Sunday 17 November 2013

SuperMikail is 1 - BAJET


This entry Rien nak share bajet masa buat Birthday Party Mikail dekat KFC hari tu. Boleh lah bagi info pada siapa-siapa yang plan nak buat kat KFC tu kan.

Before that , Rien suggest korang buatlah survey dulu kat tempat-tempat lain. Nanti boleh compare kan . 


First, korang kena tahu 

Bajet korang nak buat party ni berapa. $300,$400, $500, $1000.

bila dah tahu bajet senang korang nak shortlisted kan venue. kalau rasa-rasa tempat tu macam mahal sangat , padam terus. 

Dah ada target berapa orang jemputan.

macam Rien memang dah ada jemputan yang wajib dijemput dan wajib hadir. heheheee...family, sedara mara, bff, kawan anak-anak korang jangan lupa pulak. ni birthday anak tau bukan birthday mak apak nya. ...kang syok sendiri pulak. kalau boleh buat senarai nama orang dewasa berapa orang, kanak-kanak berapa orang. senang nak agihkan makanan. 

Kena tahu ape yang perlu tambah dan apa yang tak perlu langsung korang tokok tambah.

contohnya. makanan, gift dan decoration. bila buat dekat KFC or any fast food restaurant, decoration, makanan dan gift all included. tak payah berangan nak tambah nasi minyak lauk ayam merah lah dalca lah kuweteow lah...Tak payah ok. Not Allowed. Makanan yang dorang sediakan based on berapa ramai jemputan yang datang . Tapi korang kena faham bila kita buat party kat luar ni, makanan adalah limit ya. Instead of 2 ketul ayam sorang, dia akan dapat seketul sorang plus sidelines je. Dan kena ingat ya... bila party macam ni, keutamaan 90% diberi pada kanak-kanak. Sebab ni birthday anak korang. Biarlah anak korang yang kenyang dan happy. Mak Apak lebih kepada meneman . Itu pendapat Rien. Tapi bukanlah tak dapat makan langsung. 

deco plak, tak payah nak hoverrr. baloon memang dah ada. macam Rien hari tu, terbang jugaklah RM60 beli helium balloon tu. Nak letak kat candy buffet. actually takde function pun. Baloon kat kfc tu lagi bersepah-sepah. 

gift, untuk kids korang tak payah pening. included. kita bagi tau berapa kids ada, nanti dia sediakan. actually dalam pakej tu pun dah bagi tau free gift for each kids. 


Ok..ni baru nak cerita bajet ni. Tadi tu mukadimah.

Ada 3 pakej. 
Pakej A RM 250 , Pakej B RM 350 , Pakej C RM 450 ( belum add tax.)



Rien ambik pakej C.
 Untuk 20 Kids dan 20 Adult. Actually tak sampai pun 20 kids. Tapi saja je amik pakej kids tu lebih sebab nanti kalau adult tak cukup food tu boleh ambik meal dorang tu kan.

Pakej ni kata 20 Adult tapi korang boleh jadikan untuk 40 adult iaitu sorang adult amik seketul ayam je dan sidelines. Air tu korang kongsilah kan. Manja-manja sikit. Tak pun paw anak dorang punya air milo tu.

Jangan pulak korang kata yang Rien ni kedekut ek. Alhamdulillah masa tu makanan cukup. 
Kalau korang nak bawa makanan luar better tanya dulu manager kfc tu. Kalau dia bagi, bawaklah kan. Tapi takpayahlah nak sampai bawak tray buffet tu kan. Nanti kang ni makan kat KFC ke kat kenduri kawen ni ?


Haa..nampak tak nampak tak Party Pack tu? kalau korang ambik pakej C yang 20 kids tu, maknanya 20 20 tu dapat party pack tau. So tak yah ngengada nak add gift lagi untuk bebudak tu. Macam -macam ada. Buku, sticker, topeng semua ada. Tak payah nak membazir. Tapi kalau korang rasa nak sedekah lagi, ikut suka lah. Packaging dia pun dah cukup cantik dah. Semua dalam paper bag tu. 

Rien just tambah beli bubble sahaja 1 kotak untuk kids. Ingatkan dapat time petang buat party ni, so bolehlah bebudak tu main kat playground luar tu kan. Tapi panas terik pukul 12 tu , so simpan jerlah. Main kat rumah. 
1 box ni ada 24 pcs kot. RM 6.50 only. 
Murah takkkkkkk???????

Pen Spiderman tu untuk adult.
RM 1 sebatang. Tapi tawar punya tawar dapat lah RM0.80 sen sebatang . oklah .still under bajet.
Rien beli 50 pcs.
Yang balance simpan wat pakai sendiri.
Pen ni sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang.
Anak-anak dah dapat macam-macamkan.
Bagilah mak apaknya juga kan.



Candy Buffet yang tak macam buffet ni Rien bajet RM 50 .
Frame kuning dan stand tu Rien beli kat DAISO.
Lepas party boleh guna balik kan.
Kalau buat centerpiece canggi-canggih nanti lepas party, hancurrr.
Box Pink Kuning, jar, bowl tu semua dah memang ada kat rumah.
Rien memang suka kumpul bekas yang comel-comel ni.
Berguna juga 1 hari nanti.
Candy tu semua beli kat kedai borong. JIMAT.




Haaaa.. nilah Party Pack untuk Kids
Dah cukup puas hati dah kan.
Memasing dapat makanan n gift masing-masing.
Kalau buat sendiri ni , maunyaa 1 kepala 20 hengget kan?
jimat dan tak pening kepala nak fikir.





Rasanya dah cukup kot info pasal bajet party ni.
Pendapat Rien memang banyak jimat buat dekat KFC ni.
Dari segi jimat kos dapat juga jimat tenaga.
Lagi-lagilah kalau parent yang busy kan, tak sempat nak fikir pasal remeh-remeh ni,
sediakan duit saja.
Lagi satu , kita dapat control duit yang  keluar.
Experience buat dekat rumah,
nanti kejap-kejap
"eh yang,,,paper plate lupa nak beli"
eh, banner happy birthday tak beli lagi"
"Eh,, sudu pulak lupa beli"
Selalunya benda-benda remeh ni yang akan buat
over budget .
Bajet 500 tapi dah lepas party buat kira-kira jadi 1000.

'Tepuk dahi'