Monday 24 September 2018

Inspirasi Kitchen Cabinet & Cuckoo

Sekarang ni macam-macam design kitchen cabinet ada. Google saje. Nak yang moden, nak yang kayu, warna putih, pink, hitam.....semua ada. Selalunya yang cerewet bab dapur ni perempuan la kan.
Sebab perempuan, mommy-mommy yang akan banyak spend masa kat dapur ni. 

Kat dapur mesti kena complete. Kalau tak nanti masaknya lambat, kerja kat dapur pun jadi leceh. Dari peti ais,oven, microwave, blender, toaster, stove...malah ke periuk belanga pun mesti ada.

Tidak perlu yang mahal pun tapi lengkap. Memudah kan semua orang di dalam rumah.
Terutama ibu yang bekerja. Bila balik kerja terus ke dapur nak masak untuk family. Lepas masak nak siapkan barang anak-anak untuk ke sekolah / rumah pengasuh esoknya pula.

Tahu tak yang penapis air adalah keperluan di dapur yang paling penting? Kalau kita rasa nak dapur yang lawa tapi hari-hari kita bagi anak kita air yang tak bersih dan berkarat pun tak guna juga kan?

Penapis air ni bukan lagi trend untuk menunjuk nunjuk siapa punya paling hebat tapi trend keperluan wajib setiap rumah. Dulu kita rasa siapa yang ada penapis air ni orangnya kaya. Sebab sebulan kena bayar RM100 ke RM200. Tapi sekarang semua orang mampu milikinya. 

Harga penapis air Cuckoo bermula dari RM75 sahaja dan banyak model untuk dipilih. Saiz pun sangat sesuai untuk semua jenis dapur. Tak besar tak kecil. 

Apa yang penting sangat penapis air Cuckoo ni kan?

  • Si ibu tak perlu nak masak air banyak kali SEBAB penapis air Cuckoo ni UNLIMITED dan FREE FLOW. 
  • AutoRefill. Tank takkan kosong dan tak perlu tunggu tank penuh baru boleh guna.
  • Ada air sejuk / panas / suhu bilik / suam.
  • Nak buat susu anak sangat mudah. Tak perlu masak air. Terus tekan je. 
  • Nak buat kopi atau sirap sejuk, tekan je. 
  • Mempercepatkan kerja di dapur
  • Anak-anak kecil pun boleh ambik air sendiri. 
  • Tak payah nak simpan air berbotol-botol dalam fridge. 
  • 4 bulan sekali pihak Cuckoo akan datang untuk servis penapis air secara percuma sepanjang kontrak. 
  • Dan paling utama, air yang keluar dari penapis air Cuckoo ialah air yg dah ditapis dan dijamin bersih, bermineral serta beralkali rendah.

So kat sini, Rynn share kan Cuckoo & kitchen cabinet bergabung  hehhee..Boleh bagi inspirasi pada semua orang.  





















Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Sunday 23 September 2018

Malam-Malam Anak Mesti Nak Susu


Siapa ada anak kecik mesti akan menghadapi situasi dalm video ni kan?
Malam-malan si anak akan bangun menangis nak susu. Masa tu kita mesti kelam kabut. Nak cari botol, susu dan paling penting air panas.
Kalau tiba-tiba kita lupa nak simpan air panas sebelum tidur macam mana? Dah nak kena masak air dulu. Anak dah teriak. Nak tunggu air masak lagi lambat.
Kalau lah ada.................................CUCKOO, semuanya mudah.
Penapis air Cuckoo ada air panas, air sejuk dan jugak suam! Nak buat susu anak tak sampai 2 minit dah siap. Anak tak sempat nak teriak pun. Pantas si ayah buat susu.
Bukan nak buat susu anak je mudah. Nak buat kopi sendiri pun senang. Dah tak perlu nak masak air, tak perlu nak simpan air berbotol-botol dalam fridge. Semua orang pun happy bila ada Cuckoo.
Penapis air Cuckoo UNlimited & Free Flow!
Jom ubah life style kita dengan Cuckoo.


Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Tips Kurus Che Ta

Perempuan ni cukup risau kalau berat badan naik. Naik sikit je mula lah kata nak diet. Mula lah nak cari tips kurus. Cari ubat kurus.
Ni ada tips kurus dari Che Ta. Back to basic. Guna bahan-bahan kat dapur sahaja. Siapa nak kurus, slim dan langsing macam Che Ta, sila lah tiru!

