Wednesday 10 August 2016

Proses D&C; Mudah,Cepat,Tak Sakit!!

Kalau kita google pasal proses d&c atau cuci rahim ni macam-macam cerita yang keluar.
Ada yang sedut gas, ada yang kena masuk ubat kat bawah, muntah lepas d&c..banyak lagilah.
ada yang kena korek hidup-hidup pun ada.

Mengerikan.

Aku pun cuak jugak bila doct nak buat d&c. Sebab memang tak pernah ambik tahu dan tak ada ilmu pun pasal ni. Walaupun czer dua kali, tapi aku tetap neves.

Tapi sebelum aku cerita pasal proses d&c yang mudah, cepat, tak sakit ni...aku cerita sikit kronologi macam mana aku tahu aku gugur.

 Last weekend 5-7 ogos aku & family pergi holiday ke Legoland. Ada yang anggap aku terlalu penat dan melasak kat sana. Sama sekali tidak. Sebab kat sana aku sangat relax. Tak main yang lasak-lasak pun. Aku banyak duduk dan tengok anak-anak yang main. Setakat ride train yang gek...gek...gekkkk...tu adalah. Teman kan Kyle je pun.

Sebenarnya Isnin malam nak tidur aku tengok ada spotting. Rasa macam pelik jugak. Last month kuar spotting. Takkan la ada lagi kan?.Supposed checkup on 12 ogos tapi rasa tak sedap hati so pergi la hospital tengahari tu.

Doct scan perut aku banyak kali. Lama.....sebab doct tengok jantung tak ada. Last month ada. Bila doct pasang sound pun memang takde bunyi heart beat. Aku dah terdiam. Tak tau nak tanya atau cakap apa kat doct. Then doct tengok size baby kecik. Baby tak grow. Sepatutnya dia dah membesar dan kaki tangan semua patut dah terbentuk. Tapi ni memang tak de rupa pun.

Aku dah 12weeks tapi bila doct tengok size baby tu size 9 weeks. So doct assume baby dah takde since 9 weeks lagi. Doct banyak kali check tapi sama jugak.

Terdiam terus aku. Tahan tak nak nangis dulu. Cuba jadi kental kononnya. So doct advise buat d&c. Dia kata nak tunggu jatuh sendiri boleh tapi still kena datang hospital untuk check ada saki baki. Kalau ada kena buat d&c jugak.

Mula-mula kitorang tak decide lagi nak setuju ke tak buat d&c terus atau tunggu seminggu lagi. Balik rumah nangis puas-puas sampai tertidur. Fikir-fikir balik buat je terus d&c. Cepat setelkan cepat aku baik cepat jugak aku dapat move on. Kalau aku tunggu, benda tu jatuh & keluar sendiri dan masa tu aku sorang-sorang kat rumah macam mana? Bila dah panic aku tak tau jadi apa nanti. Baik ambik langkah selamat.  

Hari Rabu, 10 Ogos 2016.

Pukul 7.30 pagi aku n husband dah tercongok kat Hospital Bersalin Razif, Klang. Malam sebelum tu dah bedal pizza hut puas-puas sebab teringin pastu terus puasa sampai pagi. Neves makin kuat. Diam je masuk wad. Sebab takut.

Dah siap-siap tukar baju, Dato' datang visit. Dia cerita sikit-sikit pasal d&c. Bunyi dia macam senang je. 10minit buat 10minit lepastu dah sedar...Hamboiiiiii dato' ni. proses ni dah la nak korek kat bawah tu. Kalau sakit injection aku tak kisah. Memang sakit tapi aku berani benda-benda macamtu. Jangan usik tang bawah tu. Memang aku ngeri...

Masuk labour room mulut aku tak dok diam. Baca zikir la ayat kursi lah..Dalam tu ada dato', datin and nurse. 3 orang je kerjakan aku, Pastu aku nampak pulak palang kaki tu kiri kanan...ahhhh sudah. nak kena kangkang plak. bencii!!

Then dato masukkan ubat kat tangan, terasa menggelupur je ubat tu masuk sampai ke bahu....

Tiba-tiba tersedar, aku dah siap!...Hahahaaaa. tak sempat kangkang tak sempat baca doa aku dah pengsan. Hebat betul ubat tu. Memang tu pun yang aku nak. Tau2 dah siap... Lega. 

Ada hospital kena pakai gas dan ada yang kena insert ubat kat bawah. Mungkin lain hospital lain prosedur dan lain kes lain prosedur jugak. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak rasa sakit. Doct tak tunjuk pun apa yang keluar. Dia kata dah hancur & tak de rupa pun. Sebab kecik lagi kan. 

So far since aku bersalin czer 2 kali kat Hospital Bersalin Razif, memang mudah dan menyenangkan. Bukan sebab swasta dan hospital berbayar ye. Tak semua hospital swasta yang buat kita rasa selesa. Aku cerita based on pengalaman aku. 

If ada duit nak bersalin di hospital swasta, aku cadangkan pergilah ke Hospital Bersalin Razif. Tak nak pun takpe. Tak paksa..Harga bersalin normal dan czer pun antara yang termurah. Facilities pun bagus. Percayalah...hahahaaaaa..

Tengahari doct check & visit pastu lunch bubur dah boleh balik dah...Tak payah stay pun kat situ. After 1 week datang balik untuk checkup. 

Tak pernah terfikir pun akan alami keguguran. Tapi since awal-awal mengandung aku ada perasaan yang tak best. Tak tau apa dan kenapa. Naluri ibu kan kuat. Hari-hari just berdoa Allah lindungi aku dan kandungan aku. Apakan daya....Allah knows Best. 

Aku redha dengan apa yang jadi. Alhamdulillah aku kuat dan boleh terima. Mula-mula memang macam meratap meraung jugak. Balik rumah sembahyang, tidur baru tenang.

Now aku dalam proses berpantang. Walaupun rasa tak sakit, tak berjahit tapi pantang tetap pantang. Badan nak pakai lama woiiiiii....sekarang mungkin ko tak rasa sakit. Tunggu ko tua nanti. 

Assalamualaikum..