Showing posts with label alam suria. Show all posts
Showing posts with label alam suria. Show all posts

Monday, 13 April 2015

Candy Buffet Murah & Cun! by The Dolce Projet

Assalamualaikum

Rasanya Rien belum share lagi kan pasal candy buffet ni. 
Ni lah projek paling latest rien. dari dulu nak buat. memang suka benda-benda gini. 
Tapi biasalah mula-mula ni banyak sangat kekuranganya.
Tapi terima dengan positif. 
Untuk kebaikan masa depan jugak kan? 

opsss lupa candy buffet ni rien tak buat sorang-sorang. 
Rien ada 2 orang partner lagi Rauda dan Mira.
Masing-masing kata minat nak buat bisnes ni, so kitorang terus ON je. 
Alhamdulillah so far setakat ni kitorang dah buat 3 event since bulan febuary hari tuh.
oklah kan. 
slow-slow. jangan gelojoh. 

kitorang ada jugak buat goodies untuk any event. 
based on ur budget. 

u ollss boleh Whatsapp kitorang . Ada 3 nombor. Pilih je nak yang mana. 




Venue : Klang





                                                                 
                                                  
Venue : Meru
                                




Venue : Klang

Wednesday, 25 February 2015

hantaran bajet by @rienzstudyo

Assalamualaikum

Lama tak bersiaran kan. Dok kat Puncak ni memang 'best' line tenet nya. nak call orang pun kena panjat pagar baru dapat signal.

nak citer pasal hantaran ni. korang kalau rasa nak cari/tempah/sewa hantaran ke boleh lah whatsapp whatsapp ahkak yer.

gambar tak banyak lagi. sebab gambar dalam phone ada yang dah hilang sebab haritu phone problem. gambar yang latest je yang ada. lagi pun baru lagi.

rien tak charge mahal dan deco grand-grand sangat sebab saya budak baru belajar. just simple, sweet n nice.

so sapa yang rasa bajet-bajet nak buat hantaran tu boleh whatsapp rien ye. kita boleh cite-cite.
tak semua yang nak kahwin tu ada masa nak gubah hantaran sendiri dan tak semua yang nak kahwin sanggup throw duit untuk hantaran sampai ribu-ribu.


> hantaran mampu milik. dari rm25 keatas.( barang sendiri rm15)
> sewa set bekas hantaran (complete dgn bunga dan aksesori) . dari rm20 keatas.
> sewa dulang/ bekas hantaran sahaja.
dari rm7 keatas.
* Slot hantaran sampai 15 march dah full.
* Tempahan 3 minggu sebelum tarikh majlis.


Rien 0123811492














Monday, 5 May 2014

Deco by Rien - Dry Kitchen EXPEDIT

Actually takdelah dry kitchen sangat pun hehe.. 
Just nak share dengan u ollss yang hias rumah konsep bajet tapi menarik.
 For now Rien memang tak buat Kitchen Cabinet. Rien just tambah luar belakang je buat wet kitchen. Buat wet kitchen RM2500 , dry n wet kitchen kat dalam rumah RM5000 and above. So which one u pilih. Rien pilih wet kitchen. Lagi pun rumah Rien jenis see tru hehe.. Tak ada pembahagi dapur.
 Strettt je sampai ke belakang.

Awal-awal masuk rumah baru, banyak pakai duit kan. So pilih secara bijak. 
Tapi kalau yang memang mampu, just go for it. Buat KC terus. Rien punya konsep bajet ye.
 Sebab bajet kami limited. 
Kitorang memang takde buat loan or mark up loan untuk develop rumah ni. Banyak konsep DIY. 
Husband dari tak tau nak drill-drill ni now dah pakar dah. Dah ada gadjet dia dah. 
senang tak payah nak upah-upah orang kan. 

Lagi satu, kita ni orang melayu. Masak masakan melayu ni renyah. Berminyak sana sini. 
Kitorang survey sana sini. Finally macam biasalah. Ikea jugek. Beli EXPEDIT. 
Mula- mula beli yang hitam (4) tu. 
Pastu nak cari kabinet yang boleh simpan banyak barang tapi nak bertutup.
 Ukur punya ukur memang ngam.

 Beli EXPEDIT putih (8). Just beli 4 box color terquois letak kat bawah. 4 lagi biar open. 
Dalam box tu Rien letak mug dan plate.
 Yang open space tu, letak jar-jar, caraft, jug, coffee, tea, gula...........
 Kat bahagia atas tu kita buat as ruang kerja. 

EXPEDIT 4  - RM149 
EXPEDIT 8 - RM199 
BOX black & terquois - RM15 kot. 
BOX red - RM39.90 kot. 

Korang don't worry. If one day ada rezeki buat kitchen cabinet, EXPEDIT ni boleh letak benda lain as book rack ke or storage. Letak dalam bilik, library or boleh jugak letak kat ruang tamu as part of decoration. 

Kat tempat lain ada jugak jual macam EXPEDIT ni tapi kayu dia nipis. Yang ni nampak kukuh sebab frame dia tebal. 

Yang tak bestnya, sejak EXPEDIT turun harga, asyik takde stok je kat Ikea. Ni pun nasib ada color putih. Sapu jelah.... Walaupun lari konsep sikit.


gula, coffee, tea, kordial, biskut, makanan kering semua kat open rack tu. tapi kena simpan elok-elok dalam bekas. so far anak-anak Rien tak kacau barang - barang kat dapur. 


corong paip tu abaikan ye. kat situ nak pasang sinki. tapi tak buat-buat lagi. buat basuh-basuh tangan. 
Water dispenser, kettle, rice cooker, toaster , susu anak semua lengkap. microwave je belum amik lagi kat umah mak.


ni lah wet kitchen Rien. memang sempoi giler. sorrylah comot sikit. tak besar sangat pun ruang belakang. setakat nak masuk 2 orang bolehlah. laga-laga bontot. 

memang simple giler kan dapur Rien. awal-awal ni tak banyak barang lagi, kitorang 4 beranak je buat masa sekarang. duit yang lain tu kita guna untuk benda lain yang lebih berguna kan. nanti dah tua sikit baru buat KC ke extend tepi ke buat dapur luas sikit. In Sha Allah. 

Next time kita citer pasal part lain ye....

daaaa.............................