Showing posts with label Ridza Family. Show all posts
Showing posts with label Ridza Family. Show all posts

Monday, 24 September 2018

Inspirasi Kitchen Cabinet & Cuckoo

Sekarang ni macam-macam design kitchen cabinet ada. Google saje. Nak yang moden, nak yang kayu, warna putih, pink, hitam.....semua ada. Selalunya yang cerewet bab dapur ni perempuan la kan.
Sebab perempuan, mommy-mommy yang akan banyak spend masa kat dapur ni. 

Kat dapur mesti kena complete. Kalau tak nanti masaknya lambat, kerja kat dapur pun jadi leceh. Dari peti ais,oven, microwave, blender, toaster, stove...malah ke periuk belanga pun mesti ada.

Tidak perlu yang mahal pun tapi lengkap. Memudah kan semua orang di dalam rumah.
Terutama ibu yang bekerja. Bila balik kerja terus ke dapur nak masak untuk family. Lepas masak nak siapkan barang anak-anak untuk ke sekolah / rumah pengasuh esoknya pula.

Tahu tak yang penapis air adalah keperluan di dapur yang paling penting? Kalau kita rasa nak dapur yang lawa tapi hari-hari kita bagi anak kita air yang tak bersih dan berkarat pun tak guna juga kan?

Penapis air ni bukan lagi trend untuk menunjuk nunjuk siapa punya paling hebat tapi trend keperluan wajib setiap rumah. Dulu kita rasa siapa yang ada penapis air ni orangnya kaya. Sebab sebulan kena bayar RM100 ke RM200. Tapi sekarang semua orang mampu milikinya. 

Harga penapis air Cuckoo bermula dari RM75 sahaja dan banyak model untuk dipilih. Saiz pun sangat sesuai untuk semua jenis dapur. Tak besar tak kecil. 

Apa yang penting sangat penapis air Cuckoo ni kan?

  • Si ibu tak perlu nak masak air banyak kali SEBAB penapis air Cuckoo ni UNLIMITED dan FREE FLOW. 
  • AutoRefill. Tank takkan kosong dan tak perlu tunggu tank penuh baru boleh guna.
  • Ada air sejuk / panas / suhu bilik / suam.
  • Nak buat susu anak sangat mudah. Tak perlu masak air. Terus tekan je. 
  • Nak buat kopi atau sirap sejuk, tekan je. 
  • Mempercepatkan kerja di dapur
  • Anak-anak kecil pun boleh ambik air sendiri. 
  • Tak payah nak simpan air berbotol-botol dalam fridge. 
  • 4 bulan sekali pihak Cuckoo akan datang untuk servis penapis air secara percuma sepanjang kontrak. 
  • Dan paling utama, air yang keluar dari penapis air Cuckoo ialah air yg dah ditapis dan dijamin bersih, bermineral serta beralkali rendah.

So kat sini, Rynn share kan Cuckoo & kitchen cabinet bergabung  hehhee..Boleh bagi inspirasi pada semua orang.  





















Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Sunday, 9 September 2018

Legoland 5-7 Ogos 2016

Setahun baru nak update holiday ke Legoland. Bertuah betul mommy AisyKyle ni kan?
Disebabkan IG sangat senang nak upload pict jadi blog ditinggalkan begitu saje. Sekarang ni barulah nak hegeh-hegeh menyimpan memori manis dalam blog.
Cerita ke Legoland ni kami bukan pergi main bohh saja tau. Kami kumpul duitt tabung kami. Kami tu maksudnya kami 4 beranak. Masing-masing pecah tabung. Papa pecah poket hahahahaa..
Kira punya kira cukupla untuk kami berempat. Hotel pun pilih yang dekat dengan Legoland & murah. Rm80 1 malam. Okla kan. Buat tidur je.
Tapi memang koyak la nak masuk Legoland tu. Kami ni bukannya kayo nak main pergi je tempat mahal-mahal ni. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat bawa anak-anak ke sana. Aku dah lupa berapa tix masuk untuk 2 park tapi rasanya dalam RM600++ kot kalau tak salah.
Dah sampai kaunter tu kena la bayar jugak kan. Takpela janji anak anak happy. Setahun sekali holiday.

