Showing posts with label housewife. Show all posts
Showing posts with label housewife. Show all posts

Sunday, 14 October 2018

Cuckoo - Penapis Udara C Model

*KETAHUILAH KEPENTINGAN PENAPIS UDARA*

NYAHKAN segala bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam kediaman anda MULAI SEKARANG!

Asap Rokok
Bau masakan
Bau Hapak
Bulu Kucing
Habuk-habuk Halus
Debu
Jerebu

Semua masalah di atas mencetuskan fenomena pelbagai penyakit. ASMA? RESDUNG? SEMPUT?

Walaupun kesan penyakit bukan pada masa sekarang, mungkin satu hari nanti?

JAUHI KELUARGA DARI UDARA TIDAK SIHAT.
AKTIVITI INDOOR HOME LEBIH SEGAR DGN ADANYA PENAPIS UDARA CUCKOO INI.









Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Friday, 5 October 2018

Pokok Fiddle / Ketapang

Last week Rynn pergi cari pokok fiddle atau orang melayu kata ketapang. Nama saintifik tak tau pulak. Tau nama Fiddle pun sebab orang dok ramai beli kat Ikea. Lama dah teringin nak bela si fiddle ni. Sebab tengok orang latak dalam rumah as decor macam cantik je . Berseri je rumah.

Rynn cari kat nursery area Hospital Sungai Buloh. Member yang bagi info kat situ murah. Kalau tempat lain 1 polybag RM55. Tapi nursery yang Rynn pergi ni 1 polybag ada 4 pokok RM55. Size dia sama je. So beli 1 polybag pastu share dengan jiran. 

Harap-harap si Fiddie ni baik-baik je la perangai nya . hehhehee..sebab ada yang boleh hidup kat luar. Ada yang nak dok dalam rumah je. 

Ni lah kedai dia. Kalau dari hospital tu sebelum kuil belah kanan. Maksudnya lepas dari kuil kena u turn .










Balik rumah terus kerjakan masuk dalam pasu. Alhamdulillah dah seminggu masih segar,


Kemain si Fiddie ni dok sebelah C Model. Dapat sedut udara segar. 


Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/


Monday, 24 September 2018

Inspirasi Kitchen Cabinet & Cuckoo

Sekarang ni macam-macam design kitchen cabinet ada. Google saje. Nak yang moden, nak yang kayu, warna putih, pink, hitam.....semua ada. Selalunya yang cerewet bab dapur ni perempuan la kan.
Sebab perempuan, mommy-mommy yang akan banyak spend masa kat dapur ni. 

Kat dapur mesti kena complete. Kalau tak nanti masaknya lambat, kerja kat dapur pun jadi leceh. Dari peti ais,oven, microwave, blender, toaster, stove...malah ke periuk belanga pun mesti ada.

Tidak perlu yang mahal pun tapi lengkap. Memudah kan semua orang di dalam rumah.
Terutama ibu yang bekerja. Bila balik kerja terus ke dapur nak masak untuk family. Lepas masak nak siapkan barang anak-anak untuk ke sekolah / rumah pengasuh esoknya pula.

Tahu tak yang penapis air adalah keperluan di dapur yang paling penting? Kalau kita rasa nak dapur yang lawa tapi hari-hari kita bagi anak kita air yang tak bersih dan berkarat pun tak guna juga kan?

Penapis air ni bukan lagi trend untuk menunjuk nunjuk siapa punya paling hebat tapi trend keperluan wajib setiap rumah. Dulu kita rasa siapa yang ada penapis air ni orangnya kaya. Sebab sebulan kena bayar RM100 ke RM200. Tapi sekarang semua orang mampu milikinya. 

Harga penapis air Cuckoo bermula dari RM75 sahaja dan banyak model untuk dipilih. Saiz pun sangat sesuai untuk semua jenis dapur. Tak besar tak kecil. 

Apa yang penting sangat penapis air Cuckoo ni kan?

