Showing posts with label rien'z studyo. Show all posts
Showing posts with label rien'z studyo. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Outdoor Photoshoot - Aisy Graduation Day 2015


Nak upah photographer tak de budget. Nak pinjam camera DSLR  tak reti guna. 
So guna je lah handphone mommy. Ambik gambar konon-konon pro. 
Nasiblah nak. Janji mommy usaha nak shoot gambar Aisy best-best sikit. 
Nanti konvo degree baru kita upah photographer ye. 

Krew-krew terdiri daripada

Photographer non pro - Mommy
Tukang pegang payung - Papa
Tukang huru-hara - Mikail

Nanti bila Aisy dah besar boleh lah dia godek-godek blog mommy ni. 
Tengok memories dia masa kecik-kecik. 
Masa tu ntah ada lagi ntah tidak mommy ni...













Tuesday, 17 November 2015

Aisymiera Graduation Day

Alhamdulillah 
Aisy dah konvo.!!!!!  Dulu aku masa tadika takdelah grand macam sekarang.
Tapi adalah jugak.

Aisy masuk tadika masa umur 6 tahun je. Orang lain hantar anak sekolah since 4 tahun. 
Tak payah nak fikir apa orang kata. aku ada alasan sendiri kenapa tak hantar anak sekolah cepat-cepat. walaupun aisy sekolah 1 tahun je tapi Alhamdulillah dia dapat catch up semua subjek dengan baik. dari segi hafazan surah-surah lazim dan jugak bacaan dalam solat semua dia dah pandai. 
sekarang dah boleh solat sendiri. 

Sebenarnya since Aisy 4 tahun lagi aku dah ajar aisy membaca, mengira, buat exercise.
2 bulan sebelum Aisy masuk sekolah aku 'paksa' dia membaca sampai pandai. sebab aku taknak dia terkial-kial kat sekolah. sebab orang lain yg 6yo semuanya dah sekolah dan belajar membaca since 5 tahun. so tak nak dia blur, aku dann husband ajar dia slow-slow dan paksa. hehheee..kejam x?
sebulan ajar dia, dia dah boleh baca yg 2 suku kata. lepastu aku masukkan dia kelas membaca. 
bila masuk sekolah dah takde masalah dah. 
lega mak!.

mula-mula risau jugak kalau dia tak dapat nak cover semua dalam masa setahun. berkat doa aku n husband serta bimbingan ticer-ticer tadika Aisy, semua nya berjalan dengan lancar. 
Tadika Aisy tak femes pun. still new kat kawasan tempat aku tinggal ni tapi boleh dikatakan semuanya bagi feedback yang positif. fees pun tak mahal sangat.
Janji dia happy, kita pun happy.

masa graduation day tu macam-macam persembahan budak-budak ni buat. 
Aisy masuk tarian hindustan dan koir lagu umi. 
aku tak sangka anak aku jadi leader. tanjat mak! 
walaupun pitching kelaut tapi lagu umi tu buat aku tacing!..
tapi maintain ok. 

Selain certificate, aisy dapat beberapa hadiah lagi untuk kategori Best Subject. 
Tahniah Aisy.Well Done!




















Thursday, 23 April 2015

Bekas Hantaran Untuk Disewa

Assalamualaikum

Rien ada 3 jenis bekas hantaran untuk disewakan. 
If berminat boleh 
whatsapp Rien 0123811492


KERAWANG BOX
RM15
5 PCS

CAGE
RM10
4 PCS

WHITE TRAY
RM7
14 PCS

Wednesday, 25 February 2015

hantaran bajet by @rienzstudyo

Assalamualaikum

Lama tak bersiaran kan. Dok kat Puncak ni memang 'best' line tenet nya. nak call orang pun kena panjat pagar baru dapat signal.

nak citer pasal hantaran ni. korang kalau rasa nak cari/tempah/sewa hantaran ke boleh lah whatsapp whatsapp ahkak yer.

gambar tak banyak lagi. sebab gambar dalam phone ada yang dah hilang sebab haritu phone problem. gambar yang latest je yang ada. lagi pun baru lagi.

rien tak charge mahal dan deco grand-grand sangat sebab saya budak baru belajar. just simple, sweet n nice.

so sapa yang rasa bajet-bajet nak buat hantaran tu boleh whatsapp rien ye. kita boleh cite-cite.
tak semua yang nak kahwin tu ada masa nak gubah hantaran sendiri dan tak semua yang nak kahwin sanggup throw duit untuk hantaran sampai ribu-ribu.