Wednesday, 18 November 2015

Outdoor Photoshoot - Aisy Graduation Day 2015


Nak upah photographer tak de budget. Nak pinjam camera DSLR  tak reti guna. 
So guna je lah handphone mommy. Ambik gambar konon-konon pro. 
Nasiblah nak. Janji mommy usaha nak shoot gambar Aisy best-best sikit. 
Nanti konvo degree baru kita upah photographer ye. 

Krew-krew terdiri daripada

Photographer non pro - Mommy
Tukang pegang payung - Papa
Tukang huru-hara - Mikail

Nanti bila Aisy dah besar boleh lah dia godek-godek blog mommy ni. 
Tengok memories dia masa kecik-kecik. 
Masa tu ntah ada lagi ntah tidak mommy ni...













Tuesday, 17 November 2015

Aisymiera Graduation Day

Alhamdulillah 
Aisy dah konvo.!!!!!  Dulu aku masa tadika takdelah grand macam sekarang.
Tapi adalah jugak.

Aisy masuk tadika masa umur 6 tahun je. Orang lain hantar anak sekolah since 4 tahun. 
Tak payah nak fikir apa orang kata. aku ada alasan sendiri kenapa tak hantar anak sekolah cepat-cepat. walaupun aisy sekolah 1 tahun je tapi Alhamdulillah dia dapat catch up semua subjek dengan baik. dari segi hafazan surah-surah lazim dan jugak bacaan dalam solat semua dia dah pandai. 
sekarang dah boleh solat sendiri. 

Sebenarnya since Aisy 4 tahun lagi aku dah ajar aisy membaca, mengira, buat exercise.
2 bulan sebelum Aisy masuk sekolah aku 'paksa' dia membaca sampai pandai. sebab aku taknak dia terkial-kial kat sekolah. sebab orang lain yg 6yo semuanya dah sekolah dan belajar membaca since 5 tahun. so tak nak dia blur, aku dann husband ajar dia slow-slow dan paksa. hehheee..kejam x?
sebulan ajar dia, dia dah boleh baca yg 2 suku kata. lepastu aku masukkan dia kelas membaca. 
bila masuk sekolah dah takde masalah dah. 
lega mak!.

mula-mula risau jugak kalau dia tak dapat nak cover semua dalam masa setahun. berkat doa aku n husband serta bimbingan ticer-ticer tadika Aisy, semua nya berjalan dengan lancar. 
Tadika Aisy tak femes pun. still new kat kawasan tempat aku tinggal ni tapi boleh dikatakan semuanya bagi feedback yang positif. fees pun tak mahal sangat.
Janji dia happy, kita pun happy.

masa graduation day tu macam-macam persembahan budak-budak ni buat. 
Aisy masuk tarian hindustan dan koir lagu umi. 
aku tak sangka anak aku jadi leader. tanjat mak! 
walaupun pitching kelaut tapi lagu umi tu buat aku tacing!..
tapi maintain ok. 

Selain certificate, aisy dapat beberapa hadiah lagi untuk kategori Best Subject. 
Tahniah Aisy.Well Done!




















Monday, 20 April 2015

Selangor Sampai Mati 4-0





Selepas 7 tahun, baru nak jejak balik stadium. Dulu alasan macam-macam. pregnent lah, ada baby lah. Bukan bawak anak tu menyusahkan tapi takut dia tak selesa dengan keadaan kat stadium tu. ada yang merokok lah, pastu suasanany bising lah. Kang terkejut-terkejut dia terbawak sampai ke rumah pulak.

Nak bawak sangat anak-anak gi stadium tengok bola ni sebab si Mikail ni dia obses dengan bola dan football. nak tanamkan minat dia dan bagi support dari dia kecik lagi. sebab dah tau apa yang dia minat. so as parents kita tolong dia. nak bagi dia kenal realiti sebenar bola sepak tu macam mana. nak bagi dia biasakan diri dengan stadium yang sebesar alam tu.

Masa sampai, bola dah start. baru nak duduk je semua dah bersorak GOL..tanjat si mikail tu kena lambung. tak senyum langsung. nampak sangat dia takut. diam je dia. lepas second half baru dia ok. 
memang nasib kitorang lucky malam tu. selangor menang 4-0. 4 kali mikail kena lambung jugak. 

dah nak balik baru dia ok. nak ambik gambar, senyum, tanya tu tanya ni. tunjuk tu tunjuk ni. 
nampak dia dah ok n happy je. boleh lah next game datang lagi.