Saturday 19 December 2015

Mikail Turns 3

Sorry baby, mommy baru nak buat entry birthday kyle selepas sebulan. Line tak de kat umah ni. Susah naaa nak surfing.

Happy Birthday Aisy Dhamin Mikail. 3 tahun dah anak bujang mommy ni. Kawan-kawan lain nak masuk 4 tahun dah. Awak baru nak masuk 3. Mommy pulak rasa awak macam 2 tahun lagi.

Birthday kali ni buat simple je. Sebab double celebration masa 1 nov hari tu. Same day dengan graduation Aisy. Just order cake pastu dinner kat nandos je. Ajak bff dia 1 family. Ada cake ultraman tu dia dah cukup happy dah.

Tahun ni kyle dpt byk hadiah besar. Scooter lah ultraman sebesar dia pun dapat. Untung ko nak. Mommy kasi kasih sayang je la ye.

Kyle, mommy doakan kyle jadi anak lelaki yang baik, bijaksana dan mampu jadi pelindung keluarga dan adik beradik awak. Jadilah seorang pemimpin, jadilah anak yang taat pada perintah Allah dan ibu bapa. Moga sentiasa sihat dan jauh dari musibah. Hari-hari mommy doakan yang terbaik untuk kyle. I love you by....😙

Monday 14 December 2015

Short Vacayyy - Swiss Garden Melaka

Tak tau nak pi mana masa cuti sekolah hari tu. So decide pergi yang dekat-dekat je. Melaka lah apa lagi. Tapi this time itinerary memang lain. Takde jalan-jalan kat luar. Kita lepak dalam hotel je. Keluar pun just gi makan je. Hahahaaa... sebelum tu pun dah pi melaka. Dah merayau satu town dah. Takkan nak repeat balik kan. Benda yang sama je. 

Sebab tu pilih Swiss sebab anak-anak boleh main air kat situ. Tu pun dah cukup menggembirakan dorang dah. Tapi bukan untuk mikail. Mamat sorang tu mula-mula excited lah. Dah masuk air terus jerit. Haiisshhhhh...

Malam pulak kami pi dinner kat asam pedas claypot.Pastu balik hotel terus. Tengok tv. 

Rasanya lepas ni kalau gi melaka lagimemang nak stay kat swiss je. Bilik besar. View cantik. Tapi kena booking masa ada promo lah. Mana mampu nak bayar  normal rate kan. 

Ops lupe plak. Bilik kitorang tingkat 32. Gayat wooooo.Kecut-kecut berdiri kat balcony luar tu. Aku siap merangkak lagi masuk bilik. 

Monday 23 November 2015

Suami I dah tak merokok.

Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Walaupun awie tak 100% berhenti menyedut dan menghembus asap tapi aku rasa lega. Smoker ni mana boleh terus stop. Terkejut segala organ dan sel-sel dalaman badan dia. Masuk spital kang sape susah? Ahkak jugak.

Biarlah dia hisap vape. Wangi sikit. Kalau dulu aku pantang sikit dia bawak bau rokok tu masuk dalam rumah. Confirm kena sembur. Walaupun dah wangi tapi tidak sesekali aku benarkan vape dalam rumah. NO SMOKING  NO VAPE dalam rumah. Aku paling pantang.

Rumah ku syurgaku. Ada smoker memang tak kisah dengan orang keliling. Dorang akan hisap sukati dia. Dalam rumah dalam bilik pun boleh. Ada kisah? Aku mengaku aku sangat lantang sound awie dalam rokok ni. Kita ada anak-anak. Dorang sangat sensitif dengan bau tengik rokok ni. So far awie tak pernah merokok dalam rumah dan dalam bilik. I respect u, u respect me gitu. Love u pa.

Sekarang ni mana-mana dah bawak beg. Dah ada gadget baru katakan. Orang lain walaupun hisap vape tapi still merokok jugak. Awie totally free dari rokok. Aku tak bau dah bau rokok kat dia. Dia memang nak stop rokok terus. Tu yang buat lagi sayang tuuuuu.

