Sunday 17 November 2013

SuperMikail is 1 - BAJET


This entry Rien nak share bajet masa buat Birthday Party Mikail dekat KFC hari tu. Boleh lah bagi info pada siapa-siapa yang plan nak buat kat KFC tu kan.

Before that , Rien suggest korang buatlah survey dulu kat tempat-tempat lain. Nanti boleh compare kan . 


First, korang kena tahu 

Bajet korang nak buat party ni berapa. $300,$400, $500, $1000.

bila dah tahu bajet senang korang nak shortlisted kan venue. kalau rasa-rasa tempat tu macam mahal sangat , padam terus. 

Dah ada target berapa orang jemputan.

macam Rien memang dah ada jemputan yang wajib dijemput dan wajib hadir. heheheee...family, sedara mara, bff, kawan anak-anak korang jangan lupa pulak. ni birthday anak tau bukan birthday mak apak nya. ...kang syok sendiri pulak. kalau boleh buat senarai nama orang dewasa berapa orang, kanak-kanak berapa orang. senang nak agihkan makanan. 

Kena tahu ape yang perlu tambah dan apa yang tak perlu langsung korang tokok tambah.

contohnya. makanan, gift dan decoration. bila buat dekat KFC or any fast food restaurant, decoration, makanan dan gift all included. tak payah berangan nak tambah nasi minyak lauk ayam merah lah dalca lah kuweteow lah...Tak payah ok. Not Allowed. Makanan yang dorang sediakan based on berapa ramai jemputan yang datang . Tapi korang kena faham bila kita buat party kat luar ni, makanan adalah limit ya. Instead of 2 ketul ayam sorang, dia akan dapat seketul sorang plus sidelines je. Dan kena ingat ya... bila party macam ni, keutamaan 90% diberi pada kanak-kanak. Sebab ni birthday anak korang. Biarlah anak korang yang kenyang dan happy. Mak Apak lebih kepada meneman . Itu pendapat Rien. Tapi bukanlah tak dapat makan langsung. 

deco plak, tak payah nak hoverrr. baloon memang dah ada. macam Rien hari tu, terbang jugaklah RM60 beli helium balloon tu. Nak letak kat candy buffet. actually takde function pun. Baloon kat kfc tu lagi bersepah-sepah. 

gift, untuk kids korang tak payah pening. included. kita bagi tau berapa kids ada, nanti dia sediakan. actually dalam pakej tu pun dah bagi tau free gift for each kids. 


Ok..ni baru nak cerita bajet ni. Tadi tu mukadimah.

Ada 3 pakej. 
Pakej A RM 250 , Pakej B RM 350 , Pakej C RM 450 ( belum add tax.)



Rien ambik pakej C.
 Untuk 20 Kids dan 20 Adult. Actually tak sampai pun 20 kids. Tapi saja je amik pakej kids tu lebih sebab nanti kalau adult tak cukup food tu boleh ambik meal dorang tu kan.

Pakej ni kata 20 Adult tapi korang boleh jadikan untuk 40 adult iaitu sorang adult amik seketul ayam je dan sidelines. Air tu korang kongsilah kan. Manja-manja sikit. Tak pun paw anak dorang punya air milo tu.

Jangan pulak korang kata yang Rien ni kedekut ek. Alhamdulillah masa tu makanan cukup. 
Kalau korang nak bawa makanan luar better tanya dulu manager kfc tu. Kalau dia bagi, bawaklah kan. Tapi takpayahlah nak sampai bawak tray buffet tu kan. Nanti kang ni makan kat KFC ke kat kenduri kawen ni ?


Haa..nampak tak nampak tak Party Pack tu? kalau korang ambik pakej C yang 20 kids tu, maknanya 20 20 tu dapat party pack tau. So tak yah ngengada nak add gift lagi untuk bebudak tu. Macam -macam ada. Buku, sticker, topeng semua ada. Tak payah nak membazir. Tapi kalau korang rasa nak sedekah lagi, ikut suka lah. Packaging dia pun dah cukup cantik dah. Semua dalam paper bag tu. 

