Showing posts with label Aisy Dhamin Mikail. Show all posts
Showing posts with label Aisy Dhamin Mikail. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

Wedding adik & adik-adik ipar



Tahun ni last majlis kenduri kahwin.
Adik rien & adik-adik awie semua kahwin tahun ni. 
Back to back jugaklah. Tu belum lagi campur dengan wedding sedara-sedara yang selang seminggu. Memang best. 
Packing unpacking dari bulan 12 sampai bulan 4. Pastu lepas ni dah boleh rest. 

Tapi yang tak bestnya, takde gambar dengan penganti, hahaaa..
terlupa. almaklumlah tuan rumah kan. 
ke hulu ke hilir. orang tu panggil orang ni panggil.
sudu tak cukuplah , tisu habislah, garam habislah. 
Dahlah dah gemok. kain ketat plak tu. 
kena handle candy buffet lagi. 
apa-apa pun semua berjalan dengan lancar. 
u ollls tengok jelah gambar i olls okeh..

Ni masa wedding adik. kat umah mak kat Meru

mak dan anak

Flower girls

si tukang kepoh. sukati dia je merayau sorang-sorang masa kenduri.

my sweetheart

sama tak? sama tak? muka kitorang???




Yang ni masa wedding adik-adik awie. sekali dua naik pelamin. be;ah pompuan dah setel awal-awal. masa bulan 12 & 2 hari tu. kat belah laki lambat sikit. 













Tu je lah pict nye yer. nanti kalau pengantin dah up picture, rien post okeh.

daaaaaaaaaaaaaa..muahhhhhhciked*!

Saturday, 28 June 2014

Ujian untuk Kami Sekeluarga.

Since Rien kahwin sampai lah hari bermulanya dugaan yang datang pada kami. inilah first time kami sekeluarga sakit berpanjangan selama sebulan.

Start dari Mikail muntah tengah malam. Tengah tidur. Lepastu berjangkit pulak dengan Aisy. 

Pendekkan cerita, start dari muntah sampailah ke diarrhea. Semua orang kena. Takde sorang pun yg terlepas. Mula-mula anak-anak kena then husband lepastu Rien. 

Then semua orang silih ganti demam. Macam pass baton. Kecuali Rien. 

Mungkin Allah nak uji Rien. Tahap kesabaran menjaga semua orang. genab sebulan 26hb June, semua orang sihat. Alhamdulillah Allah makbulkan doa Rien. Rien sampai satu tahap dah tak larat nak pikul tanggungjawab jaga semua orang. Badan ni macam tak rest. Tapi kena buat jugak. Sapa lagi nak jaga diorangkan. memang tepat masanya Allah uji kami sebab Rien dah full time housewife. dah tak kerja..
Kalaulah still kerja ni, maunya Rien cuti sebulan. mesti kena perli punya lah... memang kalau kerja pun hati tak tenang. kepala otak fikir kat rumah jer. Memang orang tengok demam dan muntah tu nampak macam penyakit biasa. Tapi hakikatnya, sangat berat ok nak menanggungnya. lagi-lagi bila anak kecil yang kena. salah jaga atau leka macam-macam boleh jadi. demam tak boleh anggap remeh ye. 

Lepas discharge Mikail, Aisy pulak demam + muntah. Dua hari lepas tu Mikail berjangkit pulak. Sampai kurus keringlah diorang ni. Aisy dah macam aneroxia dah. serius! Rien selalu bagi support suruh dia makan. sebab badan dia dah lemah sangat. lagi satu, Aisy ni payah sikit kalau kita citer pasal hospital ke doktor ke. nanti dia sentap. nangis!. senang citer dia takut sebenarnya. 

