepas kerja sebab nak lepaskan jem?
Bad idea ok!

Dulu masa bujang yess Rien lepak lepak balik kerja. Pi tengok wayang kat KLCC, lepak mamak .
Masa tu dok kat Sri Rampai. dekat je dengan ofis pun. Keluar kul 7.40 pagi sampai 7.55 pagi.
Giler heaven.

 Orang RS baik-baik belaka. Rien kat sana takde nak jadi kepochi sangat hal-hal peribadi orang sana. dengan kata lain Rien takde best friend.Tapi saling take care each other.

Nak jumpa perempuan yang sebaya Rien memang susah. Kalau ada pun department lain.
Kat Design Department mostly lelaki yang sebaya or adik-adik. Sib baik diorang ni boleh masuk kepala.
Zul, Nan, Yad, Fendi, Fizi, Am. All bujang-ness ye. All baik-baik belaka.
Eh silap. Nan tu dah kawen. hehee...

Kawan-kawan pompuan dalam design, semua kakak-kakak.
Kak Zah, Kak Awi, Kak Siti, Kak Mira
Banyaklah dapat infor pasal rumah tangga dari dorang . hahaaaaaaa.
Nasihat dunia akhirat pun ada jugak.

Dept lain ada jugak macam Veni dan Kak Zura.
Kawan cerita, kawan setrip, kawan sengumpat. heheee....

Apalagi nak citer eh? banyak dah kot.

 Layankan je lah gambar-gambar ek. This entry biar gambar berbicara ececehhhh.....


Xin Wei & Aizat . Kalau korang tengok kat showroom RS, produk-produk tu diorang yg design ye.


Boss TJC


Yip . Graphic Designer


Kris, Zul, Nan. Packaging Team






Mei Yee, Manager . Kami masuk RS sama-sama.



Haaa..ni lah Team Rien. All jejaka'sss All bujang-ness.
All otak kreatiff.
Design diorang semua gempak-gempak.

.
Ni Fendi. Sopan je orang nya. Trophy F1 yang latest ni dia lah yang buat. Bangga ahkak ko.



Veni & Kak Zura. Diorang kat dept Corp Sale.  


Touch in sangat masa ni sebenarnya.


Fizi si panjang. Terasa pendek sangat berdiri sebelah dia. 



Abang Suandi, Abang Kroll, Ahmad Muhammad 


Jelas sangat muka lepas nangis. Ain & Latifah frm Selberan.


Boss Graphic, Boon Ling


Abg Chot. Boss sculptor. tangan dia ada magic sebab semua benda yg dia design semua nampak real. 
Paling tak boleh lupe kalau masa meeting, dia suka sketch gambar orang-orang dalam meeting tu...
Nampak sangat bosan masuk meeting kan abg chot? heheeee



Vani. Admin kami



Eugina. Creative Director



Kak Mira. Sculptor


Gambar kelas. heheee


Ah Ngan. Master in lang . Selalu kowtim dengan dia kalau ada apa-apa. Baik tau dia ni hehee. 


Ah Ti ni pun baik jugak tau 


IE team. 



Abang Man. The only one Photographer RS


Jeng jeng jeng... Boss Special Order. Boss Rien. 
Boss yg baik. Boss yg cool. Boss sukati. Boss yg takde PA. 
hahaaaaaaa...




Yardy. Budak baik ni. Cakap pun sopan jer. Sesuai buat menantu. hikk..


veni & kak zura




Zul. nak kawen dah. comel jer orang nye. hari-hari datang meja Rien. 
Siapa nak buat insuran Prudential Takaful, contact dia yer/



SO production team


Engraver



Masa makan-makan. 







Gambar kelas lagi. 

Rindu oiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!