Rien just tambah beli bubble sahaja 1 kotak untuk kids. Ingatkan dapat time petang buat party ni, so bolehlah bebudak tu main kat playground luar tu kan. Tapi panas terik pukul 12 tu , so simpan jerlah. Main kat rumah. 
1 box ni ada 24 pcs kot. RM 6.50 only. 
Murah takkkkkkk???????

Pen Spiderman tu untuk adult.
RM 1 sebatang. Tapi tawar punya tawar dapat lah RM0.80 sen sebatang . oklah .still under bajet.
Rien beli 50 pcs.
Yang balance simpan wat pakai sendiri.
Pen ni sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang.
Anak-anak dah dapat macam-macamkan.
Bagilah mak apaknya juga kan.



Candy Buffet yang tak macam buffet ni Rien bajet RM 50 .
Frame kuning dan stand tu Rien beli kat DAISO.
Lepas party boleh guna balik kan.
Kalau buat centerpiece canggi-canggih nanti lepas party, hancurrr.
Box Pink Kuning, jar, bowl tu semua dah memang ada kat rumah.
Rien memang suka kumpul bekas yang comel-comel ni.
Berguna juga 1 hari nanti.
Candy tu semua beli kat kedai borong. JIMAT.




Haaaa.. nilah Party Pack untuk Kids
Dah cukup puas hati dah kan.
Memasing dapat makanan n gift masing-masing.
Kalau buat sendiri ni , maunyaa 1 kepala 20 hengget kan?
jimat dan tak pening kepala nak fikir.





Rasanya dah cukup kot info pasal bajet party ni.
Pendapat Rien memang banyak jimat buat dekat KFC ni.
Dari segi jimat kos dapat juga jimat tenaga.
Lagi-lagilah kalau parent yang busy kan, tak sempat nak fikir pasal remeh-remeh ni,
sediakan duit saja.
Lagi satu , kita dapat control duit yang  keluar.
Experience buat dekat rumah,
nanti kejap-kejap
"eh yang,,,paper plate lupa nak beli"
eh, banner happy birthday tak beli lagi"
"Eh,, sudu pulak lupa beli"
Selalunya benda-benda remeh ni yang akan buat
over budget .
Bajet 500 tapi dah lepas party buat kira-kira jadi 1000.

'Tepuk dahi'


Wednesday 13 November 2013

SuperMIKAIL is 1.


Alhamdulillah
1 NOV 2013 yang lepas genap umur Mikail 1 tahun.
Sekejap je rasa. 
Semakin besar, semakin sihat, semakin panjang akalnya, semakin hensem.

Birthday Mikail Rien tak nak buat dekat rumah. based on experience masa Aisy dulu, Ya Allah penantnya.
Mengemas tak habis-habis.
Preparation je seminggu.
So kitorang decide buat dekat luar. 
Mula-mula rasa nak buat dekat rumah Puncak Alam, Rumah Nenek, nak wat kat taman tasik...
last-last buat dekat restoran fast food je. 

Tu pun buat research gila-gila ni. Nak cari yang affordable dan best.
Mula-mula Mc Donald, bila kira-kira macam mahal. 
Lepas tu survey pulak A&W. Dah nak booking dah tapi rasa macam tak syok jer. Sebab Branch A&W yang kitorang nak buat tu servis dia lembap nak mampus. Serius.
Asal datang je orang yang sama kerja. dan cara dia kerja pun tetap sama. 
Taknak apa-apa terjadi nanti atau Rien naik hantu kat sana nanti baik tak payah buat.

Last sekali, survey KFC. 
Ingat tak best. sebab ada orang cakap tak seronok buat dekat situ.
Tapi Rien try jugak cari blogger-blogger yang pernah buat party kat KFC.

Fullammaaaakkk best gilerrr..
heheheee
makan dah tentu kenyang , hadiah best , deco meriah...tempat privacy.
Terus book dan dan tu jugak .. heheeeee..
Nanti Rien cerita pakej KFC next entry ye.