Mikail pun sama. muka dia cengkung, pasif, taknak makan. Rien jadi risau. sampai tak tau nak citer dengan sape, Rien citer je dengan Mikail walaupun dia tak paham. sambil mandikan dia sambil tu jugak rien nangis. sebab masa mandikan tu kita pegang badan dia rasa tulang jer. murung jer. then decide gi klinik Ajwa section 7 shah alam. doctor dpt detect tonsil dia bengkak. mungkin tu salah satu sebab kenapa dia demam dan taknak makan. doktor kata kita try dulu makan antibiotik. after 2-3 days mikail dah ada selera nak makan. demam dia pun dah kebah. then dah banyak cakap. Ya Allah happy sangat Rien masa tu. 

Tak habis dugaan lagi, husband kena admitted. Demam + semput. malam tu dia dah sesak-sesak nafas. terus gi klinik ajwa, ambik darah. doct kata kena refer hospital sebab darah pekat. tapi no denggi. syukur..
sampai KPJ, ambik darah lagi, check jantung, pakai gas, masuk air lagi...macam-macam buat kat Emergency room tu. Last-last kena admit jugak. Tido lagi Rien kat hospital. lama jugak lah husband kena tahan wad. 5 hari kot. dalam masa 5 hari tu jugaklah Aisy demam panas balik. makan ubat demam tak baik-baik. satu malam tu Aisy tengah tido, tiba-tiba dia terjaga & Rien tengok hidung dia bleeding. cepat-cepat kaut handbag nak gi klinik. masa tu panik jugaklah nampak darah keluar kan. jangan ada benda yg serius sudah. bila doctor check, ada darah beku dalam hidung dia. tak serius. lega!
lepas 2 hari makan antibiotik, demam Aisy dah kebah. dah sihat. syukur sangat. 

3-4 hari sebelum puasa semua dah sihat. semua dah boleh senyum, main-main, aktif, banyak makan...
happy sangat. bila tengok anak-anak dah kembali aktif macam dulu rasa macam sebak pulak. puas tengok diorang sihat balik. 

walaupun ada jugak Rien merungut dan mengeluh penat dengan apa yang jadi tapi Rien tetap kuatkan jugak semangat ni. Nasib baik mak abah, mak baba, adik beradik bagi support dan bantu kami. rasa takdelah sorang-sorangkan tanggung ujian ni. rumah kami kena tinggal nak dekat sebulan sebab sepanjang kami sakit, kami stay dengan parent Rien. pokok-pokok bunga semua kering. kesian tak cukp air. tak pelah..nak buat macam mana kan. now tengah dalam proses memujuk. nak suh kembang balik. tak tau lah nak ke tak pokok-pokok tu heheee...

lastly thank you pada yang bertanya khabar kami sekeluarga semasa kami sakit. hargai sangat. ;*

Wednesday, 2 April 2014

Mikail Jatuh Dahi Koyak

Mikail dan Aisy main lambung-lambung belon. Ntah macam mana dia tersadung kat tikar pastu terlanggar sofa. Rien nampak macam mana dia jatuh. Ingat biasa je dia jatuh tu. Pastu Mikail nangis kuat giler. Masa nak angkat Mikail tu dia tunduk so tak nampak darah lagi. Bila dah angkat...mak aaiiihhh banyak giler darah. 1/4 muka dia penuh darah. 

Ya Allah...... !!!!!!
Berlari Rien cari tisu masa tu nak lap darah tu. Menjerit-jerit panggil mak & adik. Lepastu cepat-cepat lap cepat-cepat tuam. 
Sarung seluar sarung tudung. Terus keluar gi klinik. 