Harap-harap 1 hari nanti awie akan stop  vape pulak. In sha allah.. jangan berhenti berdoa.

Wednesday 18 November 2015

Outdoor Photoshoot - Aisy Graduation Day 2015


Nak upah photographer tak de budget. Nak pinjam camera DSLR  tak reti guna. 
So guna je lah handphone mommy. Ambik gambar konon-konon pro. 
Nasiblah nak. Janji mommy usaha nak shoot gambar Aisy best-best sikit. 
Nanti konvo degree baru kita upah photographer ye. 

Krew-krew terdiri daripada

Photographer non pro - Mommy
Tukang pegang payung - Papa
Tukang huru-hara - Mikail

Nanti bila Aisy dah besar boleh lah dia godek-godek blog mommy ni. 
Tengok memories dia masa kecik-kecik. 
Masa tu ntah ada lagi ntah tidak mommy ni...













Tuesday 17 November 2015

Aisymiera Graduation Day

Alhamdulillah 
Aisy dah konvo.!!!!!  Dulu aku masa tadika takdelah grand macam sekarang.
Tapi adalah jugak.

Aisy masuk tadika masa umur 6 tahun je. Orang lain hantar anak sekolah since 4 tahun. 
Tak payah nak fikir apa orang kata. aku ada alasan sendiri kenapa tak hantar anak sekolah cepat-cepat. walaupun aisy sekolah 1 tahun je tapi Alhamdulillah dia dapat catch up semua subjek dengan baik. dari segi hafazan surah-surah lazim dan jugak bacaan dalam solat semua dia dah pandai. 
sekarang dah boleh solat sendiri. 

Sebenarnya since Aisy 4 tahun lagi aku dah ajar aisy membaca, mengira, buat exercise.
2 bulan sebelum Aisy masuk sekolah aku 'paksa' dia membaca sampai pandai. sebab aku taknak dia terkial-kial kat sekolah. sebab orang lain yg 6yo semuanya dah sekolah dan belajar membaca since 5 tahun. so tak nak dia blur, aku dann husband ajar dia slow-slow dan paksa. hehheee..kejam x?
sebulan ajar dia, dia dah boleh baca yg 2 suku kata. lepastu aku masukkan dia kelas membaca. 
bila masuk sekolah dah takde masalah dah. 
lega mak!.

mula-mula risau jugak kalau dia tak dapat nak cover semua dalam masa setahun. berkat doa aku n husband serta bimbingan ticer-ticer tadika Aisy, semua nya berjalan dengan lancar. 
Tadika Aisy tak femes pun. still new kat kawasan tempat aku tinggal ni tapi boleh dikatakan semuanya bagi feedback yang positif. fees pun tak mahal sangat.
Janji dia happy, kita pun happy.

masa graduation day tu macam-macam persembahan budak-budak ni buat. 
Aisy masuk tarian hindustan dan koir lagu umi. 
aku tak sangka anak aku jadi leader. tanjat mak! 
walaupun pitching kelaut tapi lagu umi tu buat aku tacing!..
tapi maintain ok. 

Selain certificate, aisy dapat beberapa hadiah lagi untuk kategori Best Subject. 
Tahniah Aisy.Well Done!




















Wednesday 24 June 2015

Sahur Pertama Aisy

Tahun ni first time ajar Aisy puasa. Bila dah sekolah ni dia mesti semangat sikit nak puasa sebab ada kawan-kawan kan. 

Masa 1st day puasa tu dia sempat puasa half day je sebab tak larat. Masuk-masuk kereta je terus mintak air. Takpe lah bagi can.

So far dah seminggu kita puasa, dia cuma ponteng 2 hari je sebab sakit perut. Perut dia masuk angin. 
Tak boleh nak paksakan. Lagi pun belum wajib puasa lagi. paksa-paksa nanti pengsan. 

