Sunday 9 September 2018

Legoland 5-7 Ogos 2016

Setahun baru nak update holiday ke Legoland. Bertuah betul mommy AisyKyle ni kan?
Disebabkan IG sangat senang nak upload pict jadi blog ditinggalkan begitu saje. Sekarang ni barulah nak hegeh-hegeh menyimpan memori manis dalam blog.
Cerita ke Legoland ni kami bukan pergi main bohh saja tau. Kami kumpul duitt tabung kami. Kami tu maksudnya kami 4 beranak. Masing-masing pecah tabung. Papa pecah poket hahahahaa..
Kira punya kira cukupla untuk kami berempat. Hotel pun pilih yang dekat dengan Legoland & murah. Rm80 1 malam. Okla kan. Buat tidur je.
Tapi memang koyak la nak masuk Legoland tu. Kami ni bukannya kayo nak main pergi je tempat mahal-mahal ni. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat bawa anak-anak ke sana. Aku dah lupa berapa tix masuk untuk 2 park tapi rasanya dalam RM600++ kot kalau tak salah.
Dah sampai kaunter tu kena la bayar jugak kan. Takpela janji anak anak happy. Setahun sekali holiday.

No comments:

Post a Comment