Sampai klinik pulak doctor rehat sampai pukul 8 malam. Kejadian ni masa maghrib. Normally doctor yang muslim akan break. Tak boleh lah nak tunggu kan. Terus cari klinik lain. 
Sampai je klinik lagi satu tu, doctor tengah sembahyang. nasib baik masa tu dia dah nak habis dah. 
Masuk bilik rawatan tu, doctor tu relax jer. dia cakap, ni nak kena jahit ni. bla bla bla aaaaaaaaaa...
Rien dah mula nak nangis dah. Last-last dia kata kita gam jer. kulit budak ni dia cepat baik. nanati dia bersambung balik. Rien masa tu dah nak call husband dah nak bawak mikail gi hospital. Tapi tak sure insuran dia dah lepas 3 bulan ke belum. 

masa nurse tu nak bersihkan darah yang lebih-lebih tu, Mikail nangis-nangis taknak. bila lagi sorang tu nak buatkan baru dia nak. mikail macam takut tengok nurse tu hahaaaa... 
bila doctor suruh baring, pegang tangan dia kuat-kuat..Ya Allah tak sampai hati Rien nak dengar dan tengok dia meraung. anak kita kan. still baby lagi. masa tu fikir kenapalah husband tak de dengan Rien. Kalau tak mesti dia yang temankan mikail. Rien tak kuat nak hadap semua tu. 
lepas dah selesai. Rien tengok luka tu tak panjang pun. dalam 1 inci setengah je. Tapi darah dia Masha Allah.......Mikail dia macam biasa. dah boleh gelak-gelak. main-main..
sampai rumah selamba jer macam tak de apa yg jadi. balik dari klinik Rien memang ngadap dia 24 jam. tak nak jadi lagi tak nak dia usik luka tu. 
ni first time jadi kat anak-anak Rien.
 Lepas ni jangan lah jadi lagi... takutttttt....


Sunday, 17 November 2013

SuperMikail is 1 - BAJET


This entry Rien nak share bajet masa buat Birthday Party Mikail dekat KFC hari tu. Boleh lah bagi info pada siapa-siapa yang plan nak buat kat KFC tu kan.

Before that , Rien suggest korang buatlah survey dulu kat tempat-tempat lain. Nanti boleh compare kan . 


First, korang kena tahu 

Bajet korang nak buat party ni berapa. $300,$400, $500, $1000.

bila dah tahu bajet senang korang nak shortlisted kan venue. kalau rasa-rasa tempat tu macam mahal sangat , padam terus. 

Dah ada target berapa orang jemputan.

macam Rien memang dah ada jemputan yang wajib dijemput dan wajib hadir. heheheee...family, sedara mara, bff, kawan anak-anak korang jangan lupa pulak. ni birthday anak tau bukan birthday mak apak nya. ...kang syok sendiri pulak. kalau boleh buat senarai nama orang dewasa berapa orang, kanak-kanak berapa orang. senang nak agihkan makanan. 

Kena tahu ape yang perlu tambah dan apa yang tak perlu langsung korang tokok tambah.

contohnya. makanan, gift dan decoration. bila buat dekat KFC or any fast food restaurant, decoration, makanan dan gift all included. tak payah berangan nak tambah nasi minyak lauk ayam merah lah dalca lah kuweteow lah...Tak payah ok. Not Allowed. Makanan yang dorang sediakan based on berapa ramai jemputan yang datang . Tapi korang kena faham bila kita buat party kat luar ni, makanan adalah limit ya. Instead of 2 ketul ayam sorang, dia akan dapat seketul sorang plus sidelines je. Dan kena ingat ya... bila party macam ni, keutamaan 90% diberi pada kanak-kanak. Sebab ni birthday anak korang. Biarlah anak korang yang kenyang dan happy. Mak Apak lebih kepada meneman . Itu pendapat Rien. Tapi bukanlah tak dapat makan langsung. 

deco plak, tak payah nak hoverrr. baloon memang dah ada. macam Rien hari tu, terbang jugaklah RM60 beli helium balloon tu. Nak letak kat candy buffet. actually takde function pun. Baloon kat kfc tu lagi bersepah-sepah. 

gift, untuk kids korang tak payah pening. included. kita bagi tau berapa kids ada, nanti dia sediakan. actually dalam pakej tu pun dah bagi tau free gift for each kids. 


Ok..ni baru nak cerita bajet ni. Tadi tu mukadimah.