Layan gambar dulu.

































Sunday 13 October 2013

Popiah SNOW byPAPAMAMI Kitchen (Popiah Nestum+Horlicks)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni Rien pertama kalinya berpuasa SUNAT ARAFAH. Walaupun dalam proses macam nak demam ni tapi ku gagahkan juga. Sayangkan nak batalkan tiba-tiba. Setahun sekali. In Sha Allah dapat puasa sampai ke petang. Ni gara-gara kena siapkan kuih Popiah SNOW 7 balang. Order dah dapat  lama dah tapi faham-faham jerlah mak orang yang bekerjaya ni kan. Tunggu weekend baru nak buat. Nasib baik husband sudi membantu. Dapat jugak siapkan. 

Anak Rien Aisymiera Qasryna tu memang hantu kuih ni. heheeee....asyik request suruh buat je. Baik anakku....

Kat sini Rien nak share lah bahan-bahan dan cara-cara nak buat Popiah SNOW ni.



Bahan-Bahan
Kulit Popiah 
Gula 
Nestum Original
Horlicks
Minyak
Tepung Gandum 

Cara-Cara
Mula-mula siapkan nestum dulu.
Blend kering gula, horlicks dan nestum.
Ikut suka korang sukatan dia. Kalau nak manis lebih kan gula.
Ikut taste masing-masing.
Dah siap letak tepi.


Potong kulit popiah kepada 2 bahagian. Biar senang nak gulung
Bancuh tepung gandum dengan air sebagai agen pelekat. Jangan cair sangat
Sapu gam tepung pada kulit popiah dan gulung.





Dah gulung sampai habis baru potong / gunting.
Nak gunting serong ke stret ke suka hati korang.





Pastu goreng popiah tadi jangan sampai hangus. Dah nampak kuning-kuning tu dah boleh angkat.



Tos kan. Biar minyak tu kering dulu. 
Lepas tu agak agak dah kering baru boleh gaulkan dengan campuran nestum tadi.




Dah siap!

Senangkan? Rajin  tak rajin je membuatnya. 

Selamat Mencuba

Rien jual 1 balang 500gram RM18.(medium size)


***Pernah jumpa ada orang jual 1 balang yang kecik tu RM 18. Bapak mahal...! 


Sunday 25 August 2013

30


Syukurrrr...
I dah 30 uollllsssss...
Ada apa dengan 30?

30...Syukur alhamdulillah dipanjangkan usia

30...Masih lagi diberi ruang untuk bernafas demi bersama keluarga  tercinta.

30...Anak Rien dah dua. 1 girl 1 boy. Oh , feeling jannah!

30...Still kerja di tempat 7 tahun yang dulu. Hadoiii...bila nak berhijrah ni?

30...Tak cukup ilmu di dada sebagai hambaNYA. In Sha Allah...

30...Ciri-ciri ibu dan isteri mithali belum menjadi lagi. 
Hahahaaaaa...bila lah agaknya tu.

30...Tak power lagi masak-memasak. Malu sungguh!

30...kebudak-budakkan. Ni memang susah nak elak. Sila tanya laki ku sendiri.

30...Syukur dah ada #pondokcomelkami sendiri.

30...Masih sihat.

30...Kena kerja kuat sebab Aisy suruh cuti lama-lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

30...Gagahkan diri travel jauh-jauh dari Klang ke Setapak.

30...Masih maintain berat. Huhuuuuuuu

30...tapi nampak macam 20. hahaaaaa....jangan jeles ye u olllssss.....

Dari kecik sampai lah 30 ni, life Rien sambut birthday biasa-biasa saje, kadang-kadang ada yang tak sambut pun. Sib baik masa umur 18yo dah ada boipren dan umur 25 dah kahwin so adalah surprise / hadiah yang dapat. Tapi Rien lupa lah surprise2 tu. Hahaaaa...Rien memang susah nak ingat benda yang lama-lama ni. Lagi lah bercinta dengan husband dah 12 tahun...Tak mampu nak ingat semua. Kalau ada gambar baru boleh recall heheeee..