  • Si ibu tak perlu nak masak air banyak kali SEBAB penapis air Cuckoo ni UNLIMITED dan FREE FLOW. 
  • AutoRefill. Tank takkan kosong dan tak perlu tunggu tank penuh baru boleh guna.
  • Ada air sejuk / panas / suhu bilik / suam.
  • Nak buat susu anak sangat mudah. Tak perlu masak air. Terus tekan je. 
  • Nak buat kopi atau sirap sejuk, tekan je. 
  • Mempercepatkan kerja di dapur
  • Anak-anak kecil pun boleh ambik air sendiri. 
  • Tak payah nak simpan air berbotol-botol dalam fridge. 
  • 4 bulan sekali pihak Cuckoo akan datang untuk servis penapis air secara percuma sepanjang kontrak. 
  • Dan paling utama, air yang keluar dari penapis air Cuckoo ialah air yg dah ditapis dan dijamin bersih, bermineral serta beralkali rendah.

So kat sini, Rynn share kan Cuckoo & kitchen cabinet bergabung  hehhee..Boleh bagi inspirasi pada semua orang.  





















Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Thursday, 13 September 2018

Perbezaan Cuckoo dan Jenama Lain



Ramai yang tertanya tanya dan mungkin keliru atau berbelah bahagi nak pilih jenama apa untuk penapis air di rumah kan? Yelah sebab penapis air ni harga beribu. Kalau rental pun 5-7 tahun jugak kan? Jadi customer perlu buat pilihan yang tepat.

Sebagai pengguna kita ada hak untuk memilih mengikut bajet kita, keperluan kita dan juga citarasa kita. Kemudian baru kita boleh pilih jenama mana satu yang jadi pilihan kita.

Memang ada pro & cont antara Cuckoo dan jenama-jenama lain. Alhamdulillah sebagai pengguna / agen Cuckoo, Rynn dan family sangat berpuas hati. Malah tetamu yg datang ke rumah kami pun suka dengan penapis air Cuckoo. 

Penapis air Cuckoo selain harganya yang sangat mampu milik, dari segi design juga berjaya menambat hati semua orang. Design nya yang  modern, slim dan stylish serta saiz nya yang sederhana sesuai untuk diletakkan di dapur yang kecil. Contoh penapis air King Top, Iris Top, Icon, Fusion Top dan Prince Top.

Kalau tiada tempat untuk latak penapis air, customer boleh pilih penapis air lebih besar seperti Fusion Stand dan Deluxe.





Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Monday, 10 September 2018

Cuckoo Home Style

Assalamualaikum..

Selepas pergi class eUsahawan hari tu banyak betul info dapat. Walaupun hanya basic tapi sangat bermanfaat. Sebab nya kita pergi sendiri menuntut ilmu. Dan ilmu terus masuk dalam otak kita.Terima Kasih jugak pada NM Jun sebab share dalam group AKC pasal class eUsahawan ni.
.
Dalam class Cik Su, dia kata kalau nak buat bisnes online kena ada 

- FB PAGE
- INSTAGRAM
- WEBSITE / BLOG
.
Dulu rajin sangat menulis blog. Dulu trend. Dan dulu kalau nak meniaga orang tak guna FB atau IG sangat. Banyak guna blog. Masa buat online bisnes (produk lain) pun memang guna medium blog ni. Sampai sekarang orang ada whatsapp Rynn nak order. Malangnya Rynn tak buat dah bisnes tu.
.
Jadinya bila sifu kata kena ada blog, Rynn akan hidupkan balik riannazin.blogspot.com ni. Cerita baru dan wajah baru. 
.
Almost 1 year Rynn buat Cuckoo Alhamdulillah. Tak sangka ni la bisnes yang paling lama Rynn buat. Sebelum ni 4-5 bulan je dah stop. Stop sebab tak suai, kena tipu dan bisnes tu tak stabil. Rynn harap Rynn akan lebih lama lagi dalam Cuckoo. Mencari rezeki dan berkongsi dangan semua orang tentang kebaikan penapis air dan udara dalam kehidupan harian kita. 
.
Selain blog Rynn akan share info Cuckoo dan kehidupan harian Rynn di

Instagram : Cuckoo_Home_Style





Friday, 15 May 2015

1 tahun sudah......