Ada 3 pakej. 
Pakej A RM 250 , Pakej B RM 350 , Pakej C RM 450 ( belum add tax.)



Rien ambik pakej C.
 Untuk 20 Kids dan 20 Adult. Actually tak sampai pun 20 kids. Tapi saja je amik pakej kids tu lebih sebab nanti kalau adult tak cukup food tu boleh ambik meal dorang tu kan.

Pakej ni kata 20 Adult tapi korang boleh jadikan untuk 40 adult iaitu sorang adult amik seketul ayam je dan sidelines. Air tu korang kongsilah kan. Manja-manja sikit. Tak pun paw anak dorang punya air milo tu.

Jangan pulak korang kata yang Rien ni kedekut ek. Alhamdulillah masa tu makanan cukup. 
Kalau korang nak bawa makanan luar better tanya dulu manager kfc tu. Kalau dia bagi, bawaklah kan. Tapi takpayahlah nak sampai bawak tray buffet tu kan. Nanti kang ni makan kat KFC ke kat kenduri kawen ni ?


Haa..nampak tak nampak tak Party Pack tu? kalau korang ambik pakej C yang 20 kids tu, maknanya 20 20 tu dapat party pack tau. So tak yah ngengada nak add gift lagi untuk bebudak tu. Macam -macam ada. Buku, sticker, topeng semua ada. Tak payah nak membazir. Tapi kalau korang rasa nak sedekah lagi, ikut suka lah. Packaging dia pun dah cukup cantik dah. Semua dalam paper bag tu. 

Rien just tambah beli bubble sahaja 1 kotak untuk kids. Ingatkan dapat time petang buat party ni, so bolehlah bebudak tu main kat playground luar tu kan. Tapi panas terik pukul 12 tu , so simpan jerlah. Main kat rumah. 
1 box ni ada 24 pcs kot. RM 6.50 only. 
Murah takkkkkkk???????

Pen Spiderman tu untuk adult.
RM 1 sebatang. Tapi tawar punya tawar dapat lah RM0.80 sen sebatang . oklah .still under bajet.
Rien beli 50 pcs.
Yang balance simpan wat pakai sendiri.
Pen ni sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang.
Anak-anak dah dapat macam-macamkan.
Bagilah mak apaknya juga kan.



Candy Buffet yang tak macam buffet ni Rien bajet RM 50 .
Frame kuning dan stand tu Rien beli kat DAISO.
Lepas party boleh guna balik kan.
Kalau buat centerpiece canggi-canggih nanti lepas party, hancurrr.
Box Pink Kuning, jar, bowl tu semua dah memang ada kat rumah.
Rien memang suka kumpul bekas yang comel-comel ni.
Berguna juga 1 hari nanti.
Candy tu semua beli kat kedai borong. JIMAT.




Haaaa.. nilah Party Pack untuk Kids
Dah cukup puas hati dah kan.
Memasing dapat makanan n gift masing-masing.
Kalau buat sendiri ni , maunyaa 1 kepala 20 hengget kan?
jimat dan tak pening kepala nak fikir.





Rasanya dah cukup kot info pasal bajet party ni.
Pendapat Rien memang banyak jimat buat dekat KFC ni.
Dari segi jimat kos dapat juga jimat tenaga.
Lagi-lagilah kalau parent yang busy kan, tak sempat nak fikir pasal remeh-remeh ni,
sediakan duit saja.
Lagi satu , kita dapat control duit yang  keluar.
Experience buat dekat rumah,
nanti kejap-kejap
"eh yang,,,paper plate lupa nak beli"
eh, banner happy birthday tak beli lagi"
"Eh,, sudu pulak lupa beli"
Selalunya benda-benda remeh ni yang akan buat
over budget .
Bajet 500 tapi dah lepas party buat kira-kira jadi 1000.

'Tepuk dahi'


Wednesday, 13 November 2013

SuperMIKAIL is 1.