But this year, husband terlebih creative pulak. Siapa ada Insta & FB rien mesti dah tengok. Habissss lipstick I tauuu. Sib baik ade spare 4 pcs lagi. I LOVE U Yang.....


                   

Thursday 15 August 2013

Bisul


Kenapalah tangan ni malas sangat nak menuliskan. Tu lah kerja nya asyik wat design jer. Guna mouse. Nak menaip berat je tangan tu. Dulu seminggu 3-4 kali update blog walaupun sepotong ayat.

Rien nak cerita pasal BISUL. Si Mikail ni haaaa. Tak tau napa lepas 2 bulan bisul-bisul dia datang kembali. Ingatkan dah stop dah. Dia mai lagi . Baik punya timekan. Masa 5 hari nak raya mencanak-canak bisul tu tumbuh. Kesian betul anak aku tu. Dahlah nak raya. Ye ye je Rien belikan songkok nak bagi dia pakai. Sebabkan bisul simpan je lah songkok tu. Nak pakai tahun depan tak kot sebab songkok tu ngam ngam je kat kepala dia.

Dulu jumpa Paed dia kata bisul ni penyakit genetik. Sebab ada jugak yang datang klinik dia yang sama macam Mikail. Dia tak bagi ubat pun. Yang dia kata bisul tu akan hilang sendiri. Ubat pun tak ada. Bagi vitamin dan krim jer. Mungkin Mikail ni kecik lagi kot.

Hari tu google pasal bisul ni, ada doct tu cakap bukan genetik. Tapi sebab persekitaran. Kalau persekitaran kenapa kepala je yang kena? Last-last nak raya tu pergilah klinik jugak. Kali ni nak tengok doctor yang ni bagi ubat apa pulak. Yang dia bagi antibiotik dan keringkan nanah. Alhamdulillah lepas 2 hari bisul-bisul tu kecut dan kering. Finally. Now Rien tau ubat apa yang boleh sembuhkan penyakit tu bila bisul-bisul tu menyerang.

FYI, dulu bapak si Mikail aka husband pun penyakit macam tu. Penuh kat kepala. Pastu lama-lama hilang. Kita yang tua ni pun merengek-rengek kalau ada bisul apalagi Mikail. Tapi Alhamdulillah Mikail tak banyak meragam dan menggaru kepala dia tu. Tapi bila dia marah memang habislah dia gosok-gosok kepala dia tu.

Tak semua kids yang kena bisul ni. Lain anak lain ragam lain sakitnya. So far selama 9 bulan, sekali je Mikail demam. Tu pun kejap jer... Harap-harap janganlah bisul tu datang balik...






Monday 15 July 2013

#Cabaranbajukurung

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni genap seminggu umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan ini. 
So far Rien belum cuti lagi. Hehehehe..
Kalau bulan ni skip cuti bestkan. Takyah ganti puasa.

Bulan barakah ni Rien ada buat cabaran untuk diri sendiri iaitu
#cabaranbajukurung

Ni competition apa pulak ni kan. 
 Bulan puasa ni Rien akan pakai baju kurung setiap hari ke office.
Office je tau. 
Sabtu Ahad tak kira. hehehhe...

Bulan Ramadhan ni kita banyak kanlah AUDIT diri kan. Bak kata Dr. Muhaya.
Memang boleh dikira lah dalam setahun tu berapa kali Rien pakai baju kurung pergi kerja.
Alasannya malas nak gosok dan susah nak jalan. 
Especially bila nak duduk bersila atas kerusi. 
Baju dahlah stok kurung moden. Kalau baju kurung, besar lah sikit kain dia kan.
Jadinya berlambak-lambaklah baju kurung kat dalam almari tu. 

