Showing posts with label decobyrien. Show all posts
Showing posts with label decobyrien. Show all posts

Wednesday, 17 October 2018

Butter Cake Danish Harraz




Semalam belek - belek IG Danish Harraz. Tengok Butter Cake ni macam sedap lah pulak. Baca resepi semua bahan ada kat dapur. Senang pulak tu. So try lah. 

Alhamdulillah jadi. Yeayyyy!!!!!. 

Dalam banyak2 resepi yang Rynn follow, resepi adik Danish Harraz ni lah yang paling senang. Tiap kali buat mesti jadi. Dulu buat kek viral pun sekali buat terus jadi. Lepas ni mommy terror dah buat kek. hehehhe....

Korang boleh follow adik Danish ni ya. Ada link di bawah. Ni Rynn ada copy resepi Butter Cake dari Danish. 

1 buku butter
1 1/4 cawan gula halus
5 biji telur gred B
2 cawan tepung 
1/4 fresh milk
1 sudu teh esen vanilla



Caranya:-

.
Panaskan oven pada suhu 160°C. Sapu loyang dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung (pastikan tepung lebihan dibuang keluar dari loyang) atau boleh guna parchment paper.


Pukul butter dgn gula halus hingga putih. Masuk kan telur sebiji demi sebiji (pastikan telur tersebut dah sebati baru masuk sebiji lagi dan seterusnya), pukul hingga creamy. Masukkan esen vanilla. Perlahankan mixer, masuk kan tepung sedikit demi sedikit mix rata tapi jangan overmix. Kemudian masuk kan fresh milk. Mix rata sebentar dan tutup mixer. Tuangkan kedalam loyang. Bakar selama 40-50 minit, terpulang pada jenis oven. Bila sudah cukup masa cucuk tengah2 cake utk pastikan cake masak sepenuhnya (tak melekat pada toothpick) Sejuk kan sebentar dan bolehlah dipotong. 


https://www.instagram.com/p/BfCxZp9FPRY/?taken-by=danish.harraz



Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style


Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Sunday, 14 October 2018

Cuckoo - Penapis Udara C Model

*KETAHUILAH KEPENTINGAN PENAPIS UDARA*

NYAHKAN segala bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam kediaman anda MULAI SEKARANG!

Asap Rokok
Bau masakan
Bau Hapak
Bulu Kucing
Habuk-habuk Halus
Debu
Jerebu

Semua masalah di atas mencetuskan fenomena pelbagai penyakit. ASMA? RESDUNG? SEMPUT?

Walaupun kesan penyakit bukan pada masa sekarang, mungkin satu hari nanti?

JAUHI KELUARGA DARI UDARA TIDAK SIHAT.
AKTIVITI INDOOR HOME LEBIH SEGAR DGN ADANYA PENAPIS UDARA CUCKOO INI.









Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/

Friday, 5 October 2018

Pokok Fiddle / Ketapang

Last week Rynn pergi cari pokok fiddle atau orang melayu kata ketapang. Nama saintifik tak tau pulak. Tau nama Fiddle pun sebab orang dok ramai beli kat Ikea. Lama dah teringin nak bela si fiddle ni. Sebab tengok orang latak dalam rumah as decor macam cantik je . Berseri je rumah.

Rynn cari kat nursery area Hospital Sungai Buloh. Member yang bagi info kat situ murah. Kalau tempat lain 1 polybag RM55. Tapi nursery yang Rynn pergi ni 1 polybag ada 4 pokok RM55. Size dia sama je. So beli 1 polybag pastu share dengan jiran. 

Harap-harap si Fiddie ni baik-baik je la perangai nya . hehhehee..sebab ada yang boleh hidup kat luar. Ada yang nak dok dalam rumah je. 

Ni lah kedai dia. Kalau dari hospital tu sebelum kuil belah kanan. Maksudnya lepas dari kuil kena u turn .










Balik rumah terus kerjakan masuk dalam pasu. Alhamdulillah dah seminggu masih segar,


Kemain si Fiddie ni dok sebelah C Model. Dapat sedut udara segar. 


