Monday 19 November 2012

Day 1 &2 - Cesarean

DAY 1.

Entry yang lepas Rien ada cakap nak story sikit pasal pengalaman Rien bersalin secara cesarean. Walaupun Rien dah ada pengalaman dan tau serba sedikit proses cesarean ni, sakit tu x dapat nak elak yer. Kali ni double dia punya sakit.

Rien admitted 9.30pm 30 October 2012. Kalau cesarean kena stay kat hospital 3 malam 4 hari. So, Rien ambil bilik single. Sebab husband teman Rien sepanjang kat hospital. Untuk bilik single hospital charge RM200 per day. Malam tu nurse wat CTG,check pergerakan baby. Tapi satu jer Rien macam menyesal sikit lah sebab tak makan banyak. MC D, mamak, nasi beriyani semua kat bawah hospital....kenapalah tak makan semua benda tu before kena puasa pukul 12 malam nanti. Sekarang ni dah mula mengidam. Kena tahan jerlah kan...
Malam tu tak lena sangat tidur. Mana boleh tidur weiii...esok nak kena potong perut. Tempat yang sama pulak tu. Tengok macam relaks jer.Hakikatnya, dalam hati ni kita sahaja yang tau betapa takut dan ngeri nak oepration kali kedua.

DAY 2.

Jam 6.30 pagi bangun tidur dan solat subuh. Siap-siap pakai baju dan ready nak kena panggil untuk masuk OR. Sebelum tu kena masuk ubat montot dulu yer. Biar isi perut keluar habis. Lebih kurang pukul 9 pagi. Nurse-nurse datang jemput untuk masuk OR. Dah sampai kat dalam tu, biasalah dia wat kita macam apa kan...tangan ni kena cucuk , pasang drip kat saluran kencing, cucuk belakang untuk bius. Lepas kena bius tu, kaki dah start kebas.Doct or Dato' Razif start cuci perut. Sambil dia cuci tu dia borak-borak dengan Rien. " saya belum buat apa-apa lagi yer. saya cuci jer dulu..."
Lepas tu dah memang totally kebas dah. Tak rasa apa pun dah. Yang Rien tau diorang tolak-tolak , goyang-goyang perut Rien. Masa tu mulut memang terkumat-kamitlah. Macam-macam baca ni...ayat kursi lah, selawat lah, zikirlah, ntah apa-apa lagi lah. Nasib baik surah Yaasin tu Rien tak hafal, kalau tak memang dah baca sampai habis dah. Dato', pakar bius dan nurse kat dalam tu macam tengah rewang pulak kan..borak memanjang. Rien pulak yang risau.

Beberapa minit lepas tu, Rien dengar suara baby nangis! waaa.....seronoknya..Masa tu terus senyum & ucap Alhamdulillah. Dato' terus tunjuk dekat Rien, BABY BOY!. besar jugak yer baby you. Tengok perut macam kecik...Lepas tengok baby , macam biasa Rien terus lalok. Masa first czer dulu pun macam tu. Tengok jer baby Rien terus lalok dan tidur...tak ingat apa dah. Sampai bilik  baru Rien sedar dan masa tu badan menggigil-gigil kesejukan.

Lepas dah sedar tu, nurse bawak baby masuk bilik. Bila tengok muka baby, Ya Allah.....comelnya..Sebijik macam Aisymiera. Muka bulat, pipi loyot...berat dia 3.67kg. Boleh tahan anak aku ni. Frankly speaking, scond pregnancy ni, mamang Rien main belasah jer nak makan apa. Takdelah letak syarat apa-apa..setiap hari kena makan buah ni, sayur ni , susu ni..memang tak ada. dulu ye. hari-hari kena makan anggur, minum yogurt, minum susu...tapi Alhamdulillah hasilnya cantik heheeee... Yang kali ni pun Alhamdulillah, janji sihat..

Hari pertama memang tak boleh bangun, baring flat, bergantung pada drip lagi. Tak makan, tak minum. Nak tidur pun kejap-kejap jer sebab ada baby kan. Lepas tu ramai yang datang visit. Tambah pulak perut terasa sakit, rahim kembang kecut kembang kecut...Aduiii..Memang double sakit dia dari yang dulu. Pain killer 6 jam sekali dorang bagi. Masa nurse masuk Rien mintak pain killer lagi sebab tak tahan dah. Dia tak nak bagi sebab belum 6 jam . ok Rien tahan lagi. Cuba bawak tidur. Masa tu husband tak ada, mak pun tak ada. Semua balik rumah tanam uri. Kat dalam bilik ada mak mertua dan mak saudara jer teman. Petang tu, doctor datang visit. Masa tu Rien memang dah tak tahan dah. Terus nangis bila nampak doctor..Doct tanya, kenapa you nangis? Rien cakap "sakit sangat doctor, I tak tahan."...Doct terus sound nurse , kenapa tak bagi painkiller.?  Nurse kata "Sebab belum 6 jam sebab tu saya tak bagi, Tadi dia tak nangis"..Doct sound lagi..."Then you nak patient screaming at you baru nak bagi?" ... Lepas tu baru lah nurse tu nak bagi  kan... Baru lah lega sikit. Walaupun dah bagi pain killer, sampai malam tu pun masih terasa sakit tu. Malam tidur pun nangis lagi, perut dah tentu sakitkan, apa lagi bahagian rahim tu..pinggang pun sakit sebab baring je start dari operation tu. ...






Day 3...To be continued.



Monday 12 November 2012

Please Welcome Aisy Dhamin Mikail



Assalamualaikum

Nak kenalkan ahli baru keluarga kami,

AISY DHAMIN MIKAIL B ZAINURIDZA

01.11.2012 , Khamis
3.67kg
49cm

Siapa yang tak tau lagi Rien sekali lagi bersalin secara c-zer. Tak minta pun bersalin cara ni tapi baby still breech. So tak ada cara lain selain keluar ikut tingkap. Alhamdulillah perbelanjaan untuk hospital mencukupi. Ini sebab buat bisnes PB lah ni. hehheee... Ada jer duit extra kan. Rin bersalin masa kandungan 37 week ++. Rin pilih 1.11.12 sebab next week masa 38 week husband outstation. Tambah pulak Rin dah tak mampu nak bawak badan dah. Hari-hari tidur tak tenang. Baby besar pulak tu around 3.7kg dah masa tu. Dah discuss ngan hubby, tak boleh jadi ni.....kita decide nak Rien bersalin awal seminggu which is in 37 week. 
But this time rasa sakit dia double dari yang first. 
Next entry Rien cerita pengalaman bersalin secara czer buat kali kedua..
silalah tatap wajah anak kesayangan hamba ni yer...