Nak kejut sahur memang liat sikitlah. Ada satu hari tu dia x nak bangun sahur, pastu nak gi skul rien buatkan breakfast. 

Dia tanya pulak, aisy x boleh pose ke? 

Tak sahur macam mana nak pose. Nanti pengsan camne? Kena bawak pi spital pulak. 

Nape mommy tak kejut aisy? 

Tak kejut mende? Puas dah. Aisy yg tak nak....


dulu sahur sambil tido. Tapi sekarang dah ok sikit dah.  Makan sambil bukak mata. 
Harap-harap aisy dapatlah puasa sampai habis. 

Rien ada buat simple chart. Kalau dia pose hlf, 1 star. Full day dapat 2 star. 1 star singgit. Saje bagi semangat lebih. Bila dengr je dapat duit, tersengih-sengih...



Sunday 21 June 2015

Mikail Tanam Pokok

Sekarang ni hobi Mikail suka tanam pokok. Ajar sekali je. Tapi sekarang ni tiap-tiap petang dia nak buat. Bila dah siap sibuk suruh ambik gambar. 

Mi....bik ba lu. Bik ba lu.... 

Ok baby..

Tah kenapa suka benar posing tak pandang camera. Dah ada style sendiri. Suka hati awak lah kyle. 

Tapi tak taula hidup ke idak pokoknya tu. 
Pasni tanam pokok rambutan pulak ye sayang ye..





               Selipar terbalik tu style 




Sunday 7 June 2015

Popiah Nestum yg sedapp sangat oooiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!

Assalamualaikum semua

Tinggal beberapa hari lagi je nak puasa ni oiii.. masing-masing mesti dah order kuih raya kan. kita pun sama. dah 2 jenis tempah dah. memang kuih peverettt. 

sape yang kenal rien, memang dah tau rien jual popiah nestum horlicks atau pun POPIAH SNOW!.
dah 2-3 tahun dah jual kuih ni. Alhamdulillah still lagi ada demand dari regular customer.

untuk raya ni, still lagi open order.

1 bekas (280g++) 
RM15
postage RM7 

nak order whatsapp rien yer
0123811492



Friday 15 May 2015

1 tahun sudah......

1 tahun sudah...

Apa yang setahun? fulltime housewife laaaa. Tak sangka dah setahun tak kerja. Dok umah sukahati jaga anak jaga suami hehhee. 

Selama menjadi fulltime housewife ni, banyak benda yang Rien belajar. So peaceful jiwa dan otak. 
Memang betul-betul rest. Setiap hari tengok muka Aisy n kyle, gaduh dengan dorang, bergurau, solat bersama, suapkan makan, kemas toys hari-hari, fikir ape bendalah nak masak ni??? Setiap hari, tunggu husband balik, siapkan makan atas meja, waktu tidur sukahati &takyah fikir nak pakai baju apa gi kerja. 

Dari tak tau masak sampai lah dah terror masak. Hehehe... Sedap di tekak suami dah rasa terror sangat lah tu. Sebelum ni dok umah mak memang susah nak masak. Semua mak mak mak..bila dah dok sendiri pandai-pandai lah ko google kan.

Bila jadi fulltime housewife ni biasalah, anak-anak lagi mengada ngada manjanya. Kadang-kadang tak leh sabar jugak dibuatnya. Tapi rien selalu ugut dorang, kalau buat hal lagi mommy nak kerja. Aisy n kyle mommy hantar kat rumah orang. tau pun dorang takut. Tapi yang faham, aisy je lah. Kyle...tak kuasa nak layan mommy dia ni. 

Kadang-kadang terasa bila kita 24jam dengan anak-anak ni macam lagi banyak yang tak sempurna didikannya. Rasa macam betul ke rien ajar dorang ni? Betul ke tindakan rien ni? Over sangat ke rien marah dorang? Boleh ke buat macam ni? 

Memang betul lah orang kata jadi housewife memang penat. Walaupun orang lain selalu fikir yang orang yang macam kami ni tak penat keje. Tak stress. Tak payah fikir work load. 