Alhamdulillah
1 NOV 2013 yang lepas genap umur Mikail 1 tahun.
Sekejap je rasa. 
Semakin besar, semakin sihat, semakin panjang akalnya, semakin hensem.

Birthday Mikail Rien tak nak buat dekat rumah. based on experience masa Aisy dulu, Ya Allah penantnya.
Mengemas tak habis-habis.
Preparation je seminggu.
So kitorang decide buat dekat luar. 
Mula-mula rasa nak buat dekat rumah Puncak Alam, Rumah Nenek, nak wat kat taman tasik...
last-last buat dekat restoran fast food je. 

Tu pun buat research gila-gila ni. Nak cari yang affordable dan best.
Mula-mula Mc Donald, bila kira-kira macam mahal. 
Lepas tu survey pulak A&W. Dah nak booking dah tapi rasa macam tak syok jer. Sebab Branch A&W yang kitorang nak buat tu servis dia lembap nak mampus. Serius.
Asal datang je orang yang sama kerja. dan cara dia kerja pun tetap sama. 
Taknak apa-apa terjadi nanti atau Rien naik hantu kat sana nanti baik tak payah buat.

Last sekali, survey KFC. 
Ingat tak best. sebab ada orang cakap tak seronok buat dekat situ.
Tapi Rien try jugak cari blogger-blogger yang pernah buat party kat KFC.

Fullammaaaakkk best gilerrr..
heheheee
makan dah tentu kenyang , hadiah best , deco meriah...tempat privacy.
Terus book dan dan tu jugak .. heheeeee..
Nanti Rien cerita pakej KFC next entry ye.

Layan gambar dulu.

































Thursday, 15 August 2013

Bisul


Kenapalah tangan ni malas sangat nak menuliskan. Tu lah kerja nya asyik wat design jer. Guna mouse. Nak menaip berat je tangan tu. Dulu seminggu 3-4 kali update blog walaupun sepotong ayat.

Rien nak cerita pasal BISUL. Si Mikail ni haaaa. Tak tau napa lepas 2 bulan bisul-bisul dia datang kembali. Ingatkan dah stop dah. Dia mai lagi . Baik punya timekan. Masa 5 hari nak raya mencanak-canak bisul tu tumbuh. Kesian betul anak aku tu. Dahlah nak raya. Ye ye je Rien belikan songkok nak bagi dia pakai. Sebabkan bisul simpan je lah songkok tu. Nak pakai tahun depan tak kot sebab songkok tu ngam ngam je kat kepala dia.

Dulu jumpa Paed dia kata bisul ni penyakit genetik. Sebab ada jugak yang datang klinik dia yang sama macam Mikail. Dia tak bagi ubat pun. Yang dia kata bisul tu akan hilang sendiri. Ubat pun tak ada. Bagi vitamin dan krim jer. Mungkin Mikail ni kecik lagi kot.

Hari tu google pasal bisul ni, ada doct tu cakap bukan genetik. Tapi sebab persekitaran. Kalau persekitaran kenapa kepala je yang kena? Last-last nak raya tu pergilah klinik jugak. Kali ni nak tengok doctor yang ni bagi ubat apa pulak. Yang dia bagi antibiotik dan keringkan nanah. Alhamdulillah lepas 2 hari bisul-bisul tu kecut dan kering. Finally. Now Rien tau ubat apa yang boleh sembuhkan penyakit tu bila bisul-bisul tu menyerang.

FYI, dulu bapak si Mikail aka husband pun penyakit macam tu. Penuh kat kepala. Pastu lama-lama hilang. Kita yang tua ni pun merengek-rengek kalau ada bisul apalagi Mikail. Tapi Alhamdulillah Mikail tak banyak meragam dan menggaru kepala dia tu. Tapi bila dia marah memang habislah dia gosok-gosok kepala dia tu.

