Wednesday 31 October 2012

Masa Dah Tiba

Entry ni Rien draft dah lama. Buat sikit-sikit bila mood datang. Just nak share hari-hari sebelum bersalin. Still lagi 50 - 50 samada bersalin normal atau czer. Kalau normal, Insyallah next baby nanti boleh bersalin  normal jugak. Tapi if this second time czer jugak , maknanya Rien tak dapat merasa macam mana sakitnya bersalin normal bila third baby.

Tapi Rien fikir positif. Mungkin ini jalan yang telah Allah tentukan bagaimana Rien bersalin. Mungkin ada sebab kenapa anak-anak Rien tak berada dalam kedudukan seperti baby lain. Asalkan Rien dan baby sihat Rien syukur.

Rien bukan tak nak cuba berubat cara kampung dengan bidan yang mahir betulkan posisi baby ke tempat sepatutnya. Sebelum doktor bagi nasihat jangan pandai-pandai pusingkan baby ni, Rien pun memang tak nak sebenarnya. Takut, tak confident & macam -macam lagi lah. Sebab Rien tak nampak apa yang jadi kat dalam tu bila baby kita dipusingkan secara paksa untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. mesti sakit kan? Kepada yang pernah berubat secara kampung atau ada juga secara moden bila baby dalam keadaan songsang tu, tahniah...sebab anda ibu yang kuat dan berani.

Rien ni memang penakut sikit or maybe banyak bila bab-bab macam ni. 
Rien terima seadanya ketentuan Tuhan. Cuma kena siap sedia dengan jumlah wang yang banyak untuk bersalin secara czer di hospital swasta.

Memang Rien dan husband struggle mencari duit extra untuk bersalin ni. Tak pernah terfikir untuk bersalin czer lagi tapi just buat persiapan extra supaya kita ada backup pada hari tu. Tak perlu nak menyusahkan orang. Company husband dan company Rien memang tak cover bab-bab mengandung dan bersalin ni. Walaupun kami ni bekerja dengan company yang sangat International.

Alhamdulillah masa bulan July, kandungan masa tu 6-7 bulan rasanya  Rien jadi sebahagian dalam family Premium Beautiful. Dengan bisnes ni Rien dapat kumpul duit sikit-sikit untuk persiapan bersalin. Masa ni memang baby dah start breech. Duit simpanan memang ada tapi kurang cukup dan duit tu sebenarnya nak guna masa pindah rumah tahun depan. Tapi dalam keadaan macam ni, Rien dan husband kena bagi keutamaan pada yang bernyawa dulu lah kan.

First bonus RM4500 yang Rien dapat, Rien guna sebaik-baiknya. Sebab Rien banyak komitmen. Masa tu pulak memang nak raya. Syukur, dengan duit bonus Rien dapat sediakan untuk family dan terutamanya Aisy. Rien dan husband just ala kadar sahaja. Jangan sebab kita, anak-anak tak ada baju raya. 
Separuh duit tu Rien simpan untuk bersalin nanti. Company memang tak bagi bonus masa raya dan raya masa tu jatuh pada pertengahan bulan. memang sengkek lah kan. bila raya ni orang akan belanja double dan triple.

Ada setengah orang sanggup buat loan nak raya sebab mereka memang tak ada saving, gaji pulak cukup-cukup bayar hutang. Time nak raya ni terpaksalah kan. Kalau tak anak-nak tak ada baju raya, duit raya untuk ibu bapa kena bagi kalau tak malu dengan adik-beradik yang lain. Memang bersyukur sangat dengan bisnes Premium Beautiful ni. Duit extra tu sentiasa ada. Tambah pulak bila ada cash buyer, Rien  simpan setiap 1k daripada jumlah tu untuk bersalin. Alhamdulillah duit kami lama-lama cukup.

kenapa Rien simpan 1k jer kan? sebab selebihnya Rien share rezeki tu dengan orang-orang yang Rien sayang. Kan elok kita sama-sama rasa rezeki yang kita dapat tu kan?. Jiwa Rien pun tenang. pada masa yang sama juga kita belajar untuk beringat semasa kita senang.

Rien tak sangka hubby pun ada simpanan jugak sebenarnya dalam diam. Dia langsung tak bagi tahu Rien sampailah lepas 10 bulan dia simpan bawah karpet bilik, baru dia keluarkan...Memang pandai kan dia? Selama ni dia selalu komplen bila dah hujung bulan duit tinggal sikit. Tapi dia langsung tak nak guna duit tu sebab duit tu hanya masa emergency sahaja.

1 November 2012 ( 011112) ,masanya dah tiba. Rien admitted kat Hospital Bersalin Razif. Rien sekali czer untuk anak no 2 ni. Baby still lagi breech.. Rien dan husband redha. Kalau tak nak pilih date 101112 tapi that week husband kena gi Singapore. So , we decide czer on 37 week +....iaitu 011112...

Hopefully semua berjalan dengan lancar, dipermudahkan segalanya, Rien dan Baby sihat dan selamat.
Amin