Memang silap lah kenyataan tu. kerja semua orang pernah kerja. Tapi jadi housewife tak semua orang dapat buat. 

Rien yang dah setahun housewife pun tak dapat buat semua kerja . 

Rien ada online bisnes. aisy gi school balik kul 12.30. Mikail memang hand bag rien lah. Ada je.... Nak ngadap lappy, promot produk, research kena tunggu dorang tidur baru boleh buat. Kalau tak macam-macam dorang nak. Sebab tu rien akan paksa dorang tidur kul 2 sampai lah kul 6. Waktu tu jelah yang free n tenang. 
Kadang tu rie pun terlajak tido sama. Zzzzzzzzzz...

Kadang ada jugak terfikir nak kerja. Tapi bila dah nak interview tu rasa macam hati ni berbelah bahagi pulak bila tengok anak-anak. Dah biasa dengan dorang. Dari dorang bangun pagi celik mata sampai lah tidur malam dengan rien. 

Husband pun macam tak bagi kerja sebab takut kucar kacir hahahaa..selama ni semua terjaga. Makan minum pakai segalanya teratur. Takut nanti rien dah kerja semuanya berterabur. 
Nanti mulalah start makan luar, tapaulah, deliverylah. 
Sebabnya malas nak masak sebab penat.

1 benda yang rien memang liat sikit nak buat is lipat kain. Hooooiiii memang bukan minat lah lipat lipat kain ni. Dari sebelum kahwin lagi. basuh & sidai memang rajin. Hehheee..
Lipat kain memang sekali seminggu. Tapi rien lipat kain laju walaupun tak delah kemas sangat pun. Nampak lebih kurang sama tu ok lah tu. 

Jadi housewife ni jugak ada angin malas dorang. ada masa malas nak masak. ada masa malas nak kemas rumah. bila time malas tu datang semua benda tak jadi. lagi-lagi bila first day datang bulan. nak tidoooooo je kejenya. 
sama jugak dengan kerja kat ofis kan. 
mesti ada hari malas nak buat kerja kan?kan???
rien pun pernah kerja. i paham.heheee....

oklah. nak baring-baringan dah ni. kul 1 pagi dah..

muahhh ciked!

Thursday 23 April 2015

Bekas Hantaran Untuk Disewa

Assalamualaikum

Rien ada 3 jenis bekas hantaran untuk disewakan. 
If berminat boleh 
whatsapp Rien 0123811492


KERAWANG BOX
RM15
5 PCS

CAGE
RM10
4 PCS

WHITE TRAY
RM7
14 PCS

Monday 20 April 2015

Selangor Sampai Mati 4-0





Selepas 7 tahun, baru nak jejak balik stadium. Dulu alasan macam-macam. pregnent lah, ada baby lah. Bukan bawak anak tu menyusahkan tapi takut dia tak selesa dengan keadaan kat stadium tu. ada yang merokok lah, pastu suasanany bising lah. Kang terkejut-terkejut dia terbawak sampai ke rumah pulak.

Nak bawak sangat anak-anak gi stadium tengok bola ni sebab si Mikail ni dia obses dengan bola dan football. nak tanamkan minat dia dan bagi support dari dia kecik lagi. sebab dah tau apa yang dia minat. so as parents kita tolong dia. nak bagi dia kenal realiti sebenar bola sepak tu macam mana. nak bagi dia biasakan diri dengan stadium yang sebesar alam tu.

Masa sampai, bola dah start. baru nak duduk je semua dah bersorak GOL..tanjat si mikail tu kena lambung. tak senyum langsung. nampak sangat dia takut. diam je dia. lepas second half baru dia ok. 
memang nasib kitorang lucky malam tu. selangor menang 4-0. 4 kali mikail kena lambung jugak. 

dah nak balik baru dia ok. nak ambik gambar, senyum, tanya tu tanya ni. tunjuk tu tunjuk ni. 
nampak dia dah ok n happy je. boleh lah next game datang lagi.