Tak semua kids yang kena bisul ni. Lain anak lain ragam lain sakitnya. So far selama 9 bulan, sekali je Mikail demam. Tu pun kejap jer... Harap-harap janganlah bisul tu datang balik...






Wednesday, 5 December 2012

Day 3 &4 - Cesarean

DAY 3

Macam biasa pagi-pagi nurse akan masuk bilik untuk kemas katil dan kemas Rien sekali. Diorang akan suruh baring dan letak kaki dalam selimut. Kadang-kadang rasa kelakar jugak sebab lepas diorang kemas Rien , Rien akan bangun balik. Katil jadi comot balik heheh... Nurse-nurse tu just jalankan tanggungjawab diorang sebab waktu tu doktor akan masuk dan check pesakit. Naklah nampak kemas sikit kan? . Hari ketiga still tak makan dan minum lagi. Bergantung pada drip lagi. Lepas doctor check baru tahu boleh buka atau tidak drip tu. Then boleh minum. Makan belum lagi. Luckily, doctor kata dah boleh buka all the drips. Dah boleh bangun, or duduk.

Pukul 12 baru tengahari baru dapat minum milo. Memang lapar sangat lepastu. Tapi nak buat macam mana, kena tahan jerla kan. Lepas lebih dari 24 jam terbaring jer, bila nak duduk tu aduhhhhh sakitnya. Serius Rien kata, memang kali ni Rien rasa double sakit dia. Tapi nak tak nak kena jugak bangun dan cuba berjalan. Cuba bangun dengan bantuan suami. Macam-macam gaya untuk cuba cara bangun yang tak sakit. Tapi fail. Rasanya too early nak berjalan kot. Masa cuba nak bangun tu, terasa sampai sesak nafas dan tak boleh nak bercakap. Suara tak keluar. Terus give up dan baring balik.

After a few hours, try to strecthing sikit-sikit atas katil dan cuba untuk bangun, duduk, berdiri dan berjalan. Finally berjaya jugak without pain (.............tp pain lah sikit . nipu lah tak rasa-rasa sakit kan). Jalan pun macam nenek si bongkok tiga sambil pegang perut. Actually doctor suruh jalan tegak. Tapi Rien ni kan penakut sikit. Takut sakit...so jalan bongkok jerlah.

Try to pee pee . Yang ni pun mencabar jugak, Sikit jerlah... lebih 24 hours pakai drip, nak kencing pun rasa takut. Terasa sakit sikitlah mula-mula tu kan.

Memang tak makan seharian. Just minum milo sahaja. Masa tu memang sedap sangat lah milo panas yang diorang buat tu kan. Sampai sekarang ketagih nak minum milo panas. Sehari dua kali minum.

Ada satu benda lagi yang buat Rien rasa tak nak beranak lagi dah... Batuk datang tiba-tiba..sebenarnya bukan batuk biasa. Dia macam ada sumthing macam habuk kat tekak kita dan tiba-tiba kita kena batuk untuk keluarkan benda tu. Batuk tu datang sukahati dia. Bila-bila dia boleh datang...Once dia serang, memang takut lah. Takut sebab luka perut yang kena gam tu terbukak! hahaha..... boleh tak Rien bayangkan macam tu sekali? Bukan ape, masa tu kita tengah sakit, semua benda buat kena control. Tiap kali batuk mesti nangis, husband tolong tepuk-tepuk belakang, pegang perut, kena bongkok dan bukannya sekali batuk jer. Lepas berkali-kali batuk baru lah lega.

DAY 4

Hari ke empat semakin baik dan semakin kuat dari hari kedua. Alhamdulillah dah boleh breastfeed baby, jalan sendiri ke toilet dan paling best dah boleh makan! hahah...tu part yang paling Rien tunggulah sebab memang kebulur sebab dah beberapa hari tak makan. Walaupun dia bagi roti untuk breakfast, bubur untuk lunch & dinner dan biskut untuk minum petang tapi rasanya dah cukup lah untuk Rien yang tengah sakit ni kan. Tapi disebabkan kuantiti yang di bagi tu sikit sangat , husband pergi kedai belikan biskut, roti dan jem untuk Rien makan sendiri. Barulah kenyang. Rasanya banyak jugak perabih duit husband sebab asyik beli makanan jer.Turun pergi kedai jer mesti bawak balik jajan. Pagi-pagi husband breakfast kat mamak sebelah. Makan roti canai terbang. Rien telan air liuq jerlah..

