Monday 15 July 2013

#Cabaranbajukurung

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni genap seminggu umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan ini. 
So far Rien belum cuti lagi. Hehehehe..
Kalau bulan ni skip cuti bestkan. Takyah ganti puasa.

Bulan barakah ni Rien ada buat cabaran untuk diri sendiri iaitu
#cabaranbajukurung

Ni competition apa pulak ni kan. 
 Bulan puasa ni Rien akan pakai baju kurung setiap hari ke office.
Office je tau. 
Sabtu Ahad tak kira. hehehhe...

Bulan Ramadhan ni kita banyak kanlah AUDIT diri kan. Bak kata Dr. Muhaya.
Memang boleh dikira lah dalam setahun tu berapa kali Rien pakai baju kurung pergi kerja.
Alasannya malas nak gosok dan susah nak jalan. 
Especially bila nak duduk bersila atas kerusi. 
Baju dahlah stok kurung moden. Kalau baju kurung, besar lah sikit kain dia kan.
Jadinya berlambak-lambaklah baju kurung kat dalam almari tu. 

Sehari sebelum puasa korek-korek balik baju kurung yang 
biasa-biasa dipandang mata untuk dipakai ke ofiice.
Kalau pakai baju kurung yang memang khas untuk gi Wedding dan Raya 
nanti orang kata hoverrr pulak kan. Mengerlip-ngerlip.
Pergi kerja je pun. Kerja pun tak perlu jumpa customer ke keluar ke mana-mana pun. 
Stay kat office buat design dari 7.30 - 4.30.
No need lah nak bergaya sangat kan. 
Bersederhana sahaja. 

Hopefully Rien berjaya completekan #cabaranbajukurung di bulan Ramdhan ni.
Dapat jugak belajar-belajar latih diri pakai baju yang labuh sikit dari biasa lepas ni kan.
Umur dah 30 weiii....
Bawak-bawaklah berAmal.