Fb Personal : Rianna Md Zin
Fb Page : Cuckoo Home Style

Order Cuckoo klik link : http://cuckoohomestyle.wasap.my/


Thursday, 23 April 2015

Bekas Hantaran Untuk Disewa

Assalamualaikum

Rien ada 3 jenis bekas hantaran untuk disewakan. 
If berminat boleh 
whatsapp Rien 0123811492


KERAWANG BOX
RM15
5 PCS

CAGE
RM10
4 PCS

WHITE TRAY
RM7
14 PCS

Monday, 5 May 2014

Deco by Rien - Dry Kitchen EXPEDIT

Actually takdelah dry kitchen sangat pun hehe.. 
Just nak share dengan u ollss yang hias rumah konsep bajet tapi menarik.
 For now Rien memang tak buat Kitchen Cabinet. Rien just tambah luar belakang je buat wet kitchen. Buat wet kitchen RM2500 , dry n wet kitchen kat dalam rumah RM5000 and above. So which one u pilih. Rien pilih wet kitchen. Lagi pun rumah Rien jenis see tru hehe.. Tak ada pembahagi dapur.
 Strettt je sampai ke belakang.

Awal-awal masuk rumah baru, banyak pakai duit kan. So pilih secara bijak. 
Tapi kalau yang memang mampu, just go for it. Buat KC terus. Rien punya konsep bajet ye.
 Sebab bajet kami limited. 
Kitorang memang takde buat loan or mark up loan untuk develop rumah ni. Banyak konsep DIY. 
Husband dari tak tau nak drill-drill ni now dah pakar dah. Dah ada gadjet dia dah. 
senang tak payah nak upah-upah orang kan. 

Lagi satu, kita ni orang melayu. Masak masakan melayu ni renyah. Berminyak sana sini. 
Kitorang survey sana sini. Finally macam biasalah. Ikea jugek. Beli EXPEDIT. 
Mula- mula beli yang hitam (4) tu. 
Pastu nak cari kabinet yang boleh simpan banyak barang tapi nak bertutup.
 Ukur punya ukur memang ngam.

 Beli EXPEDIT putih (8). Just beli 4 box color terquois letak kat bawah. 4 lagi biar open. 
Dalam box tu Rien letak mug dan plate.
 Yang open space tu, letak jar-jar, caraft, jug, coffee, tea, gula...........
 Kat bahagia atas tu kita buat as ruang kerja. 

EXPEDIT 4  - RM149 
EXPEDIT 8 - RM199 
BOX black & terquois - RM15 kot. 
BOX red - RM39.90 kot. 

Korang don't worry. If one day ada rezeki buat kitchen cabinet, EXPEDIT ni boleh letak benda lain as book rack ke or storage. Letak dalam bilik, library or boleh jugak letak kat ruang tamu as part of decoration. 

Kat tempat lain ada jugak jual macam EXPEDIT ni tapi kayu dia nipis. Yang ni nampak kukuh sebab frame dia tebal. 

Yang tak bestnya, sejak EXPEDIT turun harga, asyik takde stok je kat Ikea. Ni pun nasib ada color putih. Sapu jelah.... Walaupun lari konsep sikit.


gula, coffee, tea, kordial, biskut, makanan kering semua kat open rack tu. tapi kena simpan elok-elok dalam bekas. so far anak-anak Rien tak kacau barang - barang kat dapur. 


corong paip tu abaikan ye. kat situ nak pasang sinki. tapi tak buat-buat lagi. buat basuh-basuh tangan. 
Water dispenser, kettle, rice cooker, toaster , susu anak semua lengkap. microwave je belum amik lagi kat umah mak.


ni lah wet kitchen Rien. memang sempoi giler. sorrylah comot sikit. tak besar sangat pun ruang belakang. setakat nak masuk 2 orang bolehlah. laga-laga bontot. 

memang simple giler kan dapur Rien. awal-awal ni tak banyak barang lagi, kitorang 4 beranak je buat masa sekarang. duit yang lain tu kita guna untuk benda lain yang lebih berguna kan. nanti dah tua sikit baru buat KC ke extend tepi ke buat dapur luas sikit. In Sha Allah. 

Next time kita citer pasal part lain ye....

daaaa.............................