Malam dah tak sakit sangat dah kat bahagian perut tu tapi batuk tu selalu jugak lah menyerang Rien tengah-tengah malam. Tu yang suffer sikitlah sebab tak ada orang nak tolong tepuk belakang. Husband dah selamat belayar. Susah nak kejut dia bangun. Tahan lah sendiri. Even dah hari ke empat, Rien still lagi perlukan bantuan orang untuk bangun dari katil. Nasib baik tidur kat nursery.Tak tidur dengan Rien. Kalau tak memang sakitlah nak bangun baring bangun baring...

Day 5 to be continued.......

Monday, 19 November 2012

Day 1 &2 - Cesarean

DAY 1.

Entry yang lepas Rien ada cakap nak story sikit pasal pengalaman Rien bersalin secara cesarean. Walaupun Rien dah ada pengalaman dan tau serba sedikit proses cesarean ni, sakit tu x dapat nak elak yer. Kali ni double dia punya sakit.

Rien admitted 9.30pm 30 October 2012. Kalau cesarean kena stay kat hospital 3 malam 4 hari. So, Rien ambil bilik single. Sebab husband teman Rien sepanjang kat hospital. Untuk bilik single hospital charge RM200 per day. Malam tu nurse wat CTG,check pergerakan baby. Tapi satu jer Rien macam menyesal sikit lah sebab tak makan banyak. MC D, mamak, nasi beriyani semua kat bawah hospital....kenapalah tak makan semua benda tu before kena puasa pukul 12 malam nanti. Sekarang ni dah mula mengidam. Kena tahan jerlah kan...
Malam tu tak lena sangat tidur. Mana boleh tidur weiii...esok nak kena potong perut. Tempat yang sama pulak tu. Tengok macam relaks jer.Hakikatnya, dalam hati ni kita sahaja yang tau betapa takut dan ngeri nak oepration kali kedua.

DAY 2.

Jam 6.30 pagi bangun tidur dan solat subuh. Siap-siap pakai baju dan ready nak kena panggil untuk masuk OR. Sebelum tu kena masuk ubat montot dulu yer. Biar isi perut keluar habis. Lebih kurang pukul 9 pagi. Nurse-nurse datang jemput untuk masuk OR. Dah sampai kat dalam tu, biasalah dia wat kita macam apa kan...tangan ni kena cucuk , pasang drip kat saluran kencing, cucuk belakang untuk bius. Lepas kena bius tu, kaki dah start kebas.Doct or Dato' Razif start cuci perut. Sambil dia cuci tu dia borak-borak dengan Rien. " saya belum buat apa-apa lagi yer. saya cuci jer dulu..."
Lepas tu dah memang totally kebas dah. Tak rasa apa pun dah. Yang Rien tau diorang tolak-tolak , goyang-goyang perut Rien. Masa tu mulut memang terkumat-kamitlah. Macam-macam baca ni...ayat kursi lah, selawat lah, zikirlah, ntah apa-apa lagi lah. Nasib baik surah Yaasin tu Rien tak hafal, kalau tak memang dah baca sampai habis dah. Dato', pakar bius dan nurse kat dalam tu macam tengah rewang pulak kan..borak memanjang. Rien pulak yang risau.