> hantaran mampu milik. dari rm25 keatas.( barang sendiri rm15)
> sewa set bekas hantaran (complete dgn bunga dan aksesori) . dari rm20 keatas.
> sewa dulang/ bekas hantaran sahaja.
dari rm7 keatas.
* Slot hantaran sampai 15 march dah full.
* Tempahan 3 minggu sebelum tarikh majlis.


Rien 0123811492














Monday, 5 May 2014

Deco by Rien - Dry Kitchen EXPEDIT

Actually takdelah dry kitchen sangat pun hehe.. 
Just nak share dengan u ollss yang hias rumah konsep bajet tapi menarik.
 For now Rien memang tak buat Kitchen Cabinet. Rien just tambah luar belakang je buat wet kitchen. Buat wet kitchen RM2500 , dry n wet kitchen kat dalam rumah RM5000 and above. So which one u pilih. Rien pilih wet kitchen. Lagi pun rumah Rien jenis see tru hehe.. Tak ada pembahagi dapur.
 Strettt je sampai ke belakang.

Awal-awal masuk rumah baru, banyak pakai duit kan. So pilih secara bijak. 
Tapi kalau yang memang mampu, just go for it. Buat KC terus. Rien punya konsep bajet ye.
 Sebab bajet kami limited. 
Kitorang memang takde buat loan or mark up loan untuk develop rumah ni. Banyak konsep DIY. 
Husband dari tak tau nak drill-drill ni now dah pakar dah. Dah ada gadjet dia dah. 
senang tak payah nak upah-upah orang kan. 

Lagi satu, kita ni orang melayu. Masak masakan melayu ni renyah. Berminyak sana sini. 
Kitorang survey sana sini. Finally macam biasalah. Ikea jugek. Beli EXPEDIT. 
Mula- mula beli yang hitam (4) tu. 
Pastu nak cari kabinet yang boleh simpan banyak barang tapi nak bertutup.
 Ukur punya ukur memang ngam.

 Beli EXPEDIT putih (8). Just beli 4 box color terquois letak kat bawah. 4 lagi biar open. 
Dalam box tu Rien letak mug dan plate.
 Yang open space tu, letak jar-jar, caraft, jug, coffee, tea, gula...........
 Kat bahagia atas tu kita buat as ruang kerja. 

EXPEDIT 4  - RM149 
EXPEDIT 8 - RM199 
BOX black & terquois - RM15 kot. 
BOX red - RM39.90 kot. 

Korang don't worry. If one day ada rezeki buat kitchen cabinet, EXPEDIT ni boleh letak benda lain as book rack ke or storage. Letak dalam bilik, library or boleh jugak letak kat ruang tamu as part of decoration. 

Kat tempat lain ada jugak jual macam EXPEDIT ni tapi kayu dia nipis. Yang ni nampak kukuh sebab frame dia tebal. 

Yang tak bestnya, sejak EXPEDIT turun harga, asyik takde stok je kat Ikea. Ni pun nasib ada color putih. Sapu jelah.... Walaupun lari konsep sikit.


gula, coffee, tea, kordial, biskut, makanan kering semua kat open rack tu. tapi kena simpan elok-elok dalam bekas. so far anak-anak Rien tak kacau barang - barang kat dapur. 


corong paip tu abaikan ye. kat situ nak pasang sinki. tapi tak buat-buat lagi. buat basuh-basuh tangan. 
Water dispenser, kettle, rice cooker, toaster , susu anak semua lengkap. microwave je belum amik lagi kat umah mak.


ni lah wet kitchen Rien. memang sempoi giler. sorrylah comot sikit. tak besar sangat pun ruang belakang. setakat nak masuk 2 orang bolehlah. laga-laga bontot. 

memang simple giler kan dapur Rien. awal-awal ni tak banyak barang lagi, kitorang 4 beranak je buat masa sekarang. duit yang lain tu kita guna untuk benda lain yang lebih berguna kan. nanti dah tua sikit baru buat KC ke extend tepi ke buat dapur luas sikit. In Sha Allah. 

Next time kita citer pasal part lain ye....

daaaa.............................

Tuesday, 22 April 2014

Kalut lagi jadi housewife!

Bukan mudah untuk jadi surirumah sepenuh masa. Dan bukan mudah juga jadi surirumah separuh masa. Setiap jalan yang dipilih ada cabarannya ada risikonya ada kekurangannya ada kelebihannya. 

