Sunday 25 August 2013

30


Syukurrrr...
I dah 30 uollllsssss...
Ada apa dengan 30?

30...Syukur alhamdulillah dipanjangkan usia

30...Masih lagi diberi ruang untuk bernafas demi bersama keluarga  tercinta.

30...Anak Rien dah dua. 1 girl 1 boy. Oh , feeling jannah!

30...Still kerja di tempat 7 tahun yang dulu. Hadoiii...bila nak berhijrah ni?

30...Tak cukup ilmu di dada sebagai hambaNYA. In Sha Allah...

30...Ciri-ciri ibu dan isteri mithali belum menjadi lagi. 
Hahahaaaaa...bila lah agaknya tu.

30...Tak power lagi masak-memasak. Malu sungguh!

30...kebudak-budakkan. Ni memang susah nak elak. Sila tanya laki ku sendiri.

30...Syukur dah ada #pondokcomelkami sendiri.

30...Masih sihat.

30...Kena kerja kuat sebab Aisy suruh cuti lama-lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

30...Gagahkan diri travel jauh-jauh dari Klang ke Setapak.

30...Masih maintain berat. Huhuuuuuuu

30...tapi nampak macam 20. hahaaaaa....jangan jeles ye u olllssss.....

Dari kecik sampai lah 30 ni, life Rien sambut birthday biasa-biasa saje, kadang-kadang ada yang tak sambut pun. Sib baik masa umur 18yo dah ada boipren dan umur 25 dah kahwin so adalah surprise / hadiah yang dapat. Tapi Rien lupa lah surprise2 tu. Hahaaaa...Rien memang susah nak ingat benda yang lama-lama ni. Lagi lah bercinta dengan husband dah 12 tahun...Tak mampu nak ingat semua. Kalau ada gambar baru boleh recall heheeee..

But this year, husband terlebih creative pulak. Siapa ada Insta & FB rien mesti dah tengok. Habissss lipstick I tauuu. Sib baik ade spare 4 pcs lagi. I LOVE U Yang.....


                   

Thursday 15 August 2013

Bisul


Kenapalah tangan ni malas sangat nak menuliskan. Tu lah kerja nya asyik wat design jer. Guna mouse. Nak menaip berat je tangan tu. Dulu seminggu 3-4 kali update blog walaupun sepotong ayat.

Rien nak cerita pasal BISUL. Si Mikail ni haaaa. Tak tau napa lepas 2 bulan bisul-bisul dia datang kembali. Ingatkan dah stop dah. Dia mai lagi . Baik punya timekan. Masa 5 hari nak raya mencanak-canak bisul tu tumbuh. Kesian betul anak aku tu. Dahlah nak raya. Ye ye je Rien belikan songkok nak bagi dia pakai. Sebabkan bisul simpan je lah songkok tu. Nak pakai tahun depan tak kot sebab songkok tu ngam ngam je kat kepala dia.

Dulu jumpa Paed dia kata bisul ni penyakit genetik. Sebab ada jugak yang datang klinik dia yang sama macam Mikail. Dia tak bagi ubat pun. Yang dia kata bisul tu akan hilang sendiri. Ubat pun tak ada. Bagi vitamin dan krim jer. Mungkin Mikail ni kecik lagi kot.

Hari tu google pasal bisul ni, ada doct tu cakap bukan genetik. Tapi sebab persekitaran. Kalau persekitaran kenapa kepala je yang kena? Last-last nak raya tu pergilah klinik jugak. Kali ni nak tengok doctor yang ni bagi ubat apa pulak. Yang dia bagi antibiotik dan keringkan nanah. Alhamdulillah lepas 2 hari bisul-bisul tu kecut dan kering. Finally. Now Rien tau ubat apa yang boleh sembuhkan penyakit tu bila bisul-bisul tu menyerang.

FYI, dulu bapak si Mikail aka husband pun penyakit macam tu. Penuh kat kepala. Pastu lama-lama hilang. Kita yang tua ni pun merengek-rengek kalau ada bisul apalagi Mikail. Tapi Alhamdulillah Mikail tak banyak meragam dan menggaru kepala dia tu. Tapi bila dia marah memang habislah dia gosok-gosok kepala dia tu.

Tak semua kids yang kena bisul ni. Lain anak lain ragam lain sakitnya. So far selama 9 bulan, sekali je Mikail demam. Tu pun kejap jer... Harap-harap janganlah bisul tu datang balik...