Sunday 7 July 2013

Syukur Alhamdulillah - Pengalaman Hidup


Salam riannazin readers...

Rasanya Rien dah jarang menulis entry yang personal kan. Dulu selalu jer update.
1 year ago agak busy sebab masa tu handle a few business, pregnant, bersalin, jaga anak kecik lagi heheeee. Alasan kan semua tu. Siapa yang follow Rien dalam Instagram mesti dah tau anak bujang Rien Aisy Dhamin Mikail dah besar sekarang. 1 July hari tu genaplah dia 8 bulan. Kejap je rasa kan.

Sepanjang setahun jugak banyak yang Rien belajar. Belajar sesuatu yang baru, belajar dari kesilapan & belajar mengatasi masalah yang datang. Dan yang paling paling mengajar Rien ialah menilai dan mengenali insan-insan di sekeliling Rien.

Rien dapat kenal siapa kawan, siapa lawan, siapa di sisi kita semasa susah dan juga siapa yang ambil kesempatan ke atas kita semasa kita senang, juga siapa yang tikam dari belakang dan sanggup lihat kita terkapai-kapai. 

Alhamdulillah Rien ada husband yang sentiasa di sisi Rien masa dalam keadaan susah, takut, serabut dan sakit. Walaupun Rien ni kadang-kadang begik (ayat husband), tapi dia sentiasa positif kan Rien bila yang jadi akhirnya negatif. Suami isteri kan..kena lah support each other. Rien tak tahulah pasangan yang lain macam mana, tapi yang Rien tahu kami tak ada rahsia. Apa sahaja keputusan yang Rien buat, Rien akan beritahu husband. Tak kira lah dari segi bisnes ke, kerja ke duit ke beli baju anak ke mesti cakap dengan dia. Kadang-kadang bukan nak mintak pandangan tapi nak inform dia jer. Ngada kan. Tapi tak kot. Contohnya, pasal bisnes Rien. H
usband juga berhak TEGUR dan NASIHAT Rien if the way Rien handle this business salah. Betul ke tak. Adil ke tak keputusan yang Rien buat.

Syukur. 


Dengan apa yang jadi Rien bertambah kuat. Rien bertambah matang. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu apa yang terjadi. So Rien dah pilih jalan sendiri. Now semua perancangan, keputusan dalam bisnes atas tangan Rien sendiri. Rien rasa lebih selesa dan happy. NO RUSH NO FAKE NO FORCE.

Sebagai hambaNya, tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu di luar diri kita. Sebab kita tidak tahu mungkin itu jalan kita selepas ini? Jika itu bukan jalan untuk kita, don't worry, Allah pasti tunjukkan . Jadikan semua itu pengalaman hidup. Barulah colorful kan life kita? 

Alhamdulillah 

Murah rezeki kami sekeluarga walaupun tidak mewah. Husband diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar dalam company. Lepas ni turun naik kapal terbang jerlah kejanya kan. Apa pun syukur. 
In Sha Allah nikmatnya akan dapat di rasa satu hari nanti. Percaya rezeki manusia ada bahagian-bahagiannya. Tapi jangan sekali-kali kita mengambil bahagian yang bukan milik kita... Mencari rezeki dengan cara SIHAT ye..

Entry kali ni hanya random. Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri sebab Rien pun manusia yang lemah dan banyak kekurangan.

Assalamualaikum