Tuesday 19 February 2013

Aisy 4th Birthday

17 Feb 2013 genap Aisy 4 tahun
Alhamdulillah syukur. Kejap je rasa dia dah besar. 

Tiada madah nak dikarangkan untuk Aisy.

Cukup sekadar 
Mommy bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah
 anak yang sangat cantik dan sempurna.

Tiada kata yang paling indah selain 
Mommy sayang Aisy 
sehingga akhir hayat Mommy.

Mommy doakan Aisy menjadi 
anak yang soleh, bijak, kuat, sihat & taat pada mommy ,papa dan Allah.




Present for her.


Si Cantik Mommy








Last 2 days, Aisy draw muka hubby and me. 
Happy sangat tengok progress Aisy setiap hari. 
Walaupun Aisy tak pergi ke taska lagi, tapi Alhamdulillah dia  dah pandai menulis dan melukis. 
Tak kisahlah kan Aisy draw muka papa dia macam tomato pun.
She's only 4 yo. Dia dah pandai guna imaginasi dia.

Ada satu hari tu macam touching jugak lah bila tengok dia  
melukis tombol pintu. Tak sempat nak ambil gambar dia masa tu.
kejap-kejap dia tengok tombol tu lepastu draw. tengok lagi lepas tu draw. 
Kadang-kadang sambil tengok sambil draw. 
Sampailah siap. 
Ya Allah, pandainya anak aku.... 


Papa



Mommy



Sun, flower, orang lidi & flower.
lagi satu yang surprise...Aisy try to follow orang lidi yang Rien draw. 
(Dari atas ke bawah)
Tapi Aisy draw orang lidi terbalik (refer pict).
Dari bawah ke atas.





HAPPY BIRTHDAY SAYANG MOMMY...

Thursday 14 February 2013

RM440,000!!!

Rien dan hubby beli rumah kami dengan harga

RM 288,000

masa tu belum siap lagi. Hanya ada showhouse sahaja.



After 2 years rumah siap,
harga rumah terus melonjak naik 2 kali ganda even more




Can u imagine harga rumah RM300,000 sekarang yang belum siap,
naik berapa kali ganda pulak bila siap nantikan?
Maybe

 RM500K? RM600K? RM700K?

So, bila ada peluang cepat-cepat kita grab supaya tidak rugi nanti.
Harga rumah takkan turun dan takkan ikut gaji kita ye.
Semakin hari semakin mahal
I'ts ok if jauh sikit.
Sekurang-kurangnya apa-apa terjadi kita ada tempat berlindung dan aset untuk future.









Thursday 7 February 2013

Ridza Family - Our Home

Salam

Alhamdulillah..
Penantian 2 tahun akhirnya rumah kami siap juga.
Rasa macam baru je pergi showhouse rumah Carmitta ni.

Walaupun Rien first time beli rumah,
 Rien nak share sikitlah information pasal beli membeli rumah ni kan.
Actually Rien beli rumah ni main redah jer.
Survey-survey jumpalah iklan pasal rumah ni. Just illustrasi je.
Tapi hati Rien kuat kata rumah ni rumah Rien walaupun belum pergi tengok lagi.

Then, first day showhouse open untuk orang ramai, Rien dan husband orang pertama yang tak sabar sangat nak tengok interior rumah tu. Gelojoh kan? macam tak ada hari lain kan..
Biasalah Rianna...


2 tahun yang lepas. Masa ni Aisy 2 tahun. 

Bila dah tengok interior rumah tu terus jatuh cinta. Cepat-cepat bayar RM500 untuk book. 
Itu pun dah terlambat sikit sebab ada oran lagi cepat.
So tak dapat lah rumah berhadapan dengan jalan besar.

After 2 years.




Satu lagi sebab Rien tak fikir panjang bila beli rumah ni, developer dia IJM Land.
Syukur, rumah siap pada masanya. Bila company tu ada rekod yang bagus, kita tak payah takut. 
Mesti siap rumah tu. Kalau lambat, company tu yang kena bayar kepada pembeli.




Buat yang tiada simpanan yang banyak macam kami ni,
 rasanya sangat bertuah sebab beli rumah dengan IJM.

Sebab sepanjang 2 tahun tunggu rumah siap,
 kami hanya bayar duit bulanan , api+air (rm400) dan booking lot (rm500) sahaja. 
Masa ambil kunci pun tak perlu bayar apa-apa.








Kunci Syurga Kami


Lepas ni kena puasa shopping baju sebab nak kena shopping untuk our home pulak