Saturday 28 June 2014

Ujian untuk Kami Sekeluarga.

Since Rien kahwin sampai lah hari bermulanya dugaan yang datang pada kami. inilah first time kami sekeluarga sakit berpanjangan selama sebulan.

Start dari Mikail muntah tengah malam. Tengah tidur. Lepastu berjangkit pulak dengan Aisy. 

Pendekkan cerita, start dari muntah sampailah ke diarrhea. Semua orang kena. Takde sorang pun yg terlepas. Mula-mula anak-anak kena then husband lepastu Rien. 

Then semua orang silih ganti demam. Macam pass baton. Kecuali Rien. 

Mungkin Allah nak uji Rien. Tahap kesabaran menjaga semua orang. genab sebulan 26hb June, semua orang sihat. Alhamdulillah Allah makbulkan doa Rien. Rien sampai satu tahap dah tak larat nak pikul tanggungjawab jaga semua orang. Badan ni macam tak rest. Tapi kena buat jugak. Sapa lagi nak jaga diorangkan. memang tepat masanya Allah uji kami sebab Rien dah full time housewife. dah tak kerja..
Kalaulah still kerja ni, maunya Rien cuti sebulan. mesti kena perli punya lah... memang kalau kerja pun hati tak tenang. kepala otak fikir kat rumah jer. Memang orang tengok demam dan muntah tu nampak macam penyakit biasa. Tapi hakikatnya, sangat berat ok nak menanggungnya. lagi-lagi bila anak kecil yang kena. salah jaga atau leka macam-macam boleh jadi. demam tak boleh anggap remeh ye. 

Lepas discharge Mikail, Aisy pulak demam + muntah. Dua hari lepas tu Mikail berjangkit pulak. Sampai kurus keringlah diorang ni. Aisy dah macam aneroxia dah. serius! Rien selalu bagi support suruh dia makan. sebab badan dia dah lemah sangat. lagi satu, Aisy ni payah sikit kalau kita citer pasal hospital ke doktor ke. nanti dia sentap. nangis!. senang citer dia takut sebenarnya. 

Mikail pun sama. muka dia cengkung, pasif, taknak makan. Rien jadi risau. sampai tak tau nak citer dengan sape, Rien citer je dengan Mikail walaupun dia tak paham. sambil mandikan dia sambil tu jugak rien nangis. sebab masa mandikan tu kita pegang badan dia rasa tulang jer. murung jer. then decide gi klinik Ajwa section 7 shah alam. doctor dpt detect tonsil dia bengkak. mungkin tu salah satu sebab kenapa dia demam dan taknak makan. doktor kata kita try dulu makan antibiotik. after 2-3 days mikail dah ada selera nak makan. demam dia pun dah kebah. then dah banyak cakap. Ya Allah happy sangat Rien masa tu. 

Tak habis dugaan lagi, husband kena admitted. Demam + semput. malam tu dia dah sesak-sesak nafas. terus gi klinik ajwa, ambik darah. doct kata kena refer hospital sebab darah pekat. tapi no denggi. syukur..
sampai KPJ, ambik darah lagi, check jantung, pakai gas, masuk air lagi...macam-macam buat kat Emergency room tu. Last-last kena admit jugak. Tido lagi Rien kat hospital. lama jugak lah husband kena tahan wad. 5 hari kot. dalam masa 5 hari tu jugaklah Aisy demam panas balik. makan ubat demam tak baik-baik. satu malam tu Aisy tengah tido, tiba-tiba dia terjaga & Rien tengok hidung dia bleeding. cepat-cepat kaut handbag nak gi klinik. masa tu panik jugaklah nampak darah keluar kan. jangan ada benda yg serius sudah. bila doctor check, ada darah beku dalam hidung dia. tak serius. lega!
lepas 2 hari makan antibiotik, demam Aisy dah kebah. dah sihat. syukur sangat. 

3-4 hari sebelum puasa semua dah sihat. semua dah boleh senyum, main-main, aktif, banyak makan...
happy sangat. bila tengok anak-anak dah kembali aktif macam dulu rasa macam sebak pulak. puas tengok diorang sihat balik. 

walaupun ada jugak Rien merungut dan mengeluh penat dengan apa yang jadi tapi Rien tetap kuatkan jugak semangat ni. Nasib baik mak abah, mak baba, adik beradik bagi support dan bantu kami. rasa takdelah sorang-sorangkan tanggung ujian ni. rumah kami kena tinggal nak dekat sebulan sebab sepanjang kami sakit, kami stay dengan parent Rien. pokok-pokok bunga semua kering. kesian tak cukp air. tak pelah..nak buat macam mana kan. now tengah dalam proses memujuk. nak suh kembang balik. tak tau lah nak ke tak pokok-pokok tu heheee...

lastly thank you pada yang bertanya khabar kami sekeluarga semasa kami sakit. hargai sangat. ;*