Beberapa minit lepas tu, Rien dengar suara baby nangis! waaa.....seronoknya..Masa tu terus senyum & ucap Alhamdulillah. Dato' terus tunjuk dekat Rien, BABY BOY!. besar jugak yer baby you. Tengok perut macam kecik...Lepas tengok baby , macam biasa Rien terus lalok. Masa first czer dulu pun macam tu. Tengok jer baby Rien terus lalok dan tidur...tak ingat apa dah. Sampai bilik  baru Rien sedar dan masa tu badan menggigil-gigil kesejukan.

Lepas dah sedar tu, nurse bawak baby masuk bilik. Bila tengok muka baby, Ya Allah.....comelnya..Sebijik macam Aisymiera. Muka bulat, pipi loyot...berat dia 3.67kg. Boleh tahan anak aku ni. Frankly speaking, scond pregnancy ni, mamang Rien main belasah jer nak makan apa. Takdelah letak syarat apa-apa..setiap hari kena makan buah ni, sayur ni , susu ni..memang tak ada. dulu ye. hari-hari kena makan anggur, minum yogurt, minum susu...tapi Alhamdulillah hasilnya cantik heheeee... Yang kali ni pun Alhamdulillah, janji sihat..

Hari pertama memang tak boleh bangun, baring flat, bergantung pada drip lagi. Tak makan, tak minum. Nak tidur pun kejap-kejap jer sebab ada baby kan. Lepas tu ramai yang datang visit. Tambah pulak perut terasa sakit, rahim kembang kecut kembang kecut...Aduiii..Memang double sakit dia dari yang dulu. Pain killer 6 jam sekali dorang bagi. Masa nurse masuk Rien mintak pain killer lagi sebab tak tahan dah. Dia tak nak bagi sebab belum 6 jam . ok Rien tahan lagi. Cuba bawak tidur. Masa tu husband tak ada, mak pun tak ada. Semua balik rumah tanam uri. Kat dalam bilik ada mak mertua dan mak saudara jer teman. Petang tu, doctor datang visit. Masa tu Rien memang dah tak tahan dah. Terus nangis bila nampak doctor..Doct tanya, kenapa you nangis? Rien cakap "sakit sangat doctor, I tak tahan."...Doct terus sound nurse , kenapa tak bagi painkiller.?  Nurse kata "Sebab belum 6 jam sebab tu saya tak bagi, Tadi dia tak nangis"..Doct sound lagi..."Then you nak patient screaming at you baru nak bagi?" ... Lepas tu baru lah nurse tu nak bagi  kan... Baru lah lega sikit. Walaupun dah bagi pain killer, sampai malam tu pun masih terasa sakit tu. Malam tidur pun nangis lagi, perut dah tentu sakitkan, apa lagi bahagian rahim tu..pinggang pun sakit sebab baring je start dari operation tu. ...






Day 3...To be continued.



Monday, 12 November 2012

Please Welcome Aisy Dhamin Mikail



Assalamualaikum

Nak kenalkan ahli baru keluarga kami,

AISY DHAMIN MIKAIL B ZAINURIDZA

01.11.2012 , Khamis
3.67kg
49cm

Siapa yang tak tau lagi Rien sekali lagi bersalin secara c-zer. Tak minta pun bersalin cara ni tapi baby still breech. So tak ada cara lain selain keluar ikut tingkap. Alhamdulillah perbelanjaan untuk hospital mencukupi. Ini sebab buat bisnes PB lah ni. hehheee... Ada jer duit extra kan. Rin bersalin masa kandungan 37 week ++. Rin pilih 1.11.12 sebab next week masa 38 week husband outstation. Tambah pulak Rin dah tak mampu nak bawak badan dah. Hari-hari tidur tak tenang. Baby besar pulak tu around 3.7kg dah masa tu. Dah discuss ngan hubby, tak boleh jadi ni.....kita decide nak Rien bersalin awal seminggu which is in 37 week. 
But this time rasa sakit dia double dari yang first. 
Next entry Rien cerita pengalaman bersalin secara czer buat kali kedua..
silalah tatap wajah anak kesayangan hamba ni yer...