1 tahun sudah...

Apa yang setahun? fulltime housewife laaaa. Tak sangka dah setahun tak kerja. Dok umah sukahati jaga anak jaga suami hehhee. 

Selama menjadi fulltime housewife ni, banyak benda yang Rien belajar. So peaceful jiwa dan otak. 
Memang betul-betul rest. Setiap hari tengok muka Aisy n kyle, gaduh dengan dorang, bergurau, solat bersama, suapkan makan, kemas toys hari-hari, fikir ape bendalah nak masak ni??? Setiap hari, tunggu husband balik, siapkan makan atas meja, waktu tidur sukahati &takyah fikir nak pakai baju apa gi kerja. 

Dari tak tau masak sampai lah dah terror masak. Hehehe... Sedap di tekak suami dah rasa terror sangat lah tu. Sebelum ni dok umah mak memang susah nak masak. Semua mak mak mak..bila dah dok sendiri pandai-pandai lah ko google kan.

Bila jadi fulltime housewife ni biasalah, anak-anak lagi mengada ngada manjanya. Kadang-kadang tak leh sabar jugak dibuatnya. Tapi rien selalu ugut dorang, kalau buat hal lagi mommy nak kerja. Aisy n kyle mommy hantar kat rumah orang. tau pun dorang takut. Tapi yang faham, aisy je lah. Kyle...tak kuasa nak layan mommy dia ni. 

Kadang-kadang terasa bila kita 24jam dengan anak-anak ni macam lagi banyak yang tak sempurna didikannya. Rasa macam betul ke rien ajar dorang ni? Betul ke tindakan rien ni? Over sangat ke rien marah dorang? Boleh ke buat macam ni? 

Memang betul lah orang kata jadi housewife memang penat. Walaupun orang lain selalu fikir yang orang yang macam kami ni tak penat keje. Tak stress. Tak payah fikir work load. 

Memang silap lah kenyataan tu. kerja semua orang pernah kerja. Tapi jadi housewife tak semua orang dapat buat. 

Rien yang dah setahun housewife pun tak dapat buat semua kerja . 

Rien ada online bisnes. aisy gi school balik kul 12.30. Mikail memang hand bag rien lah. Ada je.... Nak ngadap lappy, promot produk, research kena tunggu dorang tidur baru boleh buat. Kalau tak macam-macam dorang nak. Sebab tu rien akan paksa dorang tidur kul 2 sampai lah kul 6. Waktu tu jelah yang free n tenang. 
Kadang tu rie pun terlajak tido sama. Zzzzzzzzzz...

Kadang ada jugak terfikir nak kerja. Tapi bila dah nak interview tu rasa macam hati ni berbelah bahagi pulak bila tengok anak-anak. Dah biasa dengan dorang. Dari dorang bangun pagi celik mata sampai lah tidur malam dengan rien. 

Husband pun macam tak bagi kerja sebab takut kucar kacir hahahaa..selama ni semua terjaga. Makan minum pakai segalanya teratur. Takut nanti rien dah kerja semuanya berterabur. 
Nanti mulalah start makan luar, tapaulah, deliverylah. 
Sebabnya malas nak masak sebab penat.

1 benda yang rien memang liat sikit nak buat is lipat kain. Hooooiiii memang bukan minat lah lipat lipat kain ni. Dari sebelum kahwin lagi. basuh & sidai memang rajin. Hehheee..
Lipat kain memang sekali seminggu. Tapi rien lipat kain laju walaupun tak delah kemas sangat pun. Nampak lebih kurang sama tu ok lah tu. 

Jadi housewife ni jugak ada angin malas dorang. ada masa malas nak masak. ada masa malas nak kemas rumah. bila time malas tu datang semua benda tak jadi. lagi-lagi bila first day datang bulan. nak tidoooooo je kejenya. 
sama jugak dengan kerja kat ofis kan. 
mesti ada hari malas nak buat kerja kan?kan???
rien pun pernah kerja. i paham.heheee....

oklah. nak baring-baringan dah ni. kul 1 pagi dah..

muahhh ciked!