Apa pun Rien tetap syukur dengan jalan yang Rien pilih sekarang. Ini juga dipanggil rezeki. Berhenti kerja demi anak-anak dan ibu bapa. Dah lama minta dengan Allah, Alhamdulillah dimakbulkan.  
Pada masa yang sama husband restu. 

Sebenarnya Rien tak pernah fikir pun pasal income bulanan, hutang bulanan yang nak kena langsai. Giler tak main redah je resign. Giler kan. 

Rien pernah terbaca, kalau nak jadi wahm atau berhenti kerja kena ada saving untung 6 bulan akan datang. Maksudnya kalau gaji sebulan rm3 ribu, maknanya kena ada saving rm18 ribu! 
Huh?! Celah mana nak datang saving 18 riban tu? Monthly pun ratus2 je boleh simpan. Nak tunggu banyak tu baru resign, memang tak resign-resign la kan? 

Memanglah untuk emergency if anything kita tak boleh cover hutang-hutang kita dengan income bisnes yang kita buat ni. 

In Sha Allah. 

Bila dah memang kerjanya kat rumah je, masa untuk kita beribadat pun banyak.
Dulu tak pernah solat Dhuha. Sekarang Alhamdulillah dah boleh buat setiap pagi. Aisy pun solat jugak tau! Rien tak suruh. Dia yang nak. 

Memang mula-mula agak kalut. Tak tau mana nak buat dulu. Nak mandi kul berapa nak masak kul berapa nak ajar Aisy buat work kul berapa. Berterabur. 
Sebulan jugaklah nak biasakan diri. 

Almost 10 years kerja. Rutin harian tak sama. Bila cuti memang melantak tidur sampai kul 12. Masa mula-mula tu memang malas giler nak bangun awal sebab macam rasa amik onleave haaha.. Tak sedar diri tu dah naik pangkat dari separuh masa ke sepenuh masa HOUSEWIFE! 

Now bizkaaching still ON, Rien'z Studyo ON. 

Memang agak sukar nak bahagi masa nak duduk buat kerja kita. Baru nak start, anak dah jaga. Anak melasak sana sini. Rien pun mula lah jadi petirrrrr. Masa yang paling afdhal ialah masa tengah malam masa dorang dah tido. Tapi masalahnya Rien pun selalu join sekali. Hehee.. Yelah siang Rien tak tidur tau.
Kalau Aisy n Kyle tidur, Rien join. If Kyle je tido, masa ni lah nak ajar Aisy Iqra', buat work. Kalau buat masa Kyle berjaga, habislah ko. Dia paling sebok sekali nak tolong ngajar akak dia. 

Rutin.

Pagi - buat breakfast / kemas rumah / basuh baju/ mandikan anak-anak/ siap-siap nak masak untuk lunch n dinner. 

Tengahari - lunch dengan anak-anak/ tidokan kyle, solat jemaah dgn Aisy, Ajar Aisy Iqra' dan work. 

Petang - ajak anak-anak riadah kat luar rumah/ mandikan anak-anak/ siap-siap nak solat maghrib

Malam - solat maghrib/ prepare dinner sebab husband dah balik kerja/ kemas sikit-sikit/ lepak / mommy time. 

Bila masa nak manage bisnes ko tu Rien? Ada masa ke? 
kalau pagi dan siang tu Rien curi-curi masa. tengok kat handphone je. tak on lappy. mana yang sempat je Rien layan. Yang  lain tu Rien buat malam. 

Memang rasa macam tak sempat. nak update pasal bisnes pun selalu lupa. 
Teruk betul.
Tapi Rien akan cuba balance kan time bisnes dan uruskan rumahtangga. 
Masih lagi dalam proses belajar.  

Alhamdulillah
Rien ni orang yang paling susah nak masak. Paling tak pandai masak.
Yelah dok dengan mak kan. Semua mak.
Tapi bila dah dok sendiri, takkan nak makan luar je kan? takkan nak biar anak ko kebulur?
Masak jugak lah. Belajar ikut buku. 
Masak ikut syok taste sendiri. hahahaaa...

Air tangan Rien. huhuuu.
Ada hati nak tunjuk konon. Macam sedap sangat kan. 
OKlah.
Tekak laki Rien kata sedap. tu pun dah gembirakan hati I hahaaaa....






K lah. Nak pi amik stok nak pos barang nak survey barang.. Tata.....








Friday, 14 February 2014

Rien'z Studyo

Hi u olllssssssss..

Follow my online business IG 

RIEN'Z STUDYO

Baru nak menapak....

Lepas ni nak setup FB pulak sebab ada yang tak ada dan lebih suka tengok kat FB.


Follow eh...

Thank You Very Much