Sehari sebelum puasa korek-korek balik baju kurung yang 
biasa-biasa dipandang mata untuk dipakai ke ofiice.
Kalau pakai baju kurung yang memang khas untuk gi Wedding dan Raya 
nanti orang kata hoverrr pulak kan. Mengerlip-ngerlip.
Pergi kerja je pun. Kerja pun tak perlu jumpa customer ke keluar ke mana-mana pun. 
Stay kat office buat design dari 7.30 - 4.30.
No need lah nak bergaya sangat kan. 
Bersederhana sahaja. 

Hopefully Rien berjaya completekan #cabaranbajukurung di bulan Ramdhan ni.
Dapat jugak belajar-belajar latih diri pakai baju yang labuh sikit dari biasa lepas ni kan.
Umur dah 30 weiii....
Bawak-bawaklah berAmal. 





                      

                      

                                    

                                 

                                

Sunday 7 July 2013

Syukur Alhamdulillah - Pengalaman Hidup


Salam riannazin readers...

Rasanya Rien dah jarang menulis entry yang personal kan. Dulu selalu jer update.
1 year ago agak busy sebab masa tu handle a few business, pregnant, bersalin, jaga anak kecik lagi heheeee. Alasan kan semua tu. Siapa yang follow Rien dalam Instagram mesti dah tau anak bujang Rien Aisy Dhamin Mikail dah besar sekarang. 1 July hari tu genaplah dia 8 bulan. Kejap je rasa kan.

Sepanjang setahun jugak banyak yang Rien belajar. Belajar sesuatu yang baru, belajar dari kesilapan & belajar mengatasi masalah yang datang. Dan yang paling paling mengajar Rien ialah menilai dan mengenali insan-insan di sekeliling Rien.

Rien dapat kenal siapa kawan, siapa lawan, siapa di sisi kita semasa susah dan juga siapa yang ambil kesempatan ke atas kita semasa kita senang, juga siapa yang tikam dari belakang dan sanggup lihat kita terkapai-kapai. 

Alhamdulillah Rien ada husband yang sentiasa di sisi Rien masa dalam keadaan susah, takut, serabut dan sakit. Walaupun Rien ni kadang-kadang begik (ayat husband), tapi dia sentiasa positif kan Rien bila yang jadi akhirnya negatif. Suami isteri kan..kena lah support each other. Rien tak tahulah pasangan yang lain macam mana, tapi yang Rien tahu kami tak ada rahsia. Apa sahaja keputusan yang Rien buat, Rien akan beritahu husband. Tak kira lah dari segi bisnes ke, kerja ke duit ke beli baju anak ke mesti cakap dengan dia. Kadang-kadang bukan nak mintak pandangan tapi nak inform dia jer. Ngada kan. Tapi tak kot. Contohnya, pasal bisnes Rien. H
usband juga berhak TEGUR dan NASIHAT Rien if the way Rien handle this business salah. Betul ke tak. Adil ke tak keputusan yang Rien buat.

Syukur. 


Dengan apa yang jadi Rien bertambah kuat. Rien bertambah matang. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu apa yang terjadi. So Rien dah pilih jalan sendiri. Now semua perancangan, keputusan dalam bisnes atas tangan Rien sendiri. Rien rasa lebih selesa dan happy. NO RUSH NO FAKE NO FORCE.

Sebagai hambaNya, tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu di luar diri kita. Sebab kita tidak tahu mungkin itu jalan kita selepas ini? Jika itu bukan jalan untuk kita, don't worry, Allah pasti tunjukkan . Jadikan semua itu pengalaman hidup. Barulah colorful kan life kita? 

Alhamdulillah 

Murah rezeki kami sekeluarga walaupun tidak mewah. Husband diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar dalam company. Lepas ni turun naik kapal terbang jerlah kejanya kan. Apa pun syukur. 
In Sha Allah nikmatnya akan dapat di rasa satu hari nanti. Percaya rezeki manusia ada bahagian-bahagiannya. Tapi jangan sekali-kali kita mengambil bahagian yang bukan milik kita... Mencari rezeki dengan cara SIHAT ye..

Entry kali ni hanya random. Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri sebab Rien pun manusia yang lemah dan banyak kekurangan.

Assalamualaikum