Selamat Mencuba ya kawan-kawan.









Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Cara Cegah Sinus

NI NAK BAGITAU. PROMO MAX BLENDER NI DAH NAK HABIS HUJUNG BULAN NI!.
Pertamanya, kenapa tau kenapa kena ada C+ Humidifier ni. Jangan beli sebab dapat free gift hebat jer.
.
Beli kalau ahli keluarga korang ada:
👍🏻 Masalah sinus
👍🏻 Masalah allergi, asma, selalu batuk-batuk dan selesema
👍🏻 Berdengkur
👍🏻 Masalah kulit
.
Beli sebab Humidifier mampu:
👍🏻 Membantu mencegah influenza
👍🏻 Menjadikan batuk lebih produktif
👍🏻 Mengurangkan dengkur
👍🏻 Memelihara kulit dan rambut agar lebih sihat
👍🏻 Mengurangkan gejala alergi dan asma
.
C+ Humidifier ni 2+1 pulak tu.
Humidifier pun ya, penapis udara pun ya.
.
Ada 4 jenis penapis:
👍🏻 Pre-filter: Untuk menapis habuk
👍🏻 Functional Filter (Harmful Gas Easy Filter S) – Untuk menapis gas berbahaya seperti Sulfur Oksida (SO2) dan Nitrogen Oksida (NO2).
👍🏻 Deodorisation Filter - Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan.
👍🏻Ultra PM2.5 Filter - Menapis debunga, bangkai hama dan asap rokok.
.
Takder cash? Kalau ada kredit kad, boleh buat Easy payment plan (EPP), bayaran ansuran tanpa interest.
.
Takder kredit kad atau tak mau beli cash? Rental pun ada. RM120 jer sebulan x 3 tahun.
.
Invest sikit untuk rumah yang berudara bersih.
Kalau entertainment budget kita tak berkira, inikan pulak untuk udara yang kita sedut setiap saat tu. Ya dak?





Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Thursday 20 September 2018

Gegar Vaganza 5 - Cuckoo Sebagai Penaja

Untuk Gegar Vaganza 5, Cuckoo menjadi salah satu penaja rasmi musim ini. Cuckoo semakin hari semakin dekat dengan rakyat Malaysia. Jadi...semua rakyat Malaysia dapat tengok Gegar Vaganza dan.......Cuckoo!








sumber mstar

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima itu.

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Musim terbaharu ini juga memperlihatkan dominasi peserta wanita termasuk penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee dan Noryn Aziz. 
Turut bertanding, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla.
Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan Shafie (Rio) mewakili peserta solo lelaki.

Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media yang diadakan pada petang Rabu.
GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.
GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).


Dengan adanya gabungan antara Cuckoo dan Gegar Vaganza, diharapkan ramai akan sedar akan kepentingan penapis udara dan penapis air ini di rumah. 

Rynn vote #diafadila 

Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Thursday 13 September 2018

Perbezaan Cuckoo dan Jenama Lain



Ramai yang tertanya tanya dan mungkin keliru atau berbelah bahagi nak pilih jenama apa untuk penapis air di rumah kan? Yelah sebab penapis air ni harga beribu. Kalau rental pun 5-7 tahun jugak kan? Jadi customer perlu buat pilihan yang tepat.

Sebagai pengguna kita ada hak untuk memilih mengikut bajet kita, keperluan kita dan juga citarasa kita. Kemudian baru kita boleh pilih jenama mana satu yang jadi pilihan kita.

Memang ada pro & cont antara Cuckoo dan jenama-jenama lain. Alhamdulillah sebagai pengguna / agen Cuckoo, Rynn dan family sangat berpuas hati. Malah tetamu yg datang ke rumah kami pun suka dengan penapis air Cuckoo. 

Penapis air Cuckoo selain harganya yang sangat mampu milik, dari segi design juga berjaya menambat hati semua orang. Design nya yang  modern, slim dan stylish serta saiz nya yang sederhana sesuai untuk diletakkan di dapur yang kecil. Contoh penapis air King Top, Iris Top, Icon, Fusion Top dan Prince Top.

Kalau tiada tempat untuk latak penapis air, customer boleh pilih penapis air lebih besar seperti Fusion Stand dan Deluxe.





Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Wednesday 12 September 2018

Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi

Pernah tak kita nak masak nasi tapi tiba-tiba air yang keluar dari paip tu warna coklat dan karat? Mesti pernah jadi kan? Dulu bila jadi macamtu, Rynn tak de pilihan. Ambik air dari toilet sebab toilet guna air tangki.

Redha je la masa tu.

Tapi bila dah ada penapis air Cuckoo ni rasa selamat & lega sangat. Buatnya la kalau time kita nak masak air tetiba air tu karat macam mana? Kena la pergi kedai beli air mineral kan?

Sekarang memang Rynn masak nasi pakai air Cuckoo. Kalau boleh semua yang berkaitan dengan air mesti nak guna Cuckoo. Kalau nak masak sup pun mesti guna air Cuckoo jugak. Kita lebih rasa terjamin dan tentu tentu air tu bersih kan?

Kawan-kawan Rynn pun yang pengguna Cuckoo dorang pun masak nasi guna air Cuckoo. Jangan kata kawan, mak Rynn pun sama.

Kita boleh rasa lain sikit bila masak nasi dengan air Cuckoo. Rasa dia lagi sedap dari biasa. Dan paling banyak review ialah nasi lambat basi!

Siapa yang ada penapis air Cuckoo di rumah tu boleh la masak nasi guna air Cuckoo ok!






                                       


                                       







Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Monday 10 September 2018

Cuckoo Home Style

Assalamualaikum..

Selepas pergi class eUsahawan hari tu banyak betul info dapat. Walaupun hanya basic tapi sangat bermanfaat. Sebab nya kita pergi sendiri menuntut ilmu. Dan ilmu terus masuk dalam otak kita.Terima Kasih jugak pada NM Jun sebab share dalam group AKC pasal class eUsahawan ni.
.
Dalam class Cik Su, dia kata kalau nak buat bisnes online kena ada 

- FB PAGE
- INSTAGRAM
- WEBSITE / BLOG
.
Dulu rajin sangat menulis blog. Dulu trend. Dan dulu kalau nak meniaga orang tak guna FB atau IG sangat. Banyak guna blog. Masa buat online bisnes (produk lain) pun memang guna medium blog ni. Sampai sekarang orang ada whatsapp Rynn nak order. Malangnya Rynn tak buat dah bisnes tu.
.
Jadinya bila sifu kata kena ada blog, Rynn akan hidupkan balik riannazin.blogspot.com ni. Cerita baru dan wajah baru. 
.
Almost 1 year Rynn buat Cuckoo Alhamdulillah. Tak sangka ni la bisnes yang paling lama Rynn buat. Sebelum ni 4-5 bulan je dah stop. Stop sebab tak suai, kena tipu dan bisnes tu tak stabil. Rynn harap Rynn akan lebih lama lagi dalam Cuckoo. Mencari rezeki dan berkongsi dangan semua orang tentang kebaikan penapis air dan udara dalam kehidupan harian kita. 
.
Selain blog Rynn akan share info Cuckoo dan kehidupan harian Rynn di

Instagram : Cuckoo_Home_Style





Sunday 9 September 2018

Legoland 5-7 Ogos 2016

Setahun baru nak update holiday ke Legoland. Bertuah betul mommy AisyKyle ni kan?
Disebabkan IG sangat senang nak upload pict jadi blog ditinggalkan begitu saje. Sekarang ni barulah nak hegeh-hegeh menyimpan memori manis dalam blog.
Cerita ke Legoland ni kami bukan pergi main bohh saja tau. Kami kumpul duitt tabung kami. Kami tu maksudnya kami 4 beranak. Masing-masing pecah tabung. Papa pecah poket hahahahaa..
Kira punya kira cukupla untuk kami berempat. Hotel pun pilih yang dekat dengan Legoland & murah. Rm80 1 malam. Okla kan. Buat tidur je.
Tapi memang koyak la nak masuk Legoland tu. Kami ni bukannya kayo nak main pergi je tempat mahal-mahal ni. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat bawa anak-anak ke sana. Aku dah lupa berapa tix masuk untuk 2 park tapi rasanya dalam RM600++ kot kalau tak salah.
Dah sampai kaunter tu kena la bayar jugak kan. Takpela janji anak anak happy